Pages2

Tuesday, April 26, 2011

Formula Kejayaan ada di sini.

Introduction :

Formula ini diketengahkan secara dalam ringkasan tapi padat dan idea ini adalah datangnya daripada pencipta kejayaan itu sendiri.


Objective :

Menyatakan formula kejayaan penyelesaian masalah strategi pembangunan umat manusia, khususnya umat yang mengaku Islam.


Problem Statement :

Sering di katakan kegagalan dalam membawa pembangunan ke dalam masyarakat oleh pemerintah. Pelbagai formula diketengahkan. Namun sering dikhabarkan ia gagal. Hasilnya ada tetapi membawa masalah lain pula, seperti masalah sosial. Sehingga kemajuan itu, tiada makna.


Theory :

Asas pengetahuan ini perlu ada. Bahawa manusia dihidupkan di dunia ini adalah untuk menyembah/mengabdikan diri/beribadah/berbakti kepada Allah. Akal dan hati kecil pun mengiakannya, bahawa hidup manusia ini adalah cuma untuk itu. Allah menyuruh dan hujah logiknya mantap. Semua orang kena faham perkara ini barulah formula berikut dapat di laksanakan.


Methodology :

Ini adalah formula/cara/ methodology untuk mencapai kemajuan dalam sesebuah negara dengan keizinan empunya kejayaan itu sendiri.

Berbalik kepada Pengetahuan(Theory) di atas, lalu ada 3 cara Menyembah/Beribadah/Berbakti/Amal Soleh/Pengabdian diri kepada Allah. Lakukan perkara-perkara ini.

  1. Ibadah asas (Mempelajari Rukun Iman memahaminya, meyakininya dan mempelajari Rukun Islam, memahaminya dan mengamalkannya)
  2. Ibadah yang utama (Ada banyak, solat2 sunat, selawat, tasbih, zikir etc)
  3. Ibadah dalam setiap kerja harian (Penuhi 5 syarat : Niat betul, Memenuhi Syariat Islam, Perlaksanaan betul ,Natijahnya betul, Ibadah Asas dilakukan)


Results:

1,2 - Melahirkan pembangunan rohani (akhlak yang mulia, budi pekerti yang baik, berkasih sayang etc)

1,2,3 – Melahirkan pembangunan rohani dan jasmani (fizikal, kemajuan, kemakmuran di dunia).

Conclusion :

Kemajuan dunia dan kemajuan akhirat tidak terpisah. Formula ini bukan bermakna 50% dunia dan 50% akhirat, tetapi inilah dunia inilah akhirat. Tiada istilah 50-50. Apa yang di buat didunia ini, adalah untuk kemajuan dunia dan ibadah itu akhirat.

Inilah formula untuk membangunkan suatu individu/keluarga/masyarakat/bangsa/negara. Aplikasikanlah formula ini untuk dalam setiap bidang, seperti ekonomi, pengurusan, pendidikan dan pentadbiran. Allah nak selamatkan manusia di dunia dan akhirat. Hanya dengan izin Tuhan semata.Setiap individu memainkan peranan.


Recommendation :

Susah ke formula ini?

Dan apa itu kejayaan?

Bagaimana nak mula?



ps: berusahalah akan saya. berusahalah akan kamu. tiada paksaan.

pps: hidup dengan jiwa, jangan hidup dengan perasaan. hidup bertuhan.

.sulaimansabikan

No comments:

Post a Comment