Pages2

Thursday, February 28, 2013

PEMAKLUMAN JADUAL PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) 2.0.



2.         Sepertimana sedia maklum, semasa Ucapan Bajet 2013 pada 28 September 2012 Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian baucer buku kepada pelajar IPTA/IPTS tempatan dan Politeknik secara One-Off dengan kenaikan dari RM200.00 kepada RM250.00.

3.         Sehubungan itu, BB1M 2.0 akan mula diedarkan kepada pelajar seperti ketetapan berikut:

Bil
Fakulti
Tarikh
Tempat
Masa
1.
FKE
04 Mac 2013
Aras 1, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar
9.00 pg
4.30 ptg
2.
FKEKK
04 Mac 2013
3.
FKP
05 Mac 2013
4.
FTMK
05 Mac 2013
5.
FKM
06 Mac 2013
Dewan UTeM 1, FTK
6.
FTK
06 Mac 2013
7.
FPTT
06 Mac 2013
Bilik Konvensyen, FPTT

4.         Para pelajar dikehendaki datang mengambil BB1M 2.0 pada tarikh yang ditetapkan.  Waris atau wakil tidak dibenarkan untuk mengambil baucar tersebut.Sila bawa kad matrik dan kad pengenalan semasa mengambil BB1M 2.0 untuk tujuan pengesahan.

5.         Semasa pengambilan baucar, tindakan yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:

i.              Pelajar hendaklah mengemukakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan kepada petugas kaunter.
ii.         Pelajar hendaklah mengesahkan nombor baucar (5 keping baucar bernilai RM50.00 setiap satu).
iii.           Pelajar hendaklah menulis nama dan nombor Kad Pengenalan pada setiap keping baucar.
iv.           Pelajar hendaklah menurunkan tandatangan di senarai pengambilan baucar.
6.         Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pemberian BB1M Tahun 2013 dari Kementerian Pengajian Tinggi untuk rujukan saudara/saudari seperti yang dipaparkan di laman web BB1M www.mohe.gov.my/bb1m . Dimohon semua pelajar mematuhi garis panduan ini. Penyalahgunaan BB1M 2.0 akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

7.         Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai di Unit Biasiswa dan Akaun Pelajar, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari di talian 06-331 6094/6117/6118/6119/6120.


Sekian,


UNIT BIASISWA DAN AKAUN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
PEJABAT BENDAHARI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA


No comments:

Post a Comment