Pages2

Saturday, May 21, 2011

Padah nak jimat kos

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Lagi Berita by Admin on 20/05/11


KUALA LUMPUR: Taktik licik dua syarikat pereka laman web dan perunding pemasaran sekitar ibu kota yang menggunakan perisian komputer cetak rompak untuk menjimatkan wang mengundang padah apabila mereka berdepan kemungkinan didenda sehingga RM500,000 akibat kesalahan terbabit.

Ia berikutan rampasan 16 unit komputer mengandungi 86 salinan langgaran yang dikesan dalam dua operasi berasingan Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPD- NKK) cawangan Wilayah Persekutuan, baru-baru ini. Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Mohamad Mokhtar Yeop berkata, serbuan dilakukan hasil aduan Persekutuan Perisian Perniagaan (BSA) Malaysia berhubung penggunaan perisian cetak rompak di syarikat berkenaan sebelum penguat kuasa menjalankan risikan berhubung perkara itu.

Menurutnya, operasi dijalankan di Cheras dan Kuchai Lama itu menemui beberapa perisian cetak rompak yang digunakan dua syarikat terbabit antaranya Adobe After Effects CS4 dan Microsof Office 2003.

"Sekiranya disabit kesalahan pemilik syarikat berkenaan boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 setiap satu langgaran selain berkemungkinan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun," katanya pada Sidang Media Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak, semalam.

Mohamad Mokhtar berkata, semua perisian dan komputer yang dirampas dibawa ke pejabat KPDNKK cawangan Wilayah Persekutuan, manakala pihak pengurusan dua syarikat itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d), Akta Hak cipta 1987 iaitu memiliki salinan langgaran palsu.

"Pihak kami tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan individu dan syarikat lain yang melakukan perkara yang sama," katanya.

Beliau berkata, sebanyak enam kes dikesan KPDNKK cawangan Wilayah Persekutuan sejak awal tahun ini yang membabitkan nilai rampasan sehingga RM847,000.

"Semua kes terbabit masih lagi di bawah siasatan dan sekiranya disabit kesalahan semua mereka akan dikenakan hukuman mengikut kesalahan masing-masing," katanya. - Mymetro

 
 

Things you can do from here:

 
 

No comments:

Post a Comment