Skip to main content

Pembangunan Teknologi Android-robot Dari Perspektif Islam

Kertas kerja ini membincangkan tentang pembangunan teknologi android-robot menurut perspektif Islam. Android-robot ialah sebuah mesin robot yang dicipta dengan sepenuhnya menyerupai seseorang manusia (ataupun klon) dari semua aspek seperti pergerakan (movements), penampilan rupa paras(appearance), dan tingkah laku (behaviours). Kerja penyelidikan dalam bidang ini telah dimulakan secara aktif sekitar tahun 2002. Kajian berkaitan ilmu sains dan teknologi ini dikenali sebagai Sains Android (Android Science) dan ianya masih berterusan. Sehingga kertas kerja ini ditulis, saintis telah berjaya menghasilkan penampilan rupa paras individu tertentu dalam sebuah robot yang boleh dikawal sepenuhnya untuk bercakap, mendengar perbualan, mampu berinteraksi dengan memberi beberapa ekspresi muka, melihat persekitaran dan membuat tidak balas yang bersesuaian. Namun, robot ini belum mampu berjalan. Hasilnya, teknologi ini telah mula digunakan untuk membantu manusia di Jepun bagi sesetengah pekerjaan yang tidak memerlukan pergerakan kedudukan. Sebagai contoh sebagai pembantu jurujual yang statik [1], pembaca berita TV [2], dan penyambut tetamu di restoran atau hotel [3]. Oleh yang demikian, kami mulai kertas kerja ini dengan menjelaskan secara umum tentang dasar rangka kerja (framework) sains android, seperti definisi, asas dan tujuan pembangunan, fungsi, manfaat kepada kesejahteraan manusia sejagat, kaedah-kaedah penyelidikan yang diguna pakai, dan bidang-bidang ilmu yang turut terlibat secara bersama. Seterusnya, kami merumuskan ciri-ciri sebuah android-robot untuk membezakannya dengan entiti-entiti lain seperti patung manusia (human statues) dan klon manusia (human clone). Tambahan daripada itu, potensi dan kesan negatif jangka panjang yang dikenal pasti juga turut dibincangkan agar dapat memberi kefahaman yang menyeluruh kepada pembaca. Setelah itu, kami membincangkan pembangunan teknologi ini dari perspektif Islam. Kami mendapati, isu utama yang menjadi persoalan di dalam masyarakat awam adalah daripada sudut hukum syarak, iaitu pembinaan platform robot (robot testbed) ini menyerupai sepertinya susuk manusia. Lantaran itu, kami memfokuskan skop perbincangan kepada isu tersebut dengan berdasarkan sumber Al-Quran dan Hadis, garis panduan etika sains Islam, termasuk permasalahan yang timbul dan fatwa Islam dalam pengklonan pembiakan manusia dan patung manusia yang sedia ada. Kami merumuskan perspektif Islam dalam pembangunan teknologi android-robot ini di dalam bahagian kesimpulan. Kami tidak menetapkan hukum dalam isu ini, sebaliknya ia adalah perbincangan yang terbuka.

https://www.researchgate.net/publication/311435410_Pembangunan_Teknologi_Android-robot_Dari_Perspektif_Islam

Comments

Popular posts from this blog

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display. The Circuit Display ABCDEFGHI in three different modes 1. Blinking, then 2. Moving from Left, and 3. Moving from Right Documentation and Software Here. Youtube video Simulation in Proteus 7.4 Portable (SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.) 2 Jenis 5x7 matrix LED Common Cathode(ROW) - Left Common Anod (ROW) - Right Rujukan.

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal. Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah. http://www.utem.edu.my/ftk/ Bil / Nama Program / Kod UPU Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53 Ijazah Sarjana Muda Teknologi K...

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

Bachelor's Degree in Electrical Engineering Technology (Industrial Power) with Honours (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian)  Kurikulum BARU, SESI 2012/2013  SEMESTER CODE SUBJECT CATEGORY CREDIT PRE- REQUISITE SEMESTER 1 BTKU 1013 Technical Mathematics P 3 BTKR 1304 Digital Electronics & Systems K 4 BTKR 1313 Computer Aided Design K 3 BTKK 1303 Electrical Circuit Fundamental K 3 BTKR 1323 Measurement K 3 BLHW 1702 Islamic and Asian Civilizations W 2 BKKX xxxx Co-Curriculum I W 1 TOTAL CREDITS THIS SEMESTER 19 SEMESTER 2 BTKU 1023 Calculus For T...