Pages2

Wednesday, October 26, 2011

Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Lagi Berita by Admin on 10/25/11

SINGAPURA 25 Okt. – Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam tiga bidang utama iaitu pendidikan teknikal, pelancongan dan alam sekitar.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya, Teo Chee Hean sempena lawatan rasmi selama dua hari ke republik ini.

"Singapura mempunyai pengalaman yang baik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan yang boleh digunakan sebagai model untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ia boleh dikongsi dalam usaha kita menghadapi cabaran pada masa ini," katanya pada sidang akhbar bersama Chee Hean di sini.

Beliau berkata, pelbagai peluang dalam bidang pendidikan boleh diterokai oleh generasi muda yang secara tidak langsung mampu meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Mengenai sektor pelancongan, Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara juga boleh meningkat dan menerokai pelbagai peluang yang dikenal pasti berpotensi besar untuk kepentingan bersama termasuk projek di pusat peranginan terkenal, Desaru yang boleh dibangunkan bersama oleh Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Limited.

Beliau turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa kerja untuk mengkaji bagaimana Singapura berjaya mempromosikan sektor pelancongan serta menarik pembabitan lebih aktif pihak sektor swasta bagi kepentingan kedua-dua negara.

Selain itu, Muhyiddin berharap kedua-dua pihak meningkatkan lagi pelaburan dan pembangunan di wilayah Johor Selatan termasuk di Desaru yang berpotensi besar untuk dibangunkan khususnya dalam kalangan pelabur Singapura.

Sementara itu, Chee Hean memberitahu, Singapura dan Malaysia bersetuju melaksanakan dua projek ikonik bersama antara Khazanah dan Temasik, masing-masing satu di Singapura dan Medini di wilayah Iskandar Malaysia, Johor.

Ditanya bilakah kedua-dua projek itu akan dimulakan, beliau berkata, usaha ke arah itu sedang dilakukan dan kini menunjukkan perkembangan positif. – UTUSAN

 
 

Things you can do from here:

 
 

No comments:

Post a Comment