Pages2

Thursday, April 21, 2011

Penubuhan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Penawaran Program Akademik Baru

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menubuhkan satu fakulti baru yang dikenali sebagai FTK .... dengannya akan mengembangkan lagi penawaran program akademik di universiti, selaras dengan kehendak KPT, aspirasi negara dan juga mengembalikan fungsi utama MTUN. FTK ini akan mengendalikan 10 program akademik baru di UTeM, dengan tempoh pengajian program selama 4 tahun/8 semester minimum, mulai sesi pengajian 2011/2012 (bermula Sept 2011) dan sepenuh masa, iaitu;

  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian
  2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian
  3. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian
  4. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik(Kuasa Industri) dengan Kepujian
  5. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik(Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik(Telekomunikasi) dengan Kepujian
  7. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik(Elektronik Industri) dengan Kepujian
  8. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(Proses dan Teknologi) dengan Kepujian
  9. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(Rekabentuk Produk) dengan Kepujian
  10. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer(Sistem Komputer) dengan Kepujian

No comments:

Post a Comment