Pages2

Wednesday, April 13, 2011

Pertandingan Projek Sarjana Muda (PSM) FKE 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 http://www.utem.edu.my/fke/images/stories/denotech_500px.jpg

Pertandingan Projek Sarjana Muda (PSM) FKE 2011

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) buat pertama kalinya akan menganjurkan Pertandingan Rekabentuk dan Inovasi Teknologi bagi Projek Sarjana Muda (PSM) dari FKE dan fakulti-fakulti lain. Pertandingan ini dikenali sebagai DENOTECH 2011 (Design and Inovation Technology 2011).
Pertandingan DENOTECH 2011 FKE akan di adakan pada;
    Tarikh :      21 April 2011 (Khamis)
    Masa :       8.00 pagi– 5.00 petang
    Tempat :    Makmal-makmal FKE dan Blok C FKE
Pemilihan projek PSM adalah berdasarkan persembahan semasa Seminar PSM II pada 19 April 2011 dan potensi sesuatu projek PSM. Projek terserlah dan terbaik akan layak menyertai pertandingan DENOTECH 2011 ini. Mungkin projek PSM seliaan Yang Berbahagia Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang akan mengondol Hadiah Utama buat julung kalinya.

Sila rujuk, di http://www.utem.edu.my/fke/psm/denotech/ .


Dengan itu, pihak penganjur pertandingan DENOTECH 2011 FKE menjemput seluruh warga FKE untuk hadir bersama bagi menyaksikan projek-projek PSM yang dipertandingkan pada masa yang telah ditetapkan di atas. Insyallah.
Sekian, terima kasih.
 
Jawatankuasa Publisiti
JK PSM & PBL FKE
Pertandingan DENOTECH 2011 FKE


No comments:

Post a Comment