Pages2

Thursday, August 19, 2010

Malaysian IHL e-Learning Questionnaire (Teaching Staff)




Projek Agenda Kritikal (CAP): e-Learning
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia & MEIPTA

‘Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia’

Walaupun e-Pembelajaran telah mula dilaksanakan oleh beberapa IPT di Malaysia seawal tahun 2000 oleh beberapa IPT tempatan, namun belum terdapat kajian menyeluruh tentang pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Oleh kerana e-Pembelajaran merupakan salah satu Projek Agenda Kritikal (CAP) dan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) KPT, satu kajian komprehensif tentang amalan, keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT sedang dijalankan oleh KPT dengan kerjasama Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi.

Kerjasama anda bagi menjayakan projek penyelidikan ini amat dihargai dan boleh menyumbang kepada menentukan halatuju e-Pembelajaran di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Segala maklumat yang diberikan adalah terjamin kerahsiaannya dan hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan ini sahaja.

Sebagai menghargai sumbangan masa dan tenaga anda melengkapkan soal selidik ini,
10 hadiah saguhati berbentuk External hard disc drive (500Gigabyte)

akan diberikan kepada responden yang bertuah.

Sekiranya anda berminat untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah pada 30 Ogos 2010 (penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diambil kira), sila berikan maklumat peribadi diakhir soal selidik ini.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh disalurkan kepada m.amin@ukm.my atau najib@ukm.my (03-89213791)


TERIMA KASIH
------------------------------------------------------
This survey is part of the Ministry of Higher Education's
Critical Agenda Project (CAP) for e-learning.

As a respondent, you are entitled for a Lucky Draw consisting of 10 external hard disk drive (500GB) that will be held on the 30th August 2010 (submission after this date will not be included). To take part in this lucky draw, please fill in your detail at the end of this questionnaire.

Thank you very much for your cooperation.

No comments:

Post a Comment