Pages2

Sunday, May 22, 2011

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal.




Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah.


Bil / Nama Program / Kod UPU
  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31
  2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32
  3. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41
  4. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42
  5. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51
  7. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52
  8. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53
  9. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi) dengan Kepujian CY91
  10. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) dengan Kepujian CY92
Nota yang tak penting :
Pilih program 1 atau 2, dan InsyAllah, kamu boleh jumpa saya di dalam makmal dan atau kuliah.

25 comments:

  1. salam, jalan2 cari info pasal FTK terjumpa blog ni..alhamdulillah sikit sebanyak membantu :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. boleh saya tahu apa kelebihan fakulti baru nie? adakah dia sama taraf dengan engineer?

    ReplyDelete
  3. ape beza program teknologi dan yg x da teknologi?? nk tau?

    ReplyDelete
  4. Wassalam.
    1. Kelebihan fakulti ini ialah menawarkan pengajian teknologi kejuruteraan peringkat sarjana muda, pertama di malaysia, dan semakin ramai pelajar lepasan Poli merebut peluang ini, termasuk juga dari matrix.
    2. Pengajian adalah 50% praktikal dan 50% teori, dan ia menjadikan pelajar banyak peluang mengaplikasikan teori dalam sesi praktikal.
    3. Perbezaan antara program teknologi dan bukan teknologi (maksudnya kejuruteraan), ialah program teknologi lebih kepada aplikasi teknologi, iaitu praktikal. Itu secara ringkas.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. assalam... adakah semua kursus yg ditawarkan diatas mendapat kelayakan MQA dari pihak tersebut?

    ReplyDelete
  6. Salam en, Sulaiman

    Apakah jawatan dalam kerajaan yang ditawarkan untuk peserta kursus teknologi kejuruteraan elektrik (Kuasa Industri)

    Terima kaseh
    ADAM

    ReplyDelete
  7. FTK menawarkan program baru dan semua kursus telah mendapatkan pengesahan sementara dari MQA, dan seterusnya memerlukan 3-4 tahun perlaksanaan sehingga proses akreditasi dapat dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Graduan dari FTK bakal boleh memegang jawatan di dalam sektor kerajaan dan swasta, dan saya percaya penambahbaikan skim masih diperhalusi oleh semua pihak. Graduan pertama akan keluar pada tahun 2015.

    ReplyDelete
  9. apkh pluang pkrjaan dlm bdng tknlogi kjteraan mknikal(tknlogi automotif)??boleh jelaskn x?

    ReplyDelete
  10. Automotif adalah antara bidang yg mendapat perhatian. Peluang pekerjaan adalah layak sebagai Automotive Engineer contohnya. Selain itu, peluang terbuka luas dalam bidang2 berkaitan Automotive Manufacturing.

    ReplyDelete
  11. sya graduan poli kjtraan mekanikal,apkah graduan poli juga layak utk memohon krana pointer sya hnya dlm lgkungan 2.90 shja..pda pndangan en. kursus yg mnakah mmpunyai pluang kerja yg cerah kelak??

    ReplyDelete
  12. Layak. Pilih kursus di bawah Mechanical Engineering Tech atau Manufacturing Tech. Lihat di link ini,

    http://www.utem.edu.my/ftk/index.php?option=com_content&task=view&id=80&Itemid=120

    Sila copy paste.

    ReplyDelete
  13. pada pandangan saudara sulaiman, mana lebih bagus kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan ..??

    ReplyDelete
  14. Calon yang minat dan berkelebihan kepada Teori Kejuruteraan = Ambil Bidang Kejuruteraan. Manakala, calon yang minat Hands-On dan Application = Ambil Bidang Teknologi Kejuruteraan. Itu pendapat saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. aslam en. a.sy pelajar bidang diploma kejuruteraan mechatronik dan ingin menyambung ke ijazah sarjana. apa bidang sesuai dgn saya.b. benarkah pendapat bahawa bidak kejuruteraan teknologi hanya melayakan pelajar menjadi teknision saja. berbanding engeener. dan adakan perlu mengikuti ijazah kejuruteraan lain selepas graduate kursus kejuruteraan teknologi untuk melayakan kami menjadi engeneer. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Dengan Diploma Kej Mechatronic, sesuai untuk pengajian Industrial Automation & Robotics, BETR di FTK. Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Bachelor's Degree in Eng Tech layak untuk Jawatan Engineer juga, dan sekiranya majikan mengutamakan hands-on, pelajar kej tech, sudah tentu punyai banyak kelebihan. Dan tidak perlu ikut ijazah kejuruteraan lain semata untuk jawatan engineer.

      Delete
  16. jika kelayakan pelajar kurang memuaskan dalam keputusan cgpanya contoh kurang dari 2.50. adakah ia masih boleh mengikuti kurus ijazah sarjana muda kejuruteraan. jika pelajar mengambil pendekatan bekerja dahulu dengan kelulusan diploma kejuruteraan mechatronik.dengan pengalaman berapa tahun kah ia boleh melayakan mereka mengambil semula ijazah sarjana kepujian kejuruteraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mengikuti kursus sekiranya diterima masuk. Layak memang layak. Boleh rujuk http://www.utem.edu.my/ftk/index.php?option=com_content&task=view&id=81&Itemid=121 . Namun saingan tinggi. Pengalaman kerja tidak dipertimbangkan untuk kemasukan pelajar ke FTK, setahu saya.

      Delete
  17. Assalamualaikum saudara Sulaiman ... Ada kah U lain selain UTeM yg menawarkan ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan elektrik kuasa ..??? sbb saya bimbang saingan untuk masuk itu sukar ...

    ReplyDelete
  18. Apakah perbezaan antara elektrik kuasa dgn elektrik kuasa industri .. ??

    ReplyDelete
  19. Jika saya adalah lepasan diploma ... berapakah tempoh pengajian untuk saya smbung ke peringkat ijazah sarjana muda di UTeM dlm bidang tekn. kej. elektrik kuasa ....??

    ReplyDelete
  20. apakah itu program sarjana muda teknologi penyelenggaraan ?

    ReplyDelete
  21. Salam..encik sulaiman, saya nak tanya, berape ye range pointer 1st class degree utk UTeM khususnye fakulti mekanikal?? Confused, ade yg ckp 3.5 above, 3.67 above & 3.75 above..mane satu ye yg btul? Terima kasih

    ReplyDelete
  22. assalam encik. adekah peluang pekrjaan utk course ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan pembuatan (proses dan teknologi)

    ReplyDelete