Pages2

Sunday, May 22, 2011

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.
21-05-2011

16 terkorban dan 9 cedera.


Dilihat daripada gambar, seorang mangsa cuba diselamatkan dan ditarik keluar dari himpitan tanah yang runtuh.... sedangkan.... di belakangnya...


















Dilihat, 3 orang lagi yang lebih teruk terhimpit dan telah terkorban.


Catatan.

Ini semua bukan bermakna Tuhan itu kejam. Yang dapat dilihat itu adalah jasad, nyawanya sudah pulang kepada penciptanya bersama ilmu yang tersemat di dalam hatinya. Bukan bersama ilmu di akalnya.

Yang tinggal cuma permintaan kita kepada rahmat Tuhan untuk mereka semua. Mereka yang terkorban sudah diberi masa, dan masanya sudah tiba.

Bukankah kita juga begitu? Kematian adalah kesudahan pencarian. Pencarian mengenal dan mencari kepada siapa kita pulang.

Lalu, soalan yang selalu saya utarakan....

Apa yang kau nak dalam hidup ini?

- kemuliaan manusia?
- pegiktirafan manusia?
- kekayaan harta?
- Pahala?
- Nakkan syurga
- Islam?
- Tuhan?
- ilmu?
-kebahagian?
- kesempurnaan?
- lain2 (dari pilihan di atas)

Kita hanya perlu pilih satu. Jika kita pilih semua, saya andaikan kita ini telah berTuhankan lebih dari satu Tuhan.

Yang mana satu pilihan? Itulah takdir kita.....dan takdir kita, hanya Tuhan yang mengetahuinya di awal dan di akhirnya, yang terlihat dan tersembunyi...


Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal.




Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah.


Bil / Nama Program / Kod UPU
  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31
  2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32
  3. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41
  4. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42
  5. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51
  7. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52
  8. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53
  9. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi) dengan Kepujian CY91
  10. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) dengan Kepujian CY92
Nota yang tak penting :
Pilih program 1 atau 2, dan InsyAllah, kamu boleh jumpa saya di dalam makmal dan atau kuliah.

Saturday, May 21, 2011

Padah nak jimat kos

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Lagi Berita by Admin on 20/05/11


KUALA LUMPUR: Taktik licik dua syarikat pereka laman web dan perunding pemasaran sekitar ibu kota yang menggunakan perisian komputer cetak rompak untuk menjimatkan wang mengundang padah apabila mereka berdepan kemungkinan didenda sehingga RM500,000 akibat kesalahan terbabit.

Ia berikutan rampasan 16 unit komputer mengandungi 86 salinan langgaran yang dikesan dalam dua operasi berasingan Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPD- NKK) cawangan Wilayah Persekutuan, baru-baru ini. Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Mohamad Mokhtar Yeop berkata, serbuan dilakukan hasil aduan Persekutuan Perisian Perniagaan (BSA) Malaysia berhubung penggunaan perisian cetak rompak di syarikat berkenaan sebelum penguat kuasa menjalankan risikan berhubung perkara itu.

Menurutnya, operasi dijalankan di Cheras dan Kuchai Lama itu menemui beberapa perisian cetak rompak yang digunakan dua syarikat terbabit antaranya Adobe After Effects CS4 dan Microsof Office 2003.

"Sekiranya disabit kesalahan pemilik syarikat berkenaan boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 setiap satu langgaran selain berkemungkinan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun," katanya pada Sidang Media Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak, semalam.

Mohamad Mokhtar berkata, semua perisian dan komputer yang dirampas dibawa ke pejabat KPDNKK cawangan Wilayah Persekutuan, manakala pihak pengurusan dua syarikat itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d), Akta Hak cipta 1987 iaitu memiliki salinan langgaran palsu.

"Pihak kami tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan individu dan syarikat lain yang melakukan perkara yang sama," katanya.

Beliau berkata, sebanyak enam kes dikesan KPDNKK cawangan Wilayah Persekutuan sejak awal tahun ini yang membabitkan nilai rampasan sehingga RM847,000.

"Semua kes terbabit masih lagi di bawah siasatan dan sekiranya disabit kesalahan semua mereka akan dikenakan hukuman mengikut kesalahan masing-masing," katanya. - Mymetro

 
 

Things you can do from here:

 
 

Friday, May 20, 2011

Elektrik memang tak nampak dengan mata kepala sahaja

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Lagi Berita by Admin on 18/05/11

ALOR SETAR - Jeritan 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) yang dilaungkan oleh seorang pembaca meter air rupa-rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajal apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika Mohamad Jefridin Saari (gambar kecil), 33, hendak membuat pemasangan wayar di sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Det, 52.

Difahamkan, selain menjadi pembaca meter, Jefridin turut berkebolehan membuat pendawaian secara sambilan dan memiliki sijil dalam bidang itu.

Menurut Pak Det, sebelum kejadian, mangsa telah memanjat tangga untuk memeriksa wayar berhampiran kotak fius utama di ruang tamu rumah satu tingkat itu.

Katanya, ketika itu dia sedang berehat di beranda rumahnya sebelum terdengar mangsa menjerit

'Allahu akbar.'

"Jeritan itu sangat kuat dan saya bergegas ke tempat dia bekerja lalu terperanjat apabila mendapati mangsa sedang direnjat di atas tangga.

"Saya cuba menarik kakinya tetapi gagal menyebabkan saya turut terasa renjatan elektrik tersebut," ceritanya di sini semalam. - Kosmo

 
 

Things you can do from here:

 
 

Thursday, May 5, 2011

Produk Reka Cipta UTEM Cemerlang Dalam Dan Luar Negara


Oleh Fadzli Ramli





MELAKA, 4 Mei (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), universiti awam berasaskan teknikal yang pertama di negara ini, kini mampu berbangga dengan pencapaiannya menghasilkan pelbagai produk reka cipta yang mencapai kecemerlangan di dalam dan luar negara.

Sepanjang tahun lepas, produk reka cipta yang dihasilkan penyelidik universiti itu memenangi 41 anugerah melalui penyertaan ekspo dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata anugerah yang dimenangi itu dilihat sebagai manifestasi bahawa UTeM sentiasa ke hadapan dalam bidang reka cipta.

Beliau berkata daripada anugerah yang dimenangi universiti itu tahun lepas, lima ialah anugerah bertaraf khas, lapan pingat emas, 11 pingat perak dan 17 pingat gangsa.

"Tiga daripada anugerah khas yang dimenangi bertaraf kebangsaan manakala anugerah selebihnya termasuk emas, perak dan gangsa bertaraf antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini.



CEMERLANG DI EKSPO ANTARABANGSA

Ahmad Yusoff berkata UTeM memperoleh anugerah itu dalam empat ekspo serta pameran peringkat antarabangsa dan dua karnival peringkat kebangsaan.

Antara anugerah bertaraf antarabangsa yang diperoleh UTeM ialah empat pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa ketika menyertai World Exibition On Inovation, Research and New Technologies 2010 (INNOVA 2010) yang berlangsung dari 18-22 Nov tahun lepas di Brussels, Belgium.

UTeM memperoleh empat pingat emas melalui produk Distribution Board Alert System (Dbas), Traffic Light Electrical and Mechanical Fault Alert System (Wi-Traffic Light), Dual Band Polarized Antenna dan Electro-Mechanical Locking System (EM-Lock).

"Sememangnya pembangunan produk rekacipta penting tetapi kami tidak lupa faktor manusia iaitu penyelidik itu sendiri. Kami sentiasa mendidik penyelidik kami yang rata-ratanya orang muda," katanya.

Beliau berkata UTeM menerapkan kepada setiap penyelidiknya supaya tidak pernah berpuas hati atas apa yang dicapai dan sentiasa bekerja keras dalam usaha memperoleh ilmu baru demi kepentingan negara.



SENTIASA MAJUKAN PRODUK REKACIPTA

Ahmad Yusoff berkata sepanjang tahun lepas, penyelidik UTeM melaksanakan lebih 200 projek reka cipta produk, dan untuk itu UTeM memperuntuk dana lebih RM4.5 juta.

UTeM yang ditubuhkan pada 1 Dis 2000 juga memperoleh pelbagai dana yang antaranya daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi untuk membiayai projek itu.

"Semua penyelidik muda kita warga tempatan. UTeM juga ialah sebuah universiti yang muda jadi adalah sesuatu yang amat membanggakan apabila penyelidik muda tempatan dan universiti muda ini mampu menghasilkan produk reka cipta yang cemerlang di persada dunia," katanya.

Mengenai proses pengkomersilan produk reka cipta itu, Ahmad Yusoff berkata UTeM sedang meneroka pelbagai kerjasama dengan pihak industri untuk mengkomersilkan produk itu. Antara 10 dan 15 peratus produk reka cipta UTeM kini berada di pasaran.

"Sememangnya baik untuk produk itu dipasarkan tetapi yang paling penting bagi kita ialah meneroka teknologi baru, dengan menghasilkan produk reka cipta baru," katanya.

UTeM kini mempunyai lebih 7,500 penuntut dan 750 tenaga pengajar akademik bagi enam fakulti iaitu empat fakulti kejuruteraan, sebuah fakulti teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dan sebuah fakulti pengurusan teknologi dan tekno keusahawanan.



PRODUK REKA CIPTA BERPOTENSI TINGGI

Sementara itu, penyelidik yang bertanggungjawab mereka cipta EM-Lock, Ir S Sivarao berkata produk kunci berasaskan electro-mekanikal yang direkanya mampu dikomersilkan terutama dalam bidang keselamatan antaranya digunakan untuk bilik kebal sesebuah bank.

"EM-Lock ini hanya memerlukan kurang empat peratus tenaga berbanding kunci berasaskan magnetik biasa. EM-Lock hanya memerlukan tenaga untuk membuka dan mengunci, manakala kunci magnetik biasa guna tenaga setiap masa," katanya yang memulakan penyelidikan produk berkenaan pada tahun 2008.

Beliau hanya mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan produk itu. Sekiranya sesebuah kunci magnetik terputus bekalan tenaga sama ada daripada punca utama atau bateri, kunci itu akan terbuka berbanding dengan EM-Lock, yang akan terus terkunci.

Mazran Esro, penyelidik yang mereka cipta Dbas, berkata produk ciptaan beliau mampu memberi amaran yang pantas kepada syarikat pembekal atau pemilik sekiranya berlaku kerosakan di papan agihan tenaga elektrik (DB) yang boleh menyebabkan terputusnya bekalan elektrik.

"Dalam sebuah kilang yang punyai lebih 100 'production line' ini penting kerana setiap production line selalunya ada DB sendiri, jika sebuah DB rosak seluruh production line tidak berfungsi tetapi bila ada Dbas, kita tahu dengan cepat mana DB yang rosak dan ini boleh kurangkan kehilangan produktiviti," katanya.

Mazran yang memulakan penyelidikan pada 2009, mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan produk ini, yang mampu memberi amaran kerosakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pereka Wi-Traffic Light, S Sivakumar berkata produk ciptaannya mampu memberi informasi mengenai kerosakan lampu isyarat kepada pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Kerja Raya juga melalui SMS.

"Produk ini juga mampu memberikan informasi terperinci mengenai kerosakan seperti waktu, tarikh dan jenis kerosakan yang asas. Saya mula reka produk ini pada tahun 2008 dan siap dua tahun lepas itu," katanya.

-- BERNAMA

Amalan Kejuruteraan (Engineering Practice) FKE 20102011

Amalan Kejuruteraan (Engineering Practice)  FKE 20102011.

1. For FKE Students only

2. FKEKK, FKM, FKP, FTMK and FPTT Students

 

. sulaiman sabikan

 

Wednesday, May 4, 2011

Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pemakluman Berkenaan Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk makluman dan rujukan.

http://www.utem.edu.my/pendaftar/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1024&Itemid=147

20 Amalan Terbaik Dalam Penggunaan Jaringan Media Sosial Di Sektor Awam


(A) PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGENDALIKAN LAMAN WEB MEDIA SOSIAL AGENSI
(1) Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;
(2) Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;
(3) Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;
(4) Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;
(5) Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;
(6) Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;
(7) Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;
(8) Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;
(9) Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;
(10) Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;
(11) Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;
(12) Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan
(13) Menyediakan penyataan penafian (disclaimer) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.

(B) PENGGUNA DI AGENSI
(14) Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;
(15) Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;
(16) Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;
(17) Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan
(18) Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.

(C) PENTADBIR RANGKAIAN
(19) Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan
(20) Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.

Tuesday, May 3, 2011

ICEI 2012


"Green Technology for Sustainable Development "

The increasing demand for innovative research ideas, design, architecture and solutions in handling intriguing engineering and ICT problems advocates the provision of rigorous study among various distinct communities. The aim of ICEI 2012 is to foster a broad range of sustainable collaboration among leading researchers, experts, educators, practitioners and developers seeking knowledge sharing in addressing various issues to advance the state of the art of these evergreen engineering and ICT fields. It is hoped that ICEI 2012 will promote new opportunities for enhanced partnership between academics and industry

Organized by Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), this conference will be held on 4th, 5th and 6th April 2012 at Renaissance Hotel Melaka, Malaysia


E-Learning Info_008 : Online Course for SEM 3 20102011

Salam dan Selamat Sejahtera.

 

1.       Matapelajaran untuk SEM 3 20102011 (SEMESTER KHAS) telah disediakan di platform e-learning UTeM di http://ulearn.utem.edu.my/.  Matapelajaran tersebut adalah seperti di bawah.

 

·         BEKP4773ANALISIS SISTEM KUASA_SEM3_20102011

·         BEKE1243ELEKTRONIK ANALOG_SEM3_20102011

·         BEKE2443ELEKTRONIK KUASA_SEM3_20102011

·         BEKC1123INSTRUMENTASI DAN PENGUKURAN_SEM3_20102011

·         BEKC2433ISYARAT DAN SISTEM_SEM3_20102011

·         BEKC2543KEJURUTERAAN SISTEM KAWALAN_SEM3_20102011

·         DEKC3813KEJURUTERAAN SISTEM KAWALAN_SEM3_20102011

·         BEKU2233LITAR ELEKTRIK II_SEM3_20102011

·         BEKU1123LITAR ELEKTRIK I_SEM3_20102011

·         DEKC3453MIKROPEMPROSES_SEM3_20102011

·         BMCG2343PENGHANTAR KEJURUTERAAN MEKANIKAL_SEM3_20102011

·         BEKE1133PERANTI ELEKTRONIK & SISTEM_SEM3_20102011

·         BEKE1123PERANTI ELEKTRONIK_SEM3_20102011

·         BEKP4673PERLINDUNGAN SISTEM KUASA_SEM3_20102011

·         DACS2222PERSAMAAN PEMBEZAAN_SEM3_20102011

·         BEKC4773ROBOTIK & AUTOMASI_SEM3_20102011

·         BMCG4643SISTEM HIDRAULIK & PNEUMATIK_SEM3_20102011

·         BEKC3633SISTEM PERHUBUNGAN_SEM3_20102011

·         BEKP3553TEORI ELEKTROMAGNET_SEM3_20102011

·         BEKU242232 AMALAN KEJURUTERAN (BEKU2422 & BEKU2432)-2011

 

 

2.       Sekira terbit masalah, sila email kepada admin. Sekian, terima kasih.

 

This post sending via microsoft outlook 2007.