Pages2

Sunday, July 15, 2012

STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)


SIDANG MEDIA
OLEH
YBHG. DATO’ PROF. DR. RUJHAN BIN MUSTAFA
KETUA PENGARAH
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI STATUS KEPUTUSAN
PERMOHONAN KEMASUKAN
KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
BAGI PROGRAM PENGAJIAN
LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI
(IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2012/2013

1. Sukacita dimaklumkan bahawa dasar pengambilan dan
pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah
berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90%
markah akademik dan 10% markah kokurikulum dalam
menentukan nilai merit seseorang calon. Prinsip meritokrasi
yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan,
negeri, tempat tinggal dan sebagainya.
2. Mulai tahun ini, semua IPTA berstatus Universiti
Penyelidikan (RU) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains
Malaysia (USM) diberi autonomi mengenai pengurusan
kemasukan pelajar ke IPTA berkenaan. Calon diberi peluang
memilih program pengajian di RU dan; atau 15 IPTA lain mengikut
minat, cita-cita dan kecenderungan calon.
3. Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung
kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA
yang dimohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan
memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar
mereka tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian pilihan
calon. Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang
popular, mereka juga mungkin akan menghadapi persaingan yang
tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada
IPTA berkenaan.
4. KPT amat prihatin dengan calon yang memperoleh merit
yang tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana IPTA.
Calon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3)
bidang pilihan calon semasa mengemukakan permohonan.
Tawaran tersebut tertakluk kepada kekosongan tempat di IPTA
dan penyataan setuju terima calon untuk menerima tawaran di luar
pilihan program pengajian mereka.
5. Sejumlah 63,467 calon Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi
telah mengemukakan permohonan pada sesi ini. Ia menunjukkan
penurunan 1.9% berbanding sesi lepas. Seramai 27,289 (43.0%)
calon memohon adalah terdiri daripada aliran Sains dan 36,178
(57.0%) adalah terdiri daripada aliran Sastera. Sementara itu,
sejumlah 21,336 (33.6%) calon adalah lelaki dan 42,131 (66.4%)
calon adalah perempuan.
6. Berdasarkan permohonan, seramai 52,430 (82.6%) adalah
calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat
Khas Program Pengajian. Ia juga menunjukkan penurunan 1.5%
berbanding sesi yang lepas.
7. Berdasarkan calon yang layak pula, seramai 25,213 (48.1%)
adalah calon Aliran Sains dan 27,217 (51.9%) adalah calon Aliran
Sastera.
8. Sejumlah 17,481 (33.3%) daripada calon yang layak adalah
lelaki manakala 34,949 (66.7%) calon adalah perempuan.
9. Sejumlah 38,549 (73.5%) daripada calon yang layak telah
berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA.
10. Berdasarkan 38,549 jumlah calon jaya tersebut, 21,959
(57.0%) adalah daripada aliran Sains dan 16,590 (43.0%) adalah
daripada aliran Sastera.
11. Sejumlah 13,177 (34.2%) daripada calon jaya tersebut
adalah lelaki manakala 25,372 (65.8%) adalah perempuan.
12. Prestasi calon berjaya berbanding calon layak mengikut
kaum menunjukkan bahawa 27,455 (70.2%) adalah Bumiputera,
8,986 (86.4%) kaum Cina, 1,384 (72.8%) adalah kaum India dan
724 (69.8%) adalah lain-lain kaum.
13. Sementara itu, prestasi calon jaya dalam beberapa program
pengajian kompetitif adalah seperti berikut:-
14. Selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang
Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan
akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi, KPT amat
prihatin dan komited terhadap golongan masyarakat socially
disadvantage seperti Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya
(OKU).
15. Selain itu, bagi memperkasakan sukan di IPTA, KPT juga
menyelaras agar atlet yang beraksi di peringkat negara dan
antarabangsa diberi peluang menceburi sukan pilihan di Pusat
Kecemerlangan Sukan dan Pusat Sukan Tumpuan IPTA yang
KAUM
BIDANG
BUMI CINA INDIA LAINLAIN
JUMLAH
PERUBATAN 512
(58.5%)
254
(29.0%)
99
(11.3%)
10
(1.14%) 875
PERGIGIAN 113
(66.5%)
51
(30.0%)
6
(3.5%)
0
(0.0%) 170
FARMASI 183
(62.0%)
104
(35.3%)
7
(2.4%)
1
(0.3%) 295
UNDANGUNDANG
199
(56.2%)
126
(35.6%)
25
(7.1%)
4
(1.1%) 354
KEJURUTERAAN
KIMIA
462
(69.4%)
157
(23.6%)
33
(4.9%)
14
(2.1%) 666
KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
845
(78.9%)
184
(17.1%)
24
(2.2%)
18
(1.7%) 1,071
KEJURUTERAAN
ELEKTRIK &
ELEKTRONIK
693
(75.4%)
193
(21.0%)
23
(2.5%)
10
(1.1%) 919
PERAKAUNAN 518
(64.4%)
233
(29.0%)
35
(4.4%)
18
(2.2%) 804
5
ditetapkan. Ini adalah usaha kerajaan bagi melahirkan graduan
holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan
nasional.
16. Pencapaian golongan tersebut bagi Sesi Akademik
2012/2013 adalah seperti berikut :
BIL GOLONGAN POHON LAYAK TAWAR PERATUS
BERJAYA
1 ORANG ASLI 44 30 22 73.3%
2 OKU 74 50 28 56.0%
3 ATLET NEGERI
& NEGARA
1,993 1,783 1,682 94.3%
HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN
17. Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik
2012/2013 boleh disemak mulai 13 Julai 2012 (Jumaat), jam
12.00 tengah hari melalui saluran hebahan rasmi di bawah:
1 Laman Web
http://upu.mohe.gov.my
http://www.jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
2 Hotline 03-8870 6767
3 Helpline 03-8870 6777
4 Talian Am 03-8870 6755/6766
5 Sistem Pesanan
Ringkas(SMS)
(Short Messaging
Service)
· Untuk semua talian
telefon bimbit
Sila taip:
UPU RESULT [No. KP]
dan SMS ke:
15888
18. Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada
calon yang berjaya mulai 16 Julai 2012. Semua calon yang
berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran
oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai
2012. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh
dicetak melalui Laman Web IPTA seperti di Lampiran 1.
19. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan
Pengajian Tinggi, (BPKP JPT), juga akan membuka kaunter
semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan 62200 W.P.Putrajaya mulai 13 Julai hingga
20 Julai 2012 untuk memudahkan pemohon membuat semakan
dan mendapatkan khidmat runding cara.
20. BPKP JPT juga menyediakan perkhidmatan untuk membantu
menjawab sebarang pertanyaan melalui saluran Talian Khidmat
Bantu (Helpline) di talian 03-8870 6767 atau Hotline di talian
03-8870 6777 atau melalui e-mel di alamat upu@mohe.gov.my.
e-RAYUAN
21. Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Laman
Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my
mulai 13 Julai 2012 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Hanya
calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja
dibenar mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam
tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.
22. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 22 Julai 2012.
23. Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada
kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas
pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada
sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September
2012, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU
24. Tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA ialah 1 hingga 2
September 2012.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

12 Julai 2012


LAMPIRAN 1
SENARAI URL LAMAN WEB IPTA
UNTUK CETAKAN SURAT TAWARAN
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/SETARAF
(IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2012/2013
BIL IPTA URL LAMAN WEB IPTA
1 UM www.um.edu.my/kemasukan
2 USM https://pohon.usm.my
3 UKM www.ukm.my/kemasukan/tawaran
4 UPM www.smp.upm.edu.my/tawaran
5 UTM www.jpt.utm.my
6 UIAM www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran
7 UUM www.uum.edu.my/kemasukan
8 UNIMAS www.unimas.my/kemasukan/tawaran
9 UMS bpa.ums.edu.my/tawaran
10 UPSI www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran
11 UiTM www.online.uitm.edu.my
12 UMT intake.umt.edu.my/tawaran
13 UTHM e2.uthm.edu.my/tawaran
14 USIM esst.usim.edu.my
15 UTeM www.utem.edu.my/kemasukan
16 UMP www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran
17 UniMAP www.unimap.edu.my/kemasukan/tawaran
18 UniSZA www.unisza.edu.my/tawaran
19 UMK www.umk.edu.my/kemasukan/tawaran
20 UPNM www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
12 Julai 2012

No comments:

Post a Comment