Pages2

Tuesday, October 26, 2010

Program Jelajah 1Malaysia Motosikal Berkuasa Tinggi Sempena Kempen "Kami Prihatin"

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Untuk makluman semua warga UTeM, GPMS dan Persatuan Bermotosikal Johor dengan kerjasama GPMS Cawangan Khas, UTeM akan menjadikan UTeM sebagai salah sebuah tempat persinggahan bagi program Jelajah 1Malaysia Motosikal Berkuasa Tinggi Sempena Kempen "Kami Prihatin" pada 26 Oktober 2010 (Selasa) mulai jam 2.30 petang di Pusat Persatuan Pelajar, kampus induk, Durian Tunggal. Dijangka sebanyak 200 motosikal berkuasa tinggi akan menyertai konvoi ini. Antara yang turut menyertai konvoi ini ialah kerabat diraja Johor dan penyanyi Fauziah Latiff. Semua warga UTeM adalah dijemput hadir di dalam program ini.

 

Sekian, terima kasih

 

Ruzaiman b. Abdul Rahman
Unit Komunikasi Pelajar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

 




--
.sulaimansabikan

No comments:

Post a Comment