Pages2

Saturday, April 16, 2011

UTeM BUKTI KEMAMPUAN HASILKAN INOVASI BERTARAF DUNIA DI PAMERAN ANTARABANGSA GENEVA 2011

Lanjutan daripada laporan sebelum ini...

http://sulaimanutem.blogspot.com/2011/04/pencapaian-penyelidik-utem-di-geneva.html


suka tengok kawan2 berjaya...


UTeM CONTINUES TO SHINE IN THE GENEVA INTERNATIONAL EXHIBITION 2011

Image
Pasukan penyelidik UTeM yang telah meraih anugerah dan mengharumkan nama negara di 39th International Exhibition of Inventions di Geneva, Switzerland.

Image
Pengunjung pameran begitu tertarik terhadap produk inovasi UTeM yang menyertai pertandingan kali ini.


(Full Article in Bahasa Melayu)

UTeM BUKTI KEMAMPUAN HASILKAN INOVASI BERTARAF DUNIA DI PAMERAN ANTARABANGSA GENEVA 2011

Penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa ketika menyertai 39th International Exhibition of Inventions di Geneva, Switzerland yang berakhir semalam.

Pada pertandingan inovasi tersebut, pasukan penyelidik UTeM telah meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa melalui produk-produk yang dipertandingkan. Lebih membanggakan apabila UTeM turut menerima anugerah khas daripada Swiss Automobile Association.

Ketua pasukan penyelidik UTeM Dr. Zamberi bin Jamaluddin berkata, pertandingan inovasi di Geneva merupakan acara yang mendapat perhatian dunia di mana pereka, penyelidik dan pihak industri berhimpun di bawah satu bumbung untuk melihat kehebatan produk inovasi yang dihasilkan.

“Kejayaan kami di sini adalah berkat doa seluruh warga UTeM yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap usaha kami untuk mengharumkan nama universiti dan Malaysia di pentas antarabangsa” kata Zamberi ketika dihubungi semalam.

Katanya lagi, beberapa syarikat antarabangsa antaranya Dan Technocraft dari Perancis, Alpheus.Com dari Switzerland serta agensi pemasaran dan perkomersilan dari Itali, Jerman dan Croatia menunjukkan minat yang tinggi terhadap hasil inovasi UTeM serta berhasrat untuk menjadi rakan strategik dalam memasarkan produk berkenaan.

Pada pertandingan tersebut, produk yang merangkul Anugerah Khas daripada Swiss Automobile Association dihasilkan oleh penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) yang diketuai oleh Engr. Siva Kumar A/L Subramaniam. Produk yang diberi nama ‘SD- Traffic Light’ merupakan inovasi terhadap lampu isyarat yang memberi kemudahan kepada pemandu yang mengalami masalah rabun warna.

Menurut Siva, terdapat segelintir pemandu yang mengalami masalah rabun warna dan perkara tersebut menimbulkan kesukaran untuk menentukan warna lampu isyarat. Secara tidak langsung ianya boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain. Lantaran itu, ‘SD-Traffic Light’ menggabungkan beberapa unsur penting seperti penggunaan simbol serta penggunaan lampu isyarat tunggal yang lebih menjimatkan kos.
Kata Siva, “Melalui produk ini, pemandu yang mempunyai masalah rabun warna dapat menentukan lampu isyarat dengan mudah berdasarkan simbol yang terpancar di lampu isyarat tunggal yang digunakan.”

Bagi Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ahmad Yusoff Hassan berkata, kejayaan penyelidik universiti itu di Geneva membuktikan bahawa hasil inovasi dari Malaysia mampu memberi impak besar kepada perkembangan teknologi masa kini.

Beliau yang ditemui di pejabatnya berkata, “UTeM sebagai IPTA teknikal di negara ini akan terus menggandakan usaha untuk mempelopori bidang penyelidikan berteraskan teknologi tinggi bagi merealisasikan visi ke arah universiti teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia."

1 comment: