Pages2

Friday, September 23, 2011

FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY, UTeM RECIEVED ITS FIRST BATCH OF 362 STUDENTS



Image
Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM.

Konsep pengajian secara ‘hands on’ yang dilaksanakan dalam program Teknologi Kejuruteraan UTeM bakal melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan amat digemari oleh pihak majikan.
Konsep pengajian secara ‘hands on’ yang dilaksanakan dalam program Teknologi Kejuruteraan UTeM bakal melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan amat digemari oleh pihak majikan.

(Full Article in Bahasa Melayu)

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UTeM CATAT SEJARAH TERIMA 362 PELAJAR PERINTIS PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN


Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) yang merupakan fakulti terbaru yang ditubuhkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencatatkan sejarah baru kerana telah menerima sebanyak 362 orang pelajar baru selaku perintis program Teknologi Kejuruteraan di universiti ini sekaligus dalam kalangan IPTA Malaysia.

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan dalam kenyataanya berkata, kemasukan golongan pelajar perintis ini sangat penting dan memberi makna besar dalam usaha melahirkan golongan Teknologis Kejuruteraan yang diperlukan oleh negara kita.

Ini selari dengan hasrat negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi yang lebih menjurus kepada penerokaan yang lebih lebar lagi dalam bidang teknologi tinggi negara dan kepesatan industri seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Manakala Dekan FTK Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff pula berkata, golongan pelajar perintis program Teknologi Kejuruteraan telah memulakan kelas pengajian pada minggu ini. Program Teknologi Kejuruteraan menawarkan 10 kursus yang bersandarkan kepada empat bidang utama kejuruteraan.

Empat bidang utama tersebut ialah teknologi kejuruteraan elektrik, teknologi kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan komputer, teknologi kejuruteraan pembuatan dan teknologi kejuruteraan mekanikal.

Para pelajar perintis program teknologi kejureteraan ini telah ditempatkan di Kampus Industri UTeM yang berlokasi di Taman Tasik Utama Ayer Keroh. Sememangnya kewujudan Kampus Industri UTeM amat bertepatan sekali dengan konsep pengajian bidang ini yang berkaitan langsung dengan industri.

Dari segi konsep pengajian program teknologi Kejuruteraan UTeM ini amat unik dan mementingkan tahap kompetensi yang tinggi yang menekankan kepada konsep ‘hands on’ dan komponen pembelajaran secara amalan dan praktikal yang diperlukan oleh industri berteknologi tinggi.

Tambah beliau lagi, pihak FTK dan UTeM akan terus mempergiatkan usaha promosi program Teknologi Kejuruteraan ini di seluruh negara secara lebih komprehensif. Ini adalah untuk memaklumkan bahawa peluang keemasan ini terbuka kepada semua pihak.

Peluang ini juga terbuka terutamanya kepada pelajar sekolah terutama pelajar lepasan teknik dan vokasional selari dengan agenda yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Komen Ehsan : Sambutan amat menggalakkan, dan, dengan jangka masa yang singkat, usaha UTeM telah memberi kesan baru kepada persekitan pendidikan tinggi di Malaysia. Dan, momentum ini akan terus berkembang dan menjadi rebutan. Kerana? Sejak 1995 persekitaran pendidikan teknikal seperti ini telah di kaji dan di dalami. Penzahirannya baru kini. Setelah, 16 tahun, mengelamun dan ada yang berperang. Memang ia belum sempurna. Tapi, inilah langkah pertama.

Komen gila : Begitu jugalah hidup. Banyak pelajaran ada di ruang sejarah baru ini. Sejarah ini hakikatnya bukan lagi untuk tontonan, cuma pelengkap pengakhiran. Mahu jadi hero? Hero kepada siapa? Hidup untuk apa? Nikmat? Bahagia? Cissss.... akal menjawab, hati kelu, jiwa mati. Nenek moyang di sandar bulat2. Mana kedudukan Tuhan itu? Nak letak celah mana?

Komen jiwang : Selamat Datang. Hiduplah dengan jiwa yang tenang di FTK, wahai pelajar-pelajar. Apa yang sama di FTK dengan Mekkah dan Mogadisu?

No comments:

Post a Comment