Pages2

Thursday, March 31, 2011

Tempoh Pendaftaran Wajib Mata Pelajaran Semester l Tahun Akademik 2011/2012

TEMPOH PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SECARA 'ON-LINE'  SEMESTER l TAHUN AKDEMIK 2011/2012 BUKAN SECARA 'DUAL LOGIN' (BERSAMA PA)

 

Pendaftaran Wajib Mata Pelajaran Semester l Tahun Akademik 2011/2011 secara 'on-line' telah  bermula dari  Minggu ke -13 hingga ke-15  (28 Mac hingga 15 April 2011) selama 3 Minggu. Justeru kepada Penasihat Akademik (PA) sebelum mereka memberi kelulusan agar  dapat mengingatkan kepada semua pelajar dibawah seliaan masing-masing yang belum membuat pendaftaran  agar dapat mematuhi Tempoh Pendaftaran Mata Pelajaran Wajib tersebut agar tidak dikenakan lewat berdenda.  Bagi pelajar seliaan masing-masing yang telah membuat pendaftaran wajib, PA hendaklah memberikan kelulusan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai tanda pengesahan pelajar perlu mencetak slip pendaftaran subjek {3 salinan – PA (1), Unit Akademik (1) dan Pelajar (1)}.

 

15 April 2011 (Jumaat) merupakan Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah. Justeru, makluman ini hendaklah diingatkan sekali lagi kepada pelajar seliaan masing-masing untuk membuat pendaftaran wajib lebih awal bagi mengelakkan kesulitan yang timbul disaat akhir tempoh.



--
.sulaimansabikan

Tempoh Tamat Menarik Diri Mata Pelajaran Semester ll Tahun Akademik 2010/2011

1 April 2011 merupakan minggu ke -13 terakhir pelajar dibawah seliaan Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik untuk menarik diri matapelajaran secara 'dual login' (bersama PA) bagi Semester ll Tahun Akademik 2010/2011. Justeru, adalah diingatkan kepada mereka yang berada di luar kawasan jika pelajar dibawah seliaan Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik menghadapi masalah berkaitan perkara ini, sila  berurusan dengan Unit Akademik & Pembangunan Pelajar sebelum jam 3.00 petang untuk tindakan selanjutnya.  Selepas tamat tempoh tarikh ini tidak akan dilayan (sila rujuk urusan kerja pendaftaran mata pelajaran Semester ll Tahun Akademik 2010/2011).

 

--
.sulaimansabikan

Tempoh Pendaftaran Semester Khas Secara 'On-Line' Tahun Akademik 2010/2011

TEMPOH PENDAFTARAN MATAPELAJARAN SEMESTER KHAS SECARA 'ON-LINE' TAHUN AKADEMIK 2010/2011 BUKAN SECARA 'DUAL LOGIN'(BERSAMA PA)

 


Pendaftaran Mata Pelajaran Semester Khas Tahun Akademik 2010/2011 secara 'on-line' telah bermula dari  Minggu ke -13 hingga ke-15  (28 Mac hingga 15 April 2011) selama 3 Minggu. Justeru kepada Penasihat Akademik (PA) diharap dapat mengingatkan kepada semua pelajar dibawah seliaan masing-masing yang ingin mengambil Semester Khas agar dapat mematuhi tempoh yang telah ditetapkan. Tempoh Kelulusan PA adalah seperti mana yang telah ditetapkan. 

 

3.    Semester Khas Tahun Akademik 2010/2011 akan bermula dari 9 Mei 2011 – 1 Julai 2011 (Latihan Industri – Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  -Pelajar Tahun 2) – 8 Minggu, Kuliah & Peperiksaan Semester Khas 16 Mei -8 Julai 2011 (8 Minggu) dan Kuliah Semester Khas Untuk BEKM (14 Minggu – 9 Mei -12 Ogos 2011 Manakala Peperiksaan 15 Ogos – 19 Ogos 2011 (1 Minggu)}.  Jumlah kredit maksimum yang boleh didaftarkan oleh pelajar ialah 7 kredit (rujuk Peraturan Akademik) kecuali BEKM .Selain daripada itu, Penasihat Akademik (PA) diminta hanya meluluskan mata pelajaran yang didaftar oleh pelajar masing-masing yang  LAYAK sahaja iaitu berdasarkan syarat-syarat berikut:-

 

·         Ulang Mata Pelajaran (UM) dan Baiki Gred (UG).

·         Pelajar Tahun Akhir yang tertinggal satu mata pelajaran sahaja untuk tujuan Penganugerahan Ijazah/ Konvokesyen.

·         Pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran tersebut buat pertama kali adalah TIDAK dibenarkan.


--
.sulaimansabikan

Wednesday, March 30, 2011

Kertas Peperiksaan Akhir (Final Paper) Elektronik Digit & Sistem, FKE UTeM

Elektronik Digit dan Sistem adalah subjek teras untuk pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di UTeM. Satu subjek yang mudah, kerana hanya melibatkan dua intity sahaja, iaitu '1' dan '0' sahaja. Hehehe...kata Nizam.

Dan ia adalah cuma satu permulaan kepada satu sistem digital. Penguasaan dalam subjek ini bermakna, pelajar tiada masalah dalam subjek2 seterusnya yang berkaitan elektronik, digit dan juga sistem. Gagal dalam subjek ini bermakna, pelajar gagal dalam saringan pertama, dan mungkin tak menang di peringkat seterusnya.

Namun, jangan takut pula dengan kegagalan, tetapi jangan pula bermain2 dengan kegagalan, nanti kegagalan mempermainkan anda. Disshhhh...

Pagi ini saya senaraikan link2 kertas peperiksaan akhir kepada subjek ini.

1. Sesi 2003/2004 - ehhh... ada juga...
2. Sesi 2004/2005
3. Sesi 2005/2006
4. Sesi 2006/2007
5. Sesi 2007/2008
6. Sesi 2008/2009 - belum jumpa, ehhh... dah jumpa..
7. Sesi 2009/2010
8. Sesi 2010/2011 - semester ini. mana boleh bagi...

Monday, March 28, 2011

Naib Canselor ‘gila ranking’ digesa letak jawatan

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

via Lagi Berita by Admin on 28/03/11
KUALA LUMPUR 27 Mac – Naib Canselor atau Rektor mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang meminggirkan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa Melayu digesa supaya meletakkan jawatan kerana melanggar prinsip asas agenda nasional.

Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sikap mereka yang 'gila ranking' itu perlu dihapuskan supaya bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa ilmu bertaraf antarabangsa.

"Bagi menggalakkan perkembangan pesat bahasa Melayu, IPT awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Gapena ke-40, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein.

Abdul Latiff berkata, dalam usaha sesebuah IPT untuk meningkatkan ranking, peranan mereka sebagai pendaulat bahasa tersebut juga perlu diutamakan supaya ia seimbang sebagai pemangkin pembangunan negara.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga digesa supaya menubuhkan sebuah jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di setiap IPT bagi mendaulatkan bahasa tersebut.

Tambahnya, penubuhan jabatan itu dapat menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluaskan lagi penggunaan bahasa tersebut ke serata dunia.

"Penyelidikan dan penerbitan yang dikeluarkan IPT dalam bahasa Melayu perlu diutamakan dan usaha mereka mendaulatkan bahasa ini perlu dihargai dengan pemberian anugerah dan sijil kecemerlangan tahunan," katanya. - Utusan

Things you can do from here:

Register

Kuliah Week 12

Habiskan Up/Down Counter dan habiskan daftar digital.

Register (Daftar), boleh dibahagikan kepada dua.
  • Data Register (Register yang paling mudah, menyimpan data sementara n bit, synchronous counter) - Atau juga dikenali sebagai Data Latch. [1] [2]
  • Shift Register - Data bergerak pada setiap pulse. [3] [4] [5]. Beberapa jenis shift register.

Data Register








Shift Register (SISO)







IC Samples
  • 74HC164 8-bit serial in/parallel out shift register
  • 74HC165 8-bit parallel load shift register
  • 74LS595 8-bit serial in parallel out shift register with output latch

Padah nak jimat kos

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Lagi Berita by Admin on 26/03/11


PUTRAJAYA: Tindakan sebuah kolej swasta di Klang untuk menjimatkan wang dengan menggunakan perisian cetak rompak, mengundang padah apabila mereka berdepan kemungkinan didenda sehingga RM680,000 akibat kesalahan terbabit.

Ia berikutan rampasan sebanyak 34 salinan perisian yang dipercayai cetak rompak bernilai RM62,000 daripada kolej terbabit dalam satu serbuan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), petang kelmarin.

Antara perisian yang ditemui ketika serbuan adalah Adobe After Effects CS4 dan Microsof Office 2003.

Dalam serbuan jam 2.20 petang itu, sekumpulan 10 anggota penguatkuasa KPDNKK yang diketuai pembantu penguatkuasa, Azmindar Md Shahlan turut merampas 15 komputer bernilai RM45,000.

Ketua Tugas Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Fahmi Kasim, berkata serbuan itu dibuat hasil risikan anggota penguatkuasa selepas mendapat maklumat berhubung penggunaan perisian cetak rompak di kolej terbabit.

"Ketika serbuan, pihak pengurusan kolej berkenaan mengaku kononnya tidak tahu tindakan mereka menggunakan perisian cetak rompak adalah salah dan kami percaya itu hanya alasan untuk membebaskan diri.

"Kami juga percaya mereka menggunakan perisian terbabit kerana ia lebih murah berbanding perisian tulen, tanpa memikirkan kesan dan tindakan yang bakal dihadapi sekiranya ditahan pihak penguatkuasa," katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Jawatankuasa Business Software Alliance (BSA) Malaysia, Ronald Chua.

Fahmi berkata, semua perisian dan komputer yang dirampas dibawa ke ibu pejabat KPDNKK Putrajaya, manakala pihak pengurusan kolej terbabit dan syarikat yang membekalkan perisian cetak rompak itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d), Akta Hakcipta 1987 iaitu memiliki salinan langgaran.

"Kita akan melengkapkan siasatan, sebelum merujuk kes ini kepada Timbalan Pendakwa raya bagi membolehkan mereka didakwa.

"Jika sabit kesalahan, pengurusan kolej dan syarikat berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau minimum RM2,000 bagi setiap satu salinan perisian cetak rompak atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya. - Mymetro

 
 

Things you can do from here:

 
 

Friday, March 25, 2011

Bengkel Sistem Pengurusan e- Pembelajaran (SPeL)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP) akan menganjurkan Bengkel Sistem Pengurusan e- Pembelajaran (SPeL) seperti ketetapan berikut:-

Tajuk : Bengkel Sistem Pengurusan e- Pembelajaran (SPeL)

Tarikh : 20 April 2011 (Rabu)

: 27 April 2011 (Rabu)

(sila pilih tarikh yang ingin dihadiri)

Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Tempat : Bilik e-Learning PPP, Kampus Bandar, UTeM

Penceramah : Puan Ummi Rabaah binti Hashim (FTMK)

Kepada staf akademik yang berminat untuk menghadiri kursus tersebut sila hantar nama, nombor staf , fakulti dan nombor telefon (telefon bimbit/ pejabat) kepada urus setia PPP melalui email ppp@utem.edu.my. sebelum 8 April 2011 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr. Norasiken (Timbalan Pengarah) di talian 06-2833491 atau Cik Norazah (Penolong Pendaftar) di talian 06-283 3449.

Sesiapa yang belum menghadiri Bengkel Aplikasi Learning Management System (LMS) Dalam P&P dijemput menghadiri ke kursus ini. Semua staf akademik wajib menghadiri bengkel ini.

Setiap penyertaan yang didaftar perlu menyatakan tarikh mana yang ingin dihadiri.


Speed Up Firefox

Tips & Tricks that can help you double the speed of Firefox

1. Type about:config in the address bar and then press Enter
2. network.http.pipelining = true
3. network.http.pipelining.maxrequests = 8
4. network.http.proxy.pipelining = true
5. network.dns.disableIPv6 = true
6. Right-click > select New > Boolean > content.interrupt.parsing > true
7. Right-click > select New > Integer > content.max.tokenizing.time > 2250000
8. Right-click > select New > Integer > content.notify.interval > 750000
9. Right-click > select New > Boolean > content.notify.ontimer > true
10. Right-click > select New > Integer > content.notify.backoffcount > 5
11. Right-click > select New > Integer > content.switch.threshold >750000
12. Right-click > select New > Integer > nglayout.initialpaint.delay > 0

Close Browse and relaunch your Firefox.

Source.

ps: Its working. Don't worry. Copy and Paste into Notepad.

Thursday, March 24, 2011

Pecipta 2011









Tarikh: 13--15 September 2011
Tempat: KLCC

  • Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan secara online adalah pada 15 April 2011.
  • Penyertaan dibahagikan kepada 4 kategori dan universiti termasuk di dalam kategori 1 dan 2 iaitu Kategori MM dan MO.
  • Setiap penyertaan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 400.00.
  • Setiap penyertaan daripada universiti mestilah terdiri daripada 70% produk yang belum pernah dipertandingkan dan 30% produk yang telah dipertandingkan dengan syarat ianya mestilah dipertandingkan selepas bulan jun 2010.

Laman web rasmi untuk PECIPTA2011 http://www.pecipta2011.uitm.edu.my/index.html

Pertandingan PSM (DENOTEK) FKE 2011

PERTANDINGAN PROJEK SARJANA MUDA
FKE UTEM


Tarikh : 21 April 2011

Lebih lanjut

Kategori Pertandingan
1) Kategori Perkakasan
2) Kategori Poster/Simulasi

Garis Panduan Pertandingan
1) Garis Panduan Kategori Perkakasan
2) Garis Panduan Kategori Poster/Simulasi

Peserta
Terpilih!!! Terhad!!!
45 Projek PSM dari FKE
(Pemilihan berdasarkan Pembentangan Projek PSM pada 19 April 2011)
+
Projek-projek dari fakulti lain


Hadiah
Pertandingan kategori Perkakasan
Johan RM100
Naib Johan RM70
Ke-3 RM50

Pertandingan kategori Poster/Simulasi
Johan RM100
Naib Johan RM70
Ke-3 RM50


Organising Committee
JK PSM & PBL FKE

Tuesday, March 22, 2011

Pembentangan Projek Diploma


Pembentangan Projek Diploma bagi Sem II 2010/2011.

Tarikh: 30/03/2011 (Rabu)
Tempat: Makmal-makmal FKE
Masa: 2.00 - 5.00 ptg

Jadual (Panel 1-7)

Jadual (Panel 8 & 9)

Important : Make sure your presentation (if any) is compatible with MS Powerpoint 97-2003.

Monday, March 21, 2011

Pameran Sungai Batu: Asal-usul Tamadun Asia Tenggara

"Penemuan ini sungguh menabjubkan malah bakal menjadi pemangkin kepada kajian yang lebih mendalam terhadap kebudayaan dan cara hidup masyarakat kuno Malaysia (Tanah Melayu). Ia juga telah mengungkap satu persoalan baru tentang tamadun masa lampau peribumi yang selama ini dianggap manusia primitif, orang gua dan sebagainya. Ada juga yang menganggap bangsa Melayu adalah pendatang dari Yunan." -ruangan komen



Pameran Sungai Batu: Asal-usul Tamadun Asia Tenggara

Tempat; Perpustakaan Baru USM

Pameran; 3-30hb Mac,2011


Rujuk : http://arkeosungaibatu.blogspot.com/2011/02/sungai-batu-di-lembah-bujang.html

Sampel arang telah dihantar ke Makmal Radiokabon untuk ditentukan tarikhnya. Keputusannya sehingga kini menunjukkan Sungai Batu telah dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan besi sejak abad pertama Masihi (2000 tahun dahulu) hingga abad 13 Masihi (800 tahun dahulu)


Pergimu


Bagaimana hendak ku mula....?

okay...Macam inilah.

Tuhanku adalah Tuhanku
dan
Tuhanmu adalah Tuhanmu
Tuhanmu mungkin sama dengan Tuhanku
Sebab Tuhan tiada duanya.

Semua itu ialah kerja Tuhan kita
Kita mengikut dengan tanpa upaya, tapi zahir pada mata kita berupaya.
Adillah jika manusia mengakui yang mana keupayaan itu juga datang dari Tuhan kita, dan tidak adil bila kita kata, kita berkuasa.
Dan siapa sangka kerja Tuhan kita akan sebegitu sebegini?
Hampir tiada siapa menyangka,
sehingga timbullah kata2,
"semuanya berkemungkinan"
"tiada yang mustahil"

Layaknya kita bersedih, dan sedih itu untuk Tuhan kita
Layaknya kita bersusah, dan kesusahan itu untuk Tuhan kita
Layaknya kita bersimpati, dan simpati itu kembalinya untuk Tuhan kita
Udah katanya kita mahu mendapat keredhaannya...
Lakukanlah semuanya untuk Tuhan kita.
Tak macam tu?


Hakikatnya, engkau bukan pergi
Engkau masih di sini
Di dunia ini
Dan itulah kerja Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang
Ehsan Tuhanku tidak terkira2
Dengan apa cara sekalipun
Siapa yang mampu?
Tapi, jangan kita kabur lalai dengan ehsan Tuhan kita itu

Dan ketahuilah, Pergimu bukan pergi
Tatapi masih di sini
Siapa tahu kerja Tuhan kita akan begitu dan begini pula sedetik nanti
..... Kita yang pergi dulu

Binary Counter

Kuliah Minggu 11 (Part 1)

Desimal Counter
Mengira kosong hingga lima ratus lima puluh bukan suatu yang rumit. Ringkasnya, apa yang berlaku ialah :
Pada setiap pertukaran nombor, didapati, digit pertama akan sentiasa berubah/bertukar, dan digit kedua akan berubah setiap sepuluh kali digit yang pertama telah berubah. Dan digit ketiga berubah setiap sepuluh kali digit kedua telah berubah. Digit adalah (0 - 9).

Contoh : 000 hingga 550

000
001
002
003
004
.
.
.
009
010 //Digit kedua berubah kepada 1 setelah digit pertama berubah 10 kali.
011
012
.
.
.
.
.
099
100 //Digit ketiga berubah kepada 1 setelah digit kedua berubah 10 kali.
101
.
.
.
.
550




Binary Counter?
Ini yang nak dibincangkan dalam kuliah 11. Ada tiga perkara :
1. Asynchronous Binary Counter 2. Synchronous Binary Counter 3. Up/Down Synchronous Binary Counter


Counter : Synchronous versus Asynchronous
As applied to inputs:
A change on a synchronous input doesn’t affect the outputs until the next active clock edge, but a change on an asynchronous input affects the outputs immediately.
As applied to counters:
in a synchronous counter, the outputs can all change at the same instant; but in an asynchronous counter, there’s a brief delay between the changing of the outputs.


Some Asynchronous Counter ICs
  • 7490 Four bit decade counter (MOD 10)
  • 7492 Four bit divide-by-12 counter (MOD 12)
  • 7493 Four bit binary counter (MOD 16)
Read more :
1. Asynchronous Counter




















Some Synchronous Counter ICs
  • 74160 and 74162 Four bit decade counters (MOD 10)
  • 74161 and 74163 Four bit binary counters (MOD 16)

More reading ;
1. Binary Synchronous Counter
(4 bit Syn. Counter, Decade 4 bit Syn. Counter, Advantages of Synchronous Counters)











Design of Synchronous Counters
A summary of steps used in the design of this counter follows. In general, these steps can be applied to any sequential circuit. (sample1)(sample2(pdf))(sample3(pdf))

  1. Specify the counter sequence and draw the a state diagram.
  2. Derive a next-state table from the state diagram.
  3. Develop a transition table showing the flip-flop inputs required for each transition. The transition table is always the same for a given type of flip-flop.
  4. Transfer the J and K states from the transition table to Karnaugh maps. There is a K map for each input of each flip-flop.
  5. Group the K map cells to generate and derive the logic expression for each flip-flop input.
  6. Implement the expressions with combinational logic, and combine with the flip-flops to create the counter.



Some Up/Down Synchronous Counter ICs
  • 74190 Four bit up/down decade counter (MOD 10)
  • 74191 Four bit up/down binary counter (MOD 16)

Read :
1. Bidirectional Counter














Synchronous 3-bit Up/Down Counter
























Counter Application
24-hour digital clock.









To know about 74LS293. It's can be as 3 bit, 4 bit ripple counter or divide by 2 circuit. Here.
Datasheet LS293.


Count 000 - 999 using DECADE COUNTER 74LS93.

Tuesday, March 15, 2011

Blocking Website without using any software


"The Hosts file contains the mappings of IP addresses to host names. This file is loaded into memory (cache) at startup, then Windows checks the Hosts file before it queries any DNS servers, which enables it to override addresses in the DNS. This prevents access to the listed sites by redirecting any connection attempts back to the local (your) machine. Another feature of the HOSTS file is its ability to block other applications from connecting to the Internet, providing the entry exists." - source

"There are several ways for blocking access to websites, such as installing a Parental Control software or using the built-in Windows 7 Parental Controls, or a Firefox plug-in. Another method for blocking websites is to edit the hosts file on your system, and add all the unwanted websites. The hosts file is a system file that is used to map hostnames to IP addresses, without any DNS resolution." - source

Anda boleh gunakan hosts file ini untuk menghalang ads, banners, cookies, counters, web bugs, porno site, facebook (jangan bagi anak2 main), ataupun daripada hijackes.

# Block Facebook
127.0.0.1 www.facebook.com
127.0.0.1 facebook.com
127.0.0.1 static.ak.fbcdn.net
127.0.0.1 www.static.ak.fbcdn.net
127.0.0.1 login.facebook.com
127.0.0.1 www.login.facebook.com
127.0.0.1 fbcdn.net
127.0.0.1 www.fbcdn.net
127.0.0.1 fbcdn.com
127.0.0.1 www.fbcdn.com
127.0.0.1 static.ak.connect.facebook.com
127.0.0.1 www.static.ak.connect.facebook.com

Tapi bila anda nak berfacebook disable kan la...tambah # untuk setiap line. Dan tambahkan 2 line dibawah, bila mak bapak pakai, nak laju kan.... TAPI ini bukan penyelesaian mutlak! Bukan untuk mengoda, cuma nak faham hosts file tu berfungsi macam mane. Tapi kalau host file tu besar, 200K ke atas, maka, banyak RAM pakai, nak berat la mesin anda (Laptop/PC).

203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

Rujuk sini boleh juga.

Dan sekarang ni dah nampak bebas dari adds yang macam best je... ada gambar rimau la, handphone la... sudah la... dok ada masa nak layan binatang tu... dan lain kali ada site yang aku dok kenan, aku edit hosts file dan update ke dalam folder C:\WINDOWS\SYSTEM32\DRIVERS\ETC.


Read more :

1. http://www.mvps.org/winhelp2002/hosts.htm

2. http://helpdeskgeek.com/how-to/block-websites-using-hosts-file/

3. http://cariblogger.com/how-to-block-facebook-using-hosts-file

Aku Mahu Pulang

My Ref : C
Youtube : Aku Mahu Pulang - Amuk
Lirik: Bob Loqman

(Tak kiralah manusia bagaimana bentuknya, sifatnya, akhlaknya, semua adalah wayangnya, ciptaanya. Kalau tuhan dah mengapunkannya, kenapa manusia sangat2 sombong menghukumnya. ohhhh... sadis...Kalau pencipta sudah mengkehendakinya, mengapa hamba meminggirkannya. Yang sesat dalam perjalanan, usah diketepikan sehingga hayatnya, dan kamu juga tak tahu rahmat tuhan untuknya bagaimana, dan adakah kita pula bakal akan dirahmati dengan meminggirkan watak2 lakonan2 seperti itu semua. Apa itu?
Jangan terus membenci2. Dengar (jika mahu) dan selami hati mereka, lihat lirik di bawah, dan akan didapati, apa bezanya kita? Sadisss oooo tengok clip Youtube tu....puhhhhhh.... subsubsubhhhh...Lihat minit bermula 4.26....dan kemuncaknya minit 5.07 dan seterusnya minit2 akhirnya. Ada disebaliknya.

Baca juga tentang kisah Abdullah Syarafi di zaman Nabi Musa. Cerita yang sehingga kini, hakikatnya masih terpelosok dalam hati gua. Pemuda tersebut tidak berasa puas hati sekadar beriman begitu saja kepada Allah SWT, malahan timbul keinginan dalam dirinya untuk mengetahui nyata siapakah sebenarnya Allah, Tuhan yang akan disembahnya nanti. Kenapa pemuda itu sebegitu fikiran dan rasa hatinya? Masa tu ada Nabi Musa, dia bersusah payah mencarinya. Salah satu yang dijawab Musa ialah, Lupakan kebaikkan2/jasa2 kau kepada manusia dan lupakan segala amal2 kau kepada tuhan.

Dan, nanti, kamu akan berfikir tentang kehidupan ini. Search lah di google. Malas nak letak link, bukannya susah nak cari. Tak sesusah mencari tuhan pun. Sebenarnya pada gua, inilah juga isihati, tekanan perasaan yang dialami sahabat seawal dakwah Muhammad di Tanah Arab yang gila dan mundur masa itu. Muhammad merobek hati sahabat, diceritakan sejitunya tentang tuhan yang bakal akan disembah oleh sahabatnya itu. Ohhhhh... sadis cerita di sebaliknya. Masa tu ada Muhammad, tapi... hari ini....siapa yang nak dicari?

Cerita pemuda2 itu, ada pada setiap zaman, zaman musa, zaman muhammad, dan juga zaman sekarang, akan pasti ada pemuda2 yang sebegitu jiwa2nya.
Roger.- sulaiman utem)


Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan


Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya

Bukan sengaja, melanggar arahan

Kadang terlupa, watak dan peranan

Aku manusia


Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

Sunday, March 13, 2011

Free e-book : PCB DESIGN WITH PROTEUS PROFESSIONAL 7

The PCB DESIGN WITH PROTEUS PROFESSIONAL 7 ebook is free for download. Its contains of steps in Designing Circuit using ISIS Professional and how to convert that circuit to Printed Circuit Board (PCB) using ARES Professional.

Download Here.

Contributions by : Aminurrashid Noordin,Mohd Hanif Che Hasan,Mohd Razali Muhamad Sapiee and Sulaiman Sabikan


ps: See also in my previous posting about this topic. Here.

Saturday, March 12, 2011

Logi Kuasa Nuklear


Prinsip asas kepada penjanaan kuasa elektrik oleh logi kuasa adalah dengan menghasilkan stim untuk memusingkan turbine dan menjana generator dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik. Kita pakai dan bayar bilnya.

Stim tu pula boleh dihasilkan daripada pemanasan air oleh bahan arang batu, minyak, gas atau uranium. Dan logi yang menggunakan uranium ni dikenali juga sebagai logi kuasa nuklear.

Kalau ada generator dan minyak diesel, anda dah punya logi kuasa sendiri. Mungkin guna KUBOTA macam gambar sebelah. Kalau diesel kering generator mati, elektrik kat rumah pun tak ada. Kalau tangki minyak bocor, boleh terbakar atau meletop. Ada cooling system ke?

Bayangkan logi kuasa nuklear yang meletop. 76 tan uranium untuk logi 1000MW. Chernobyl, in Ukrainian, 1986. 60 orang mati serta merta akibat letupan, Greenpeace kata 93K, malahan 200K penduduk terkesan radiasi yang maksimum, dan mati atas pelbagai penyakit. 15 tahun pun kesannya masih terasa dan terlihat oleh manusia. Dan jumlah itu sebenarnya lebih besar. Flora dan fauna juga. (sample report)




Info :
1. http://www.cameco.com/uranium_101/uranium_science/nuclear_reactors/
2. http://harian-hullahup.blogspot.com/2010/12/malaysia-rancang-bina-2-loji-kuasa.html
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_reactor_technology
4. http://www.howstuffworks.com/nuclear-power.htm
5. http://www.whatisnuclear.com/articles/nucreactor.html

Mari membentuk minda dan paradigma pelajar, jangan terlalu banyak sangat politik, sikit2 sudah la..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan warga pendidik di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya tidak terlalu berpolitik untuk mengejar jawatan, sebaliknya menumpukan kepada tugas mendidik anak bangsa.

"Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima.

"Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya. Ini satu budaya tidak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita," katanya ketika berucap pada lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim.

Dalam sidang media selepas itu, Perdana Menteri berkata kepuasan seseorang pendidik sepatutnya apabila berjaya membentuk minda pelajar dan bukannya mengisi sesuatu jawatan dalam pengurusan.

"Soal siapa jadi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor biarlah proses penilaian dibuat secara objektif," katanya.

Sementara itu, Najib berkata IPT perlu memainkan peranan merapatkan jurang kemahiran untuk mengisi keperluan modal insan dalam menuju negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Dari segi kelulusan teknikal masih lagi ada kekurangan dalam negara kita, sebab itu kita akan melihat semula perancangan kita supaya kita dapat memenuhi (modal insan) melalui peranan IPT dalam negara kita," katanya.

Justeru, beliau berkata peranan universiti di negara ini akan diperhalusi supaya menjadi lebih khusus dalam mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri.

"Sebab itu universiti baru seperti UMP ini menjadi universiti teknikal melibatkan bidang teknologi dan modelnya ialah model universiti teknikal Karlsruhe, Jerman," katanya.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP, yang dibangunkan secara usahasama anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn Bhd dengan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan yang dijangka dapat menyelesaikan masalah untuk melupuskan minyak hitam terpakai.

Projek usahasama itu dilakukan di kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan kapasiti pengeluaran tahunan 14,000 metrik tan setahun.

- Bernama


... Rock Japan, Friday, 11-3-11




Friday, March 11, 2011

Santai Kata2 untuk motivasi diri...

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

via CariGold Forum by lavartos on 3/10/11


SELAMAT BERAMAL....

Things you can do from here:

Kalendar Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar Tahun 2011, UTeM.

Ada kelompok Wajib, Umum dan Khusus. Ada juga bersasarkan tangga, pangkat dan terbuka. Cuma, berikut adalah senarai bagi seorang Jurutera TIDAK dijadikan sasarannya. Maka, tidak perlu bermegah-megah dengan menghadirinya.


Kursus / Bengkel Kump. Sasaran
  • Kursus Asas Pengajaran Dan Pembelajaran (KAP) Sesi 1 DG/DS
  • Kursus Asas Pengajaran Dan Pembelajaran (KAP) Sesi 2 DG/DS
  • Kursus Asas Pengajaran Dan Pembelajaran (KAP) Sesi 3 DG/DS
  • Kursus Pendekatan OBE DG/DS
  • Sistem Pengurusan e-Learning (SPeL) DG/DS
  • Kursus Aplikasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran DG/DS
  • Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris dalam Penyampaian P&P DG/DS
  • Kursus Penasihatan Akademik DG/DS
  • Kursus Kaunseling dalam P&P DG/DS
  • Kursus Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran DG/DS
  • Bengkel Problem Based Learning (PBL): Rekabentuk Masalah dan Perancangan DG/DS
  • Peningkatan Kualiti Berterusan (CQI) DG/DS
  • Student Centered Learning DG/DS
  • Active & Cooperative Learning DG/DS
  • Kursus Teknologi Audio & Video dalam P&P DG/DS
  • Kursus Keberkesanan Komunikasi dalam Bahasa Inggeris DG/DS
  • Bengkel Pembinaan Item Ujian Berdasarkan Taksonomi Bloom DG/DS
  • Course on Supervision and Evaluation of Graduate Research Part 2 DG/DS
  • Kursus Penilaian Tesis DG/DS
  • Rekabentuk & Perancangan Kursus Berkesan: Penjajaran Hasil Pembelajaran, Penilaian Dan Pengajaran DG/DS
  • Kursus Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital Interaktif DG/DS
  • Bengkel Problem Based Learning (PBL): Penilaian dan Kaedah Memudahcara DG/DS
  • Penulisan Jurnal DG/DS
  • Executive Talk : Inovasi dalam Pengajaran DG/DS
  • Executive Talk: Gaya Pembelajaran Dan Kepelbagaian Kebijaksanaan DG/DS
  • Executive Talk: OBE In Scholarship of Learning And Teaching (SoLT) DG/DS
  • Executive Talk: Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan DG/DS
  • Kolokium Pendidikan Berasaskan Hasil (Colloquim Outcomes Based Education) COBE UTeM 2011 DG/DS
  • Bengkel Pembangunan e-Portfolio Pensyarah DG/DS
  • Bengkel Penyediaan e-Portfolio Pelajar Oleh Pensyarah DG/DS
  • Bengkel Penulisan Modul ke Buku DG/DS
  • Kursus Research Methodology DG/DS
  • Bengkel Penyeliaan P&P DG/DS
  • Bengkel Team OBE DG/DS



Download: Kalender Latihan 2011, Pejabat Pendaftar

Thursday, March 10, 2011

Transistor ni kan?



Transistor adalah satu unit semikonduktor yang biasa digunakan untuk;
1.
menguatkan arus dan
2. sebagai suis dalam isyarat elektronik.

Ingin baca lanjut di:

1. http://www.kpsec.freeuk.com/components/tran.htm

2. http://www.kpsec.freeuk.com/trancirc.htm
3. Transisitor Series

Contoh datasheet :
1. KSP2222A

Wednesday, March 9, 2011

Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam


Pemenang anugerah penghargaan Maal Hijrah 1427H

Catatan Editor

Wawancara ini dijalankan oleh team UmmahOnline yang diketuai oleh saudara Aqil Fitri selaku editor dan diterbitkan online di web UmmahOnline pada 25 Februari 2006. MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula wawancara yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ini untuk dimanfaatkan oleh pengunjung . Selamat membaca!

Agama dan sains, adalah dua wilayah yang berbeza [1]. Dalam sejarah Barat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Renaisans, hubungan antara agama dengan sains mula dibangkit serta dipersoalkan ekoran daripada beberapa penemuan sains yang bersifat menggemparkan seperti perubahan kedudukan bumi dari geosentrik kepada heliosentrik. Dan, dari penemuan inilah antara dampak yang melahirkan istilah revolusi sains itu.

Kemudian, apabila Barat mula memasuki Zaman Pencerahan (Enlightenment) [2] hubungan antara agama dengan sains mula memuncak hinggakan berkumandangkan suara Laplace yang menganjurkan faham tentuismenya itu (determinism). Akhirnya, hubungan antara agama dan sains, dalam pengalaman Barat memang tidak pernah aman, meskipun vakuum agama sudah mula dirasai oleh komuniti sains mereka dewasa ini.

Sebaliknya, dalam Tamadun Islam, iaitu ketika belahan Barat masih lena lagi, hubungan antara agama dan sains berlangsung dengan suasana yang cukup harmonis dan murni sekali. Tidak pernah ada peristiwa dimana ilmuan Islam yang dibakar hidup-hidup seperti Giordano Bruno atau dipenjarakan seperti Galileo Galilei.

Jadi, perbedaan seperti inilah yang cuba diungkapkan oleh Mohd Yusof Othman (Prof. Dr) dalam wawancara beliau bersama Ummahonline Team baru-baru ini. Berlatarbelakangkan dalam displin fizik tenaga, beliau cuba membicarakan hubungan agama dan sains ini dari kacamatanya, sambil sesekali melantunkan firman Allah swt sebagai jawapan terhadap konflik sains yang berlaku di Barat. Bagi beliau, sains yang dibangunkan dalam konteks Barat ini terbatas sifatnya, yang tentunya dengan sifat ini ia tidak akan mampu membawa jalan keluar kepada kebahagian yang hakiki yang dicari oleh setiap insan.

Justeru, kepada para pembaca yang berminat untuk meneliti perspektif Professor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga pemenang Anugerah Penghargaan Maal Hijrah 1427 ini, maka eloklah disoroti hasil dari wawancara yang telah Ummahonline Team sempurnakan pada 13 Februari 2006.


Bagaimana anda melihat hubungan antara sains dengan agama?


Oh, yang menjadi isu sekarang di Barat ini kerana sains tanpa agamalah. Semua ini dari kita ini sedang menyaksikan satu keruntuhan tamadun manusia akibat tidak ada agama. Dan, tamadun Barat moden ini telah dibangunkan tanpa berasaskan agama. Jadi itu natijah yang paling jelas. Mereka eksploitasi alam ini semahunya, sehingga tidak ada nilai-nilai lagi yang memandunya. Jadi, akibatnya dia inilah. Malah, kepada saya, tentang isu yang hangat ketika ini, iaitu masalah orang yang menghina agama Islam ini, mereka sebenarnya (Barat) telah menghina agama mereka. Tapi, golongan gereja mereka tidak sehebat orang Islam dalam melawan arus ini. Bayangkanlah, bagaimana seks bebas, black metal, dll itu meluas atas alasan kebebasan yang dianjurkan oleh mereka. Ini dilema yang sedang mereka hadapi sekarang ini.

Jadi, adakah anda bermaksud agama mesti menundukkan sains? Begitu?


Tidak! Sains itu dibangunkan mesti dalam acuan agama, bukannya agama yang menundukkan sains. Mana boleh tunduk-menunduk di sini? Kita perlukan sains. Kalau tak, macamana kita nak ambil wuduk tanpa sains? Bagi tahu saya? Setakat nak cerita ambil wuduk begini begitu, air tak ada, buat apa? Juga, bagaimana kita nak membicarakan zakat, kalau harta kita sedikit? Bayangkan, kalau ada telefon bimbit, tapi tak ada agama, itulah yang pornografi masuk. Jadi, sains perlu dibangunkan dalam acuan Agama.

Sekarang ini, saya melihat, kita sedang berhadapan dengan kemusnahan. Ini bukan saya yang sebut, tetapi Fritjof Capra, fizikawan Austria, dalam bukunya The Turning Point. Capra menyatakan, “aku hairan manusia Barat ini, mereka berjaya mendarat di bulan dengan tepat dan jitu, mereka berjaya membangunkan alam ini, tapi mereka tidak boleh mengawal asap-asap yang keluar dari kenderaan dan kilang-kilang yang telah mencemarkan alam sekitar hingga ini mencetuskan global warming. Barat pun tahu, yang menyebabkan Taufan Katrina disebabkan oleh gempa bumi. Tapi kemusnahan alam ini masih berlaku. Barat juga membicarakan tentang maayarakat sejahtera. Mereka manifestasi dalam dalam filem-filem, tapi sebaliknya konteks kebahagiaan yang mereka hasilkan ialah, seorang isteri tidak boleh menghormati suaminya dan sebaliknya, anak-anak tidak tahu dididik oleh ibu bapanya serta pemimpin-pemimpin yang membohongi rakyatnya, dll. Ini yang disebut oleh Fritjof Capra itu. Melihat dari kehancuran ini, bangkit satu golongan yang mahu melihat keserasian antara agama dan sains, tapi malangnya orang-orang yang menguasai media massa ini adalah mereka yang ekstrim sekularnya, sebab itu mereka tidak membawa aspirasi yang bertentangan dengan mereka.

Ya, bila kita merujuk kepada Fritjof Capra juga, iaitu dalam bukunya yang satu lagi The Tao of Physic, memang Capra menoleh penyelesaian masalah-masalah Barat kepada ajaran Timur. Tetapi, apakah ini boleh membuktikan bahawa memang wujud kekosongan spiritual yang besar dalam masyarakat Barat itu?


Ya. Sebab itulah ramai saintis Barat mengajak balik kepada spiritual dan agama. Malah, Albert Einstein yang dianggap sebagai tokoh yang begitu hebat pernah menyebut, ‘sains tanpa agama laksana orang gila memegang kapak’. Dan, kalau saya menambah, ‘sains tanpa agama kemusnahan, agama tanpa sains tempang’. Amalan agama tidak boleh dilaksanakan tanpa sains. Sebab itu, tujuan manusia diciptakan oleh Allah swt ialah untuk menjadi khalifahnya. Khalifah ini tidak boleh dilaksanakan tanpa ilmu pengetahuan iaitu sains itu. Bagaimana saya nak bela kambing, bagaimana saya nak bercucuk tanam dan segala-galanya, kalau tanpa sains? Tetapi, kalau dibiarkan sains itu, maka ilmu yang berhubung dengan penerokaan alam itu akan terlepas tanggaungjawab dengan Tuhannya, maka inilah jadinya. Jadi, kita kena sedar, dalam konteks Islam, tujuan agama itu bukannya amalan-amalan ritual semata-mata. Dan, sebab itu, Islam tidak memisahkan amalan ritual dengan bentuk yang lain-lainnya.

Bagaimana pula dengan usaha yang dibuat untuk mencocokkan Al-Quran dengan penemuan-penemuan sains?


Yang ini saya tidak bersetuju! Sebab itu ada penulisan yang menyebut hal ini sebagai Bucaillisme. Kita cari apa yang ada dalam al-Quran, kemudian apa yang ada dalam sains, maka terbukti itu benar. Bukan begitu! Memang al-Quran ada menerangkan begitu, tetapi al-Quran bukannya kitab sains. al-Quran lebih besar dari itu, huda li muttaqin, iaitu memberi petunjuk, memberikan falsafah serta dasar-dasar sahaja. Maka, untuk yang terperincinya, al-Quran menyatakan ‘fas’alu ahlaz zikri in kuntum la ta’lamun’, tanyalah kepada yang pakarnya, meskipun yang kita tanyakan itu bukannya muslim sekalipun.

Sekarang ini ramai orang yang memahami agama sebagaimana Barat memahami agamanya. Jika kita tanya orang Barat yang sekular ini, adakah kamu beragama, ya saya beragama, jawab mereka. Tapi cuba kita tanya dia tentang agama Kristian, dia tidak faham. Begitu juga apa yang berlaku kepada orang Melayu dan Muslim. Dia pergi sembahyang, dia pergi puasa, dia pergi Haji, tapi apabila kita sebut mengapa kamu membuat perkara ini hingga merosakkan alam, dia akan cakap I don’t care. Ini disebut sebagai orang yang bersifat indifferent, saya tak kata muslim ini sekular. Indifferent terhadap agamanya, dan juga terhadap sains. Dia tidak akan sedar keserasian dua hal ini, setelah ia ditanam dengan nilai-nilai yang meroskakkannya ini.

Sebab itu kita perhatikan, ramai ahli-ahli sains tidak kisah tentang masyarakatnya. Sebab memang pendidikan sains yang kita terima di sekolah itu telah memisahkan sains daripada masyarakat. Ilmu yang berkaitan dengan pengurusan masyarakat itu diajar kepada orang lain sebenarnya. Sebab itu, orang sains mereka hanya belajar satu perkara saja, dan akhirnya mereka merasa seronok. Itu yang jadi bahayanya. [3]Sekarang persoalannya, bagaimana nak mengembalikan sains seperti yang diterapkan oleh Al-Farabi, Al-Kindi, Ibn Sina, dll?

Sebenarnya, di manakah kedudukan anda, bila pemenang Hadiah Nobel Fizik, Abdus Salam sendiri telah mengkritik Hossein Nasr tentang gagasan Sains Islam, manakala di waktu yang sama anda pula menawarkan Sains Insan dalam banyak tulisan anda? Jadi, di mana posisi anda? [4]


Ok, sekarang ini sebelum menjawab soalan anda ini, kita kena jelaskan dahulu, apa itu definisi sains? Kalau menurut orang Barat sendiri, iaitu Peter Medewar, salah seorang pemenang Hadiah Nobel, dia menyebut sains adalah satu usaha (di sini, pada awalnya bukannya ilmu pun yang disebutnya, malah dia nak cuba elak dari menggunakan perkataan ilmu) untuk memahami fenomena tabii alam secara rasional, objektif dan sistematik dengan menggunakan kaedah yang tertentu, yang diperantikan untuk menumpukkan pengetahuan, daripada seseorang itu tidak tahu kepada tahu. Itulah ringkasnya apa yang dimaksudkan oleh Medewar tentang definisi sains ini.

Definisi ini kita boleh jelaskan begini. Umpamanya, Galileo Galilei ambil sebiji batu dan dilepaskan di Menara Pisa, kemudian setelah itu dia ambil bulu ayam pula dan dilepaskan. Di sini, dia tengok sama atau tidak masa untuk objek-objek ini mendarat. Oh, tak sama, kata Galileo. Jadi, untuk menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayainya, maknanya, bila saya membentang ilmu menurut kaedah ini, maka semua orang boleh terima, boleh mempercayainya. Kalau kita lihat takrifan sains seperti ini, maka kita akan perhatikan ada lima perkara yang perlu kita lakukan untuk membangunkan sains ini.

Pertama, kemampuan untuk melihat fenomena alam tabii, dan kedua ialah secara rasional, manakala ketiga kita mesti ada alat atau kaedah tertentu, iaitu kita mesti tanya kenapa batu dengan bulu ayam tidak jatuh sama dalam kes Galileo tadi? Begitu juga, contohnya, kita mesti Tanya, kenapa api yang panas membakar? Kenapa pisau yang tajam memotong? Kenapa air yang dicincang tidak akan putus? Petanyaan ini boleh dijawab sama ada melalui eksperimen seperti Galileo Galilei, atau pun teoritikal seperti yang dilakukan oleh Albert Einstein atau Abdus Salam. Dan, yang keempatnya, kita akan menumpuk pengetahuan. Aakhirnya, yang kelimanya ia boleh dipercayai. Dalam sains ada error analysis. Kenapa ada error analysis ini? Jadi untuk mengelakkan error analysis ini kita mesti melakukan ujikaji berulang-ulang kali supaya sebarang unsur-unsur yang manusiawi itu dapat dielakkan.

Itu definisi sains. Jadi, bagaimana pula untuk membangunkan sains? untuk membangunkan sains ini kita terpaksa mengambil tiga premis. Premis pertama ialah alam ini ada tabiinya. Apa tabiinya itu? Umpamanya seperti tadi, api itu membakar, pisau itu memotong, air dicincang tidak akan putus, objek yang dilepaskan akan jatuh, pokok memerlukan matahari, itulah yang dinamakan tabiinya. Ini juga yang kita sebut sebagai sains tabii. Yang kedua ialah, lelaki atau wanita, tua atau muda, Timur atau Barat, dalam bahasa dan bangsa apapun, kita sebagai manusia boleh mempersoalkan keteraturan alam tadi. Jika pisau boleh memotong, kita boleh tanya kenapa pisau itu memotong? Kenapa api boleh membakar? Kenapa tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari? Manakala, premis yang ketiga ialah, setelah kita mengamati fenomena tersebut, kita akan mendapat keputusan dan kesimpulan yang sentiasa sama.

Nah, kembali untuk menjawab soalan anda ini, sekarang ini Abdussalam menerima takrif sains yang seperti ini sebagai premisnya. Kalau orang Islam tidak maju dalam sains, maka dia juga tidak akan maju dalam kehidupannya. Manakala, Sayyed Hossein Nasr menolak takrif sains yang seperti ini. Hujah Hossein Nasr, kalau sains memutlakkan tabii alam, umpamanya api itu membakar, jadi bagaimana kita nak menceritakan tentang Nabi Ibrahim as yang dicampak dalam api, tetapi tidak terbakar, kecualilah kita tidak percaya. Sebab itu, apabila orang-orang Barat yang subscribe dengan sains, atau saintisme ini, maka mereka juga akan memutlakkan sains sampai menafikan yang perkara-perkara yang lain daripada sains. Cerita-cerita dalam Bible misalnya, begitu juga dalam al-Quran, misalnya cerita Nabi Musa as yang membelah air laut. Macam mana kita nak percaya semua ini? Cerita al manna wassalwa yang diturunkan daipada langit ketika zaman Nabi Musa as, bagaimana kita nak percaya kejadian ini secara saintifik?

Jadi, apa kaedah untuk kita mendamaikan antara daerah sains itu dengan daerah yang barangkali kita boleh sebut sebagai metafizik ini?


Ok, saya belum habis lagi. Jadi macam mana dengan sistem kepercayaan kita? Kalau kita terima al-Quran itu sebagai mutlak, dan al-Quran itu wahyu Allah swt, maka kita akan mengatakan bahawa alam itu memang tabii. Api yang panas itu membakar, tetapi kebolehterbakaran api itu bukannya bergantung kepada apinya, tetapi dengan keizinan Allah swt. Dalam konteks Nabi Ibrahim as, Allah swt tidak mengizinkan api membakar. Jadi pembakaran itu berlaku dalam keadaan isolated. Tabii api memang terbakar, tetapi kebolehan api untuk membakar adalah tidak bergantung kepada dirinya sendiri. Tapi dia bergantung kepada kehendak Allah swt yang menjadikannya. Pisau yang tajam itu memotong, ya, tetapi pisau tersebut tidak akan memotong secara mutlak. Jadi, di sini peranannya berbeza. Kalau tadi kita menolak agama sebab kita memutlakkan sains, manakala yang ini kita memutlakkan al-Quran. Banyak pun kes kalau saya boleh membuktikan David Copperfield. Macamana kita nak jelaskan? Orang-orang Hindu yang berjalan atas api, macamana kita nak jelaskan? [5] Tabii ini berlaku sebab manusia dilantik oleh Allah swt sebagai khalifahnya. Maka manusia mesti tahu. Tetapi pengetahuannya tidak mutlak.

Jadi, umpamanya kita ungkapkan apa yang dikatakan oleh Ian G. Barbour dalam bukunya When Science Meets Religion, katanya fenomena fizik quantum sendiri telah menunjukkan peranan Tuhan?


Tidak! Fizik quantum itu berlaku secara tabii. Kita tidak boleh menerangkan alam ini secara Newtonian apabila kita pergi kepada peringkat mikroskopik. Jadi Newtonan disini tak boleh pakai lagi. Dan eksperimennya memang menunjukkan demikian. Jadi, fenomena itu berlaku secara tabii. Justeru, fenomena ini berlaku bukan sebab ada Tuhan atau sebaliknya. Peranan Tuhan jauh lebih besar dari itu. Sebab itu saya cukup bimbang dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Maurice Bucaille. Kaedah di mana, ada dalam al-Quran, dan dalam sains, maka ianya ada. Ini juga diikuti oleh Harun Yahya dari Turki itu[6]. Saya benar-benar bimbang dengan kaedah ini. Kaedah ini sebenarnya boleh ’menipu’ kita. Umpamanya, kalau sesuatu itu tidak ada dalam sains bagaimana? Ini kerana kita melihat seolah-olah sains itu mutlak.

Tapi saya tahu, sekarang ini golongan mereka ini (aliran Bucaillisme) telah merubah pendekatan. Mereka mula mengatakan ilmu yang kita miliki ini kecil. Dalam Islam, kita kena terima bahawa ilmu daripada Allah swt ini macam lautan. Umpamanya, dalam kehidupan manausia, yang hendak dicari itu ialah kebahagian. Bahagia itu ada apa? Di mana ada kebahagian? Jadi, dalam Islam bahagia bukannya boleh disaintifikkan. Dalam surah al-Hujurat, Allah swt ada menegaskan mengenai kebahagiaan ini melalui jalan memeluk agama Islam. Begitu juga, saya tidak boleh memberi kebahagian kepada isteri dan anak-anak saya. Tetapi bahagia itu akan diberi oleh Allah swt, sekiranya saya berusaha untuk keimanan dan saya tidak boleh tipu isteri saya. Tetapi di Barat lain. Kita baca tentang, misalnya Catherine Zeta-Jones berkahwin dengan Michael Douglas. Mereka menggunakan taruhan wang sebagai penentu kepada berpisahnya mereka. Siapa yang curang akan mendapat wang itu. Dalam Islam, pergantungannya bukan kepada kebendaan. Jadi premisnya sudah lain. Justeru, sains itu perlu berada di bawah Islam tadi. Sains hanya sebagai alat sahaja. Sebab itu saya tegaskan bahawa sains perlu dibangunkan dalam acuan Islam. Jadi itu caranya yang sebenar.

Itu juga yang saya cuba sampaikan dalam banyak tulisan saya. Sebab, masalah dalam penulisan ini, buah-buah fikiran yang ada dalam minda saya, kemudiannya saya nak bentangkan dalam makalah atau buku. Jadi bila orang lain yang membaca, dia tidak faham macam saya faham. Apatah lagi bila mereka membandingkan antara siapa Abdus Salam dengan Yusof Othman itu. Lalu, mereka tidak berani nak komen dah. Jadi silapnya di situ. Abdus Salam silapnya di situ. Abdus Salam marah kepada Sayyed Hossein Nasr dalam buku Islamic Science, Pervez Hoodbhoy. Kata Abdus Salam, kalau kita mengajak orang kepada ‘Sains Islam’ maka kita akan melakukan kemusnahan. Kemudian, balas Sayyed Hossein Nasr pula, kalaulah benar hujah yang dikemukakan oleh Abdus Salam tadi, tentulah orang-orang Barat, apabila dia berkarya dalam sains dan teknologi, dia tidak akan hilang agamanya. Tetapi, kenapa ahli-ahli sains Barat ini makin jauh dari agamanya?

Jadi, adakah ini juga menunjukkan bahawa sains itu tidak bebas nilai?


Ya, mereka pergi kepada nilai-nilai saintifik, atau dewasa ini turut dikenali sebagai saintisme. Dan, hari ini kita boleh perhati masyarakat ini menggunakan nilai ini, dia suka pada saya, saya pula suka padanya, so what? Tanpa ada rasa malu lagi. Malu ini bila ada bersalah. Sebab, apabila nilai agama sudah tidak ada, maka hilanglah rasa bersalah itu. Seseorang itu tidak akan mencuri hak orang, kalau dia mempunyai agama.

Perbincangan antara sains dengan agama juga akan membawa kita kepada perbincangan antara alatnya, iaitu akal dan wahyu. Tetapi tidakkah wahyu dan akal itu sejajar, maksudnya masing-masing saling merlu-memerlukan?


Bukan! Ilmu manusia yang menggunakan akal itu seumpamanya titisan air sahaja. Manakala ilmu Allah swt (wahyu) itu seluas lautan. Ilmu yang ada kalimat itu, itu sebenarnya ilmu Allah swt. Alif Lam Min itu saya tidak tahu maknanya. Sebab itu ada Paderi Kristian yang pelik dan pernah bertanya, kenapa muslim dia sembahyang juga walhal dia tidak faham? Sedangkan kami yang Kristian ini faham apabila kami sembahyang. Dan, saya kata hujah tersebut tidak betul. Muslim memanglah tidak faham. Muslim, bila mereka sembahyang dia tidak tahu kenapa? Ini kerana aslama. Tetapi kalau dia berdoa, dia kena tahu apa yang dia baca. Saya tidak tahu kenapa saya baca al-Fatehah sewaktu sembahyang. Tapi itulah menunjukkan aslama. Kita menerima ritual tanpa ada membangkitkan persoalan-persoalannya. Sebab itu, kalau kita nak tahu makna-makna al-Fatehah setahu-tahunya, itu sesuatu yang mustahil. Sebab itu adalah wahyu Allah swt. Yang muslim tahu ialah sebahagian kecil untuk kita beramal sahaja.

Jadi kalau kita berbalik kepada quantum, ia sebenarnya tidak ada apa-apa. Quantum, meksipun di sana terselit pengajaran, ianya hanya mengambarkan perubahan dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, iaitu dari pendekatan klasik (Newtonan) sudah tidak boleh digunakan. Ibaratnya, saya berada di kampung dan datang ke bandar, saya tidak boleh menggunakan paradigma kampung untuk tinggal di bandar lagi.

Tapi, adalah tidak tepat kalau kita menolak Newtonan sepenuhnya, kerana ia masih dapat berfungsi dalam alam makroskopik?



Ya, ia benar dalam alam makroskopik. Tetapi ia sudah tidak relevan dalam alam mikroskopik. Malah, sekarang ini kalau anda tanya saya, maka saya akan tambah lagi tentang nanoteknologi. Apabila orang mula bercakap tentang nanoteknologi, apakah nano zarah itu memerlukan tenaga seperti kita sekarang? Itu satu persoalan yang sangat besar. Sebab, asas kepada gerakan Newton adalah suatu objek yang bergerak itu memerlukan rintangan, kalau tidak ia tidak boleh bergerak. Saya nak bergerak ini, mesti ada rintangan. Dan, dalam menerangkan bahan superkonduktor material seperti ini, iaitu tentang nanoteknologi ini, ia tidak ada rintangan.

Wah, tanpa menggunakan tenaga, zarah tersebut masih boleh bergerak?


Ia, zarah tersebut masih boleh bergerak. Telah pun diuji, bahawa elektron masih boleh bergerak dalam bahan superkonduktor, meskipun tanpa rintangan dan tanpa tenaga. Jadi, kalau sesiapa boleh jelaskan hal ini, dia dapatlah Hadiah Nobel (ketawa). Kini apabila Werner Heseinberg membangkitkan soal dualiti (zarah-gelombang), maka kita kini tidak menngunakan Newtonan lagi. Dan, mungkin suatu masa nanti, kita tak pakai dah keadaan quantum ini. Kita beralih kepada yang lain pula. Itu sesuatu yang tidak mustahil boleh berlaku. [7]

Bagaimana pula dengan Teori Kenisbian Einstein?

Ya, macamana Einstein mengamati objek di cakrawala. Dia merumuskan tidak ada objek yang tidak bergerak di cakrawala tersebut. Ya, pengamatan ini betul. Jadi, pandangan tiga dimensi yang selama ini (Newtonan) kita tidak boleh dipakai lagi, maka kita kena tambah satu lagi, menjadi empat dimensi, iaitu masa. Dengan adanya dimensi masa ini, maka ia boleh untuk menerangkan pergerakan objek-objek di cakrawala itu. Sebab itu, kalau kita nak menerangkan, umpamanya teori denguman besar (Bing-Bang theory), kita mesti guna teori kenisbian ini.

Sebagai seorang saintis muslim, sikap anda sendiri terhadap teori kenisbian ini?


Ya, tak ada masalah. Teori ini hanya untuk menjelaskan. Saya makan nasi saya kenyang. Memang kenyang itu Allah swt itu bagi, jadi apa salahnya jika saya cuba nak jelaskan kenapa saya boleh kenyang. Tetapi jangan sehingga sains itu mengawal hidup saya, budaya saya, dll.

Sekali lagi, bagaimana mahu menjelaskan peranan Tuhan dalam kejadian alam. Pertama, adakah Tuhan menciptakan kesempurnaan alam, lalu membiarkan alam terurus secara tabii (deis), atau kedua, Tuhan menciptakan alam lalu sentiasa campur tangan, dari masa ke semasa, dalam penciptaannya tersebut?


Itu pandangan siapa? Itukan pandangan Kristian! Tuhan sentiasa campurtangan dalam segenap aspek penciptaannya. Kalau kita telaah dalam surah al-Sajadah, Allah swt ada menegaskan peranannya yang terus menerus, tanpa henti-henti. Kalau tidak, seperti tadi, macam mana kita nak menjelaskan Nabi Ibrahim as tidak terbakar?

Jadi, adakah langsung tiada ruang untuk kita jelaskan secara mantik soal-soal ini (metafizik)?


Ya, memang tidak ada ruang untuk itu.[8] Sebenarnya, orang yang bermula cakap-cakap begitulah, itulah dia akan mula cipta ajaran sesat. Yang perlu kita tahu ialah, bagaimana kita nak memahami tabii-tabii alam ini, dan bagaimana kita dapat bertindak dengan alam supaya kita tidak terkeluar dari batas-batas agama. Kita tidak percaya pada azab kubur. Sahabat Rasulullah saw pernah bertanya, ‘apakah benar Tuhan akan menghidupkan kita semula?’. Sebaliknya Rasullah saw menjawab dengan mudah, ‘apakah susah sangat Tuhan nak menghidupkan semula daripada yang telah ada, berbanding menciptakan sesuatu dari tidak ada langsung’. Jadi, di sini Rasulullah mengajak ummatnya untuk berfikir dengan paradigma begitu.

Mudahnya, muslim seharusnya mempunyai paradigma yang berbeza?


Ya, begitu. Sebab masalahnya sekarang ini, maaf jika saya katakan, bahawa kalau kita perhatikan agama-agama lain, mereka cuba untuk mencipta Tuhannya sendiri. Sebenarnya, dalam Hindu pun, Tuhannya tidak boleh digambarkan. Sebab itu, implikasi bila munculnya karikatur Rasulullah saw ini, menunjukkan bahawa golongan-golongan ini (Barat) sudah lama dah mempermainkan agama. Malangnya, orang-orang Kristian sendiri tidak memberi respons. Macam kumpulan Sister in Islam ini, mereka minoriti, tetapi dia bising bukan main lagi. Bila dia mendakwa mereka mewakili wanita Islam di Malaysia, itu tidak betul.

Bercakap tentang krisis tafsir agama ini, termasuk juga bagaimana kita nak melihat sains, adakah ini menandakan kita memerlukan dialog atau pun satu bentuk kawalan sepihak?


Kalau tentang sains dengan agama tadi, dialog itu memang perlulah. Tetapi yang pentingnya kita kena tukar paradigma kita berfikir. Paradigma kita ialah, al-Quran itu mutlak, manakala sains ini baru dan tidak mutlak. Malah, Fittjof Capra juga mengatakan sains itu tidak mutlak. Apa buktinya sains itu tidak mutlak? Teorinya yang berubah-ubah. Teori atom contohnya, Dalton, Rutherford dan Sommerfeld masing-masing mempunyai tafsiran teori yang berbeza. Malah, sekarang ini kita gunakan tahap tenaga (energy level), ia lagi berbeza. Jadi, kalau itu sifat sains, maka banyak lagi kita tidak tahu. Albert Einstein sendiri juga menyatakan, ‘makin banyak kita teroka, makin banyak juga yang kita tidak tahu’. [7]

Jadi, kita lihat sains itu relatif, sebaliknya al-Quran itu tidak relatif. Kita tahu, al-Quran menunjukkan (penjilidannya itu) sebuah kerja yang saintifik, kajian, yang sampai hari ini pun berterusan menunjukkan hebatnya kajian itu. Apa buktinya? Tidak boleh orang mempertikaikan keaslian Al-Quran. Terbukti, memang tidak ada orang yang berjaya mempertikaikan. Sepanjang zaman, orang telah cuba, tapi akhirnya usaha itu dapat disangkal. Bible yes! Sebab Bible tidak ada teks yang asal, iaitu daripada kata-kata atau ucapan Nabi Isa as. Sebab orang Kristian kata, dalam Bible itu ada kata-kata Jesus Christ, Cesar dan sebagainya. Tapi dalam al-Quran tidak ada. Malah, mereka yang nak buktikan bahawa Al-Quran ini cumanya kata-kata Rasulullah saw, maka tentunya kita boleh bezakan bila kita tengok cara grammar antara Al-Quran dengan Hadith, itu sudah nyata lain sekali. Macam, Innama al-amal bi al-niyyat (setiap amalan bermula daripada niat), maka ini grammar hadith. Saya sendiri sedang menulis satu buku, buku yang bertajuk, Sains, Masyarakat & Agama, sebagai usaha untuk menjelas tentang hubungan antara ketiga-tiga ini.

Begitu juga berbalik kepada tadi, apa itu definisi sains? Dan, bagaimana sains dapat menjelaskan tentang Isra wa Mikraj, misalnya. Jika anda tidak percaya, anda telah menolak Al-Quran. Firman Allah swt dalam surah al-Isra’, subhanalladzi asra bi ‘abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa, (mahasuci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa). Sebab itu saya kata, bila kita terlalu kuat sangat sainsnya seperti yang difahami oleh Barat, maka kita akan mengesampingkan agama, dan akhirnya perkara-perkara seperti ini yang kita tidak akan percaya. Sebab itu, saya bimbang dalam sistem sekolah kita mengajar agama itu bukan dalam konteks huda li muttaqin, tapi agama dalam konteks sains. Itu silapnya.

Tentang kebimbangan anda ini, adakah ini juga kesan dari apa yang anda pernah sebut tentang konsep dualisme dalam pendidikan itu?


Pada saya, ini orang yang tidak faham. Dualisme itu ada. Macam, lelaki dan perempuan ada, positif dan negatif ada, tapi dualisme itu tidak bererti kita pisahkan. Dualisme itu ialah saling lengkap-melengkapi, baru nice. Agama yang mengajak orang itu berbuat baik, sebaliknya sains tidak mengajak ke arah itu. Sila beritahu saya? Sains sebenarnya hanya menyatakan tentang etika masuk makmal, etika belajar, tetapi hakikatnya etika menurut agama itu lebih tinggi kedudukannya. Sebab agama itu adanya dosa dan pahala. Dosa dan pahala itu lebih besar nilainya dari harta, dan apa-apa yang kita pada ada.

Maknanya tentang dosa dan pahala ini, anda menganjurkan penekanan kepada dimensi metafizik, kemudiannya barulah fizik, begitu?


Bukan, saya tidak ada menekankan kepada mana-mana. Sekali lagi, saya menekankan sains itu perlu dibangun dalam acuan Islam. Sebab perkataan metafizik itu kita ambil maknanya dalam bahasa Inggeris. Dan, bahasa Inggeris, dalam istilah itu membawa makna yang bersifat sekular.

Contohnya?


Ya, contohnya dalam bahasa Inggeris mereka sebut justice, apa yang mereka maksudkan tentang justice ini? Maknanya di sini, seorang hakim yang mnejatuhkan hukuman itu, berdasarkan kepada prinsip sama rata. Tapi dalam Islam bukan sama rata. Dalam Islam berasaskan ayat, ‘berlaku adillah, sebab adil itu mendekatkan kamu kepada ketaqwaan’. Seorang hakim yang nak menjatuhkan hukuman dengan berdasarkan konsep adil, yang di pentingkannya ialah ketaqwaan kepada Allah swt. Sebab itulah Saidina Ali kwj tidak mempertikai baju besi yang diberi kepada Yahudi. Sebab itu juga, dalam Islam, pembahagian harta diberi dua bahagian kepada lelaki, dan satu bahagian kepada perempuan, sebab Islam itu mahu berlaku adil. Tapi sains itu tidak adil. Tapi yang dipentingkan dalam Islam ialah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, sekarang bila anda menyebut metafizik, metafizik kita ini bererti dalam konsep dan konteks Barat, yang memisahkan itu. Ini yang saya tidak setujunya.

Itu, saya kata tentang istilah adil, bagaimana pula dengan ethic? Ethic tidak sama dengan adab dan akhlak. Ethic tidak ada Tuhan. Sebaliknya, kalau kita tengok, akhlak datangnya dari perkataan khaliq dan makhluk. Masyarakat ada Tuhan, sains itu tidak ada Tuhan. Syura itu ada Tuhan, meeting tidak ada Tuhan. Ilmu ada Tuhan, knowledge belum tentu adanya Tuhan. Iklhas ada Tuhan, sincerity tidak ada Tuhan. Jadi, dalam konteks Islam, istilah-istilahnya, yang berbentuk makna-makna kefalsafahan ini, dia tidak akan menjauhkan kita daripada Tuhan. Tetapi dalam Barat, mereka mencipta istilah itu, yang asalnya ada Tuhan, tetapi sekarang mereka telah keluarkan. Sincerity, so what? Contohnya, dalam Islam, saya ikhlas dengan dia (isterinya). Kalaulah saya tak ikhlas, saya tak jujur, tentulah bila kami dapat anak, saya tak bertanggungjawab. Tapi, bila saya ikhlas, saya bertanggunjawab. [9]

Tetapi, etika Barat juga sedia untuk bertanggungjawab, bukan?

Dia bertanggungjawab atas apa, bila Tuhan tak ada? Kita tanggungjawab pada Tuhan nombor satu, dia tanggungjawab pada undang-undanglah. Dan undang-undang ini orang Barat cukup takut, sebab itu kita tengok orang Barat ini cukup berperaturan. Takkanlah mereka nak berperaturan dengan Tuhan, sedangkan konsep Tuhan mereka tidak ada. Sebab itulah, Islam menekankan ‘atiullaha wa ati’ urrasul wa ulil amri minkum’. Tapi bila pemerintah itu mengajak kita pada yang keburukan, maka kita tak boleh taat lagi.

Tetapi, bila anda menyentuh Barat nampaknya lebih berperaturan, bukankah ini menunjukkan kelemahan bila menyandarkan tangunggjawab pada Tuhan?


Itu yang saya nak sebut-sebutnya. Sebab ada sesuatu yang tidak kena pada sistem pendidikan Islam kita. Kita mengajar Islam, minta maaflah saya cakap, macam lebai punya mengajar. Dalam tak sedar, lebai-lebai ini sekular juga. Contohnya, pergi sembahyang sahaja ibadah, belajar itu tidak ibadah. Saya fikir, ini salah! Lagi, mereka ini cenderung untuk menyatakan hal-hal fardu ain seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji seolah-olah tak payah benda lain lagi, itu sekular maksud saya. Sedangkan ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan. Dalam Islam, kita hanya buat pengkelasan sahaja, tetapi bukan bermakna memisah-misahkannya. Ilmu kifayah bererti sebahagian sahaja yang memilikinya, yang lain tak payahlah. Tapi ilmu fardu ain semua orang kena miliki. Ilmu yang berhubung dengan Tuhan, ilmu yang berhubung dengan sembahyang dll adalah tuntutan semua orang (muslim). Tapi ilmu yang cari air, sebahagian sahaja yang mesti menuntutnya. Tapi jangan kata ilmu cari air ini tak penting, sebab kalau tidak ada air, kita tidak boleh ambil wuduk. Jadi, kalau begitu juga , kita boleh sembahyang. Jadi, kalau kita orang agama, yang hanya mementingkan begitu, tetapi dalam waktu yang sama kita tidak menghubungkan dalam kehidupan, maka itulah yang jadi sekular pada saya.

Terakhir, bagaimana anda mengamati, contohnya dalam kemuncak sains Islam, mereka yang belajar ilmu optik dengan Ibn Haitham, dalam waktu yang sama, ilmu-ilmu tersebut tidak akan bertembung dengan pelajaran tentang konsep cahaya oleh Suhrawadi. Bagaimana kedinamikan ini boleh berlaku?


Ya, begitu juga dengan al-Biruni. Anda tahu, tak? Galileo Galilei yang dapat anugerah pada tahun 1611, manakala pada tahun 1616 Galileo dipenjarakan, mengapa? Sebabnya, Galileo menyebut bumi yang kita diami inilah yang sebenarnya mengelilingi matahari. Dan, pada waktu itu golongan gereja yang berpengaruh dan berkuasa, maka gereja tangkap Galileo ini. Dan, Galileo ini dihukum penjara sehinggalah ke akhir hayatnya. Dan, kebetulan Galileo ini orang terkenal, makanya hanya dikenakan tahanan dalam rumah sahaja. Anak muridnya yang bernama Giordano Bruno, telah dibakar hidup-hidup. Itu sejarah mereka (Barat), sedangkan sebelum tahun 1000 Masihi lagi, al-Birunilah yang mula-mula mengatakan, yang lengkap dengan lakaran sekali, bahawa bumilah yang mengelilingi matahari. Tapi, ia tidak jadi isu pun. Dan, orang Islam tidak pernah tangkap dan penjarakan Al-Biruni ini. Itu hebatnya tamadun Islam. Jadi, kita kena tahu, ini adalah ilmu yang berusaha untuk menerangkan alam, sebab dalam al-Quran itu, ia tidak memperincikan seperti sebuah ensiklopedia sains. Jadi, respon saya pada soalan terakhir anda ini, fenomena tabii dan kajian sains bukannya menjadi masalah besar dalam tamadun Islam, tidak seperti yang berlaku di dalam tamadun Barat.




==========TAMAT ARTIKEL

Ulasan Leokid:

[1]

Agama adalah bersumberkan wahyu, manakala sains adalah bersumberkan alam. Kedua2nya datang dari Allah, justeru tidak mungkin wujud percanggahan antara keduanya. Bezanya, adalah pada keupayaan kita dalam memahami nas dan dalil dalam agama, atau keterbatasan kita dalam menjumpai penemuan sains. Justeru itu pendirian yang saya ambil, apabila jumpa isu sains yang bertentangan dengan Islam = "Sama ada kita tersilap memahami dalil/nas, atau kita masih belum habis mengkaji lagi perkara tersebut."
#Ya betul,jangan melenting2 pula, - sulaimanutem,

[2]

Kebangkitan zaman Enlightement, adalah seiring dengan kejatuhan zaman kegemilangan Islam. Antara teorinya adalah dikatakan adanya usaha menterjemah dan membawa masuk karya-karya ulama' Islam lalu ditelaah. Di zaman kegemilangan Islam, isu ini tidak menjadi masalah pun, kecuali dalam perkara-perkara melibatkan ilmu kalam (philosphy) yang banyak menggunakan akal sehingga membelakangkan dalil. Adapun dalam bidang sains, optik, perubatan, astronomi, kimia dsb, tidak timbul isu "bertentangan dengan alquran" dsb.

[3]

Ulama' Islam zaman kegemilangan dahulu, mengamalkan integrasi ilmu. Kita sendiri tahu, berapa ramai tokoh yang ada yang merupakan pakar perubatan, namun dalam masa yang sama pakar matematik, pakar biologi, pakar fizik, dsb. Inspirasi itulah yang menjadikan saya cuba sedaya upaya untuk minat dalam segenap bidang. Meskipun saya berada dalam bidang perubatan, ia tidak menjadi penghalang untuk saya meminati bidang kejuruteraan, pengkomputeran, kulinari hatta bidang agama sekalipun.

Zaman sekarang, ada sesetengah pihak memandang serong kepada golongan yang digelar "protaz" (professional ustaz), kerana tidak memiliki profesion agama yang rasmi. Ini satu pandangan yang tidak kena, kerana sedangkan di zaman dahulu pun sudah wujud "protaz". Al-Biruni itulah protaz! Ibn Haytham itu protaz!

[4]

Persoalan ini, walaupun dipenuhi dengan input yang agak berat, namun saya gesa untuk anda memahaminya dengan sebenar-benar, kerana ini antara titik penting yang perlu untuk memperincikan isu sains dan Islam. Sila baca semula jawapan kepada persoalan ini.

[5]

Contoh-contoh ini tidak bermaksud hendak menyamakan David Copperfield atau orang hindu berjalan atas api itu dengan mukjizat yang dialami oleh Nabi, namun contoh-contoh ini sekadar menunjukkan bahawa terdapat banyak aspek yang tidak dapat dijelaskan oleh sains, namun tidak mustahil ATAS KEIZINAN ALLAH.

[6]

Saya kurang meminati, malah jarang sebenarnya membaca karya-karya Harun Yahya ini. Mengenai Harun Yahya, kita menerima dan mengakui beliau sebagai tokoh yang berusaha untuk merapatkan jurang antara agama dan sains, malah banyak karya-karya beliau menyemarakkan minat terhadap sains dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat yang selama ini ignorant dan tak kisah mengenai sains. Namun dalam memahami sains dari konteks kajian secara detail dan bebas, maka kita terpaksa tolak kaedah sebegini. Adakah hanya benda yang sains kata ada, quran kata ada, baru kita kata ada? Adakah kalau sains kata ada, quran kata tak ada, maka kita kata tak ada? Rujuk ulasan [1] saya di atas untuk memahami kaedah apabila berada dalam situasi "sains vs agama".

[7]

Contoh ini menunjukkan, yang Sains itu dinamik. Ianya tidak boleh dicocokkan dengan kalamullah AlQuran yang tetap, tidak berubah, statik. Teori Big Bang, contohnya, sering digunakan untuk mencocokkan sains dan alquran, kononnya Big Bang itu benar kerana ada disebutkan dalam alquran. Tapi tidak mustahil, seratus, dua ratus tahun akan datang, teori Big Bang itu akan runtuh dan digantikan dengan teori lain yang lebih sesuai! Dan bayangkan sekiranya ia berlaku, maka secara automatik alquran itu sendiri akan disputable, maka akan timbullah ruang dan peluang para musuh Islam untuk menyerang alquran dengan mengatakan bahawa alquran sudah tidak sesuai, sudah ketinggalan zaman dan sebagainya. Dan kenapa ia berlaku? Kerana keghairahan nenek moyang abad ke-20 mengikat sains dengan alquran.

[8]

Ini perkara yang selalu sangat saya tekankan dalam penulisan saya. PERKARA GHAIB, KITA RUJUK SUMBER WAHYU. Nak bicarakan kata Jinn dan Syaitan itu UFO? RUJUK WAHYU. Nak bicarakan kata tempat jin itu di lautan bermuda? RUJUK WAHYU. Nak bicarakan kata dajjal itu freemason? RUJUK WAHYU. Jangan memandai-mandai guna akal. Kesedaran beragama, a.k.a "Hidayah", itu kan perkara ghaib milik Allah azzawajalla. Maka saya takkan memandai2 dengan akal fikiran.

Lihat amaran yang prof berikan - "orang yang bermula cakap-cakap begitulah, itulah dia akan mula cipta ajaran sesat". Agama kita adalah special, kerana agama kita bersumberkan wahyu, bukan akal manusia. Agama buddha, lahir dari kefahaman Siddharta Gauthama. Ajaran Kristian, diubahsuai dan ditokok tambah oleh manusia dalam persidangan Nicaea. Agama kita sahaja, Islam, berasal dari alquran dan hadis, dan kita pun mengimani bahawa segala tutur kata dan perbuatan Rasulullah itu dibawah seliaan direct oleh Allah s.w.t.

Atas sebab ini juga saya cukup skeptik dan menentang golongan konspirasi theoris yang cukup gemar mengaitkan agama Islam dengan konspirasi-konspirasi mereka. Nak berkonspirasi mengenai freemason, mengenai illuminati, segala macam lagi, terpulanglah. Tapi tolong JANGAN kaitkan dengan dajjal, imam mahdi, hari kiamat, nabi itu ini, dsb. Mereka ini sebahagian dari ajaran agama ISLAM, dan ISLAM itu agama samawi, bukanya aqli.

[9]

Prof memasuki sedikit bidang falsafah, apabila membicarakan mengenai moral. Bidang ini saya tidak kuasai dengan baik, namun apa yang pasti pendekatan yang diambil oleh Prof adalah pendekatan yang selamat, iaitu memulangkan kepada agama. Benda apa yang kita tak sure, kita rujuk agama. Perkara yang subjektif, seperti conscious, moral, being, dsb dirujuk terus kepada alquran memandangkan dari sudut sains tidak dapat memberikan fakta. Apabila kita mendefinisikan ia mengikut acuan alquran, maka ia akan melahirkan taqwa dan memenuhi ciri-ciri yang kita inginkan tersebut secara tidak langsung.

Saya ambil contoh satu perkara yang subjektif, iaitu KOMUNIKASI, atau khususnya lagi, komunikasi silang jantina. Barat (atau melayu sekalipun) menafsirkan etika komunikasi berlainan jantina mengikut kesesuaian adat dan kebiasaan sendiri. Bila bercakap kena tengok mata, kalau tak dianggap kurang ajar. Bila tangan dihulur kena sambut bersalam, kalau tak dikira kurang ajar. Dada kena tegap, tanda keyakinan diri. Serta pelbagai lagi etika. Namun Islam menggariskan komunikasi silang jantina, dengan dilengkapi panduan dan syarat. So kita ada dua pilihan, nak ikut pandangan Islam atau pandangan diluar Islam, yang mana kedua2nya tidaklah salah (dari sudut akal) kerana ianya subjektif, bidang sains sosial. Namun kedua2nya memberikan natijah yang berbeza. Pandangan diluar Islam, membawa kepada timbulnya gejala2 sosial, pergaulan bebas, seks rambang dan sebagainya. Pandangan Islam, merupakan pandangan pendapat yang mencegah zina dan kemungkaran. Kenapa pandangan Islam betul, kerana Allah sendiri yang sebut "yang demikian itu lebih suci bagi mereka". Allah sendiri tahu.

Sekian, wallahua'lam. Wassalam.

Ya, hampir kesemuanya, perbincangan di atas tidak ada masalahnya pada saya. Apa yang saya faham, segala2 yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya, sudah tentu zahir atau batin adalah di bawah kekuasaan Allah. Dahulukan Allah dalam apa juga bidang(cth sains dan teknologi)/perkara/fikiran/tindakan/sangkaan/dll. Puhhhh.... anda akan berparadigma unggul. - sulaimanutem