Pages2

Wednesday, October 26, 2011

Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Lagi Berita by Admin on 10/25/11

SINGAPURA 25 Okt. – Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam tiga bidang utama iaitu pendidikan teknikal, pelancongan dan alam sekitar.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya, Teo Chee Hean sempena lawatan rasmi selama dua hari ke republik ini.

"Singapura mempunyai pengalaman yang baik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan yang boleh digunakan sebagai model untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ia boleh dikongsi dalam usaha kita menghadapi cabaran pada masa ini," katanya pada sidang akhbar bersama Chee Hean di sini.

Beliau berkata, pelbagai peluang dalam bidang pendidikan boleh diterokai oleh generasi muda yang secara tidak langsung mampu meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Mengenai sektor pelancongan, Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara juga boleh meningkat dan menerokai pelbagai peluang yang dikenal pasti berpotensi besar untuk kepentingan bersama termasuk projek di pusat peranginan terkenal, Desaru yang boleh dibangunkan bersama oleh Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Limited.

Beliau turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa kerja untuk mengkaji bagaimana Singapura berjaya mempromosikan sektor pelancongan serta menarik pembabitan lebih aktif pihak sektor swasta bagi kepentingan kedua-dua negara.

Selain itu, Muhyiddin berharap kedua-dua pihak meningkatkan lagi pelaburan dan pembangunan di wilayah Johor Selatan termasuk di Desaru yang berpotensi besar untuk dibangunkan khususnya dalam kalangan pelabur Singapura.

Sementara itu, Chee Hean memberitahu, Singapura dan Malaysia bersetuju melaksanakan dua projek ikonik bersama antara Khazanah dan Temasik, masing-masing satu di Singapura dan Medini di wilayah Iskandar Malaysia, Johor.

Ditanya bilakah kedua-dua projek itu akan dimulakan, beliau berkata, usaha ke arah itu sedang dilakukan dan kini menunjukkan perkembangan positif. – UTUSAN

 
 

Things you can do from here:

 
 

Tuesday, October 18, 2011

Rujukan Subjek CAD BTEU1112

1.      Applying AutoCAD 2011 / Terry T. Wohlers, New York, NY: McGraw-Hill, 2011. ISBN : 9780073375489

2.      Introduction to AutoCAD 2010 : 2D and 3D design / Alf Yarwood, Oxford: Newnes, 2009. ISBN : 9781856178686

3.      Lukisan kejuruteraan berbantu komputer / Khairul Anuar Hanafiah, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2006. ISBN : 9835204039

4.      UTeM E-learning Portal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, JTKE, Computer Aided Design BTEU1112_SEM1_20112012. Login here.

Inilah contoh Pekeliling Bendahari UTeM. Ia menjelaskan berkenaan penguatkuasaan displin. Apa itu displin?

Pekeliling Bendahari Bil.9/2011 berkenaan Peraturan Penyertaan Anak-Anak Syarikat Badan Berkanun, Koperasi-Koperasi, Tabung Kakitangan Kerajaan Dan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Dalam Perolehan Universiti.  

 

 

 

 

Pekeliling Bendahari Bil.10/2011 berkenaan Syarat Dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

 

http://www.utem.edu.my/bendahari/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=218&Itemid=115

 

 

 

 

 

 

UTeM Cemerlang di i-INOVA

FTK Cemerlang di Pertandingan Inovasi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. 
 
 
Exposition on Islamic Innovations 2011 (i-INOVA '11) telah pun melabuhkan tirainya pada 16 Oktober yang lalu.


Penyertaan sulung FTK ke pertandingan tahunan anjuran USIM tersebut telah membuahkan hasil dan keputusan yang sangat membanggakan di mana UTeM telah merangkul sebanyak 2 pingat Emas beserta wang tunai RM 1,000

 

Lebih membanggakan lagi, 2 pingat emas tersebut adalah penyertaan daripada FTK.

Justeru itu, pihak Fakulti FTK ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH di atas kejayaan tersebut dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyertaan ke pertandingan i-INOVA 2011.

 

Semoga kejayaan pada penyertaan sulung FTK ke pertandingan ini dapat diteruskan serta ditingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

 

No

Researcher

Faculty

Title

Award

1.

 

Mohd Farriz Basar

Muhammad Herman Jamaluddin

Norhaslinda Hasim

 

FTK

 

Smart Motorcycle Safety Vest (SMS-V)

 

Gold Medal + RM500

2.

 

Mohd Farriz Basar

Muhamad Sharil Yahaya

Muhammad Herman Jamaluddin

 

FTK

Pico Hydro Generation System for Domestic Building (SPico)

Gold Medal + RM500


Monday, October 10, 2011

Sesi Ramah Mesra Pelajar FTK Bersama PNC HEPA

Pelajar sulong FTK, UTeM adalah seramai 398 orang (update 4/10/2011). Mereka pada saya sangat istimewa kerana;
1. Sulong
2. Pertama
3. Perintis
4. Contoh
5. Menjadi rebutan

60% jumlah pelajar UTeM pada 2015 adalah daripada program Teknologi Kejuruteraan.

Friday, October 7, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 UTeM


Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Tempat: Bangunan Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal

. MAJLIS RAPTAI .
Tarikh: 21 Oktober 2011(Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Bangunan Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal

Saturday, October 1, 2011

e-learning info 001 : Makluman Penggunaan e-learning FTK, UTeM

Berikut adalah makluman awal berkenaan penggunaan platform e-learning FTK. Iaitu berkaitan dengan LOGIN pelajar, LOGIN STAFF dan Pendaftaran SUBJEK.

 

1.    LOGIN Pelajar.

 

Username : (No Matrix)

Password : (12 digit No KP)

 

Contoh :

Username : B079110111

Password : 900612146210

 

2.    LOGIN STAFF

 

Bagi staff yang mengalami masalah untuk login di  http://ulearn.utem.edu.my/ , sila maklumkan kepada saya.

 

 

3.    Pendaftaran SUBJEK di ulearn.utem.edu.my

 

Kepada Staff Akademik yang ingin menggunakan kemudahan e-learning (ulearn), sila berikan perkara berikut kepada saya. sulaiman@utem.edu.my.

 

Code :

Subject :

Jabatan :  

 

Terima kasih.

 

 

.sulaimansabikan