Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Sistem Gred UTeM

Salam Kasih dan Sayang

Kepada yang berkunjung dan terkunjung ke blog ini di ucapkan dengan sekalungan ucapan terima kasih. Apa lagi... Terasa telah lama dan berkejauhan dengan blog ini sejak kebelakangan ini. Dan ini juga sudah ketentuan, dan ketentuan itu adalah keputusan dan keputusan adalah takdir dan takdir itu lah hal sangat rapat dalam kehidupan, kehidupan adalah..... dan seterusnya... Dan pasti akhirnya Tuhan. Dia yang awal dan Dia yang akhir. Berikut adalah ulasan sangat pendek saya tentang perkara-perkara yang berkitaran dengan kehidupan saya. Maaf kalau ulasannya menganggu jiwa hati dan perasaan, akal dan fikiran. Dalam hal itu, maaf juga kalau saya dirasa menipu kamu, sebab dunia ini sudah penuh dengan penipuan, dan adakah yang majoriti itu mahu diikuti... Kalau semua menipu, adakah kita mahu turut serta membuat penipuan. Berkaitan UTeM. Berjalan seperti biasa. PnP dalam Minggu ke 13 perkuliahan. Berkaitan FTK Bersemangat. Berkaitan Subjek Telah meyelesaikan 2D dan 3D di minggu ke 13. Minggu had...

Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura

    Sent to you by sulaiman via Google Reader:     Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura via Lagi Berita by Admin on 10/25/11 SINGAPURA 25 Okt. – Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam tiga bidang utama iaitu pendidikan teknikal, pelancongan dan alam sekitar. Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya, Teo Chee Hean sempena lawatan rasmi selama dua hari ke republik ini. "Singapura mempunyai pengalaman yang baik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan yang boleh digunakan sebagai model untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ia boleh dikongsi dalam usaha kita menghadapi cabaran pada masa ini," katanya pada sidang akhbar bersama Chee Hean di sini. Beliau berkata, pelbagai peluang dalam bidang pendidikan boleh diterokai oleh generasi muda yang secara tidak langsung mampu meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara. Mengenai sektor pel...

Rujukan Subjek CAD BTEU1112

1.       Applying AutoCAD 2011 / Terry T. Wohlers, New York, NY: McGraw-Hill, 2011. ISBN : 9780073375489 2.       Introduction to AutoCAD 2010 : 2D and 3D design / Alf Yarwood, Oxford: Newnes, 2009. ISBN : 9781856178686 3.       Lukisan kejuruteraan berbantu komputer / Khairul Anuar Hanafiah, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2006. ISBN : 9835204039 4.       UTeM E-learning Portal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, JTKE, Computer Aided Design BTEU1112_SEM1_20112012. Login here .

Inilah contoh Pekeliling Bendahari UTeM. Ia menjelaskan berkenaan penguatkuasaan displin. Apa itu displin?

P ekeliling Bendahari Bil.9/2011 berkenaan  Peraturan Penyertaan Anak-Anak Syarikat Badan Berkanun, Koperasi-Koperasi, Tabung Kakitangan Kerajaan Dan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Dalam Perolehan Universiti .     http://www.utem.edu.my/bendahari/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=217&Itemid=115       Pekeliling Bendahari Bil.10/2011 berkenaan  Syarat Dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.   http://www.utem.edu.my/bendahari/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=218&Itemid=115            

UTeM Cemerlang di i-INOVA

FTK Cemerlang di Pertandingan Inovasi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.      Exposition on Islamic Innovations 2011 (i-INOVA '11) telah pun melabuhkan tirainya pada 16 Oktober yang lalu. Penyertaan sulung FTK  ke pertandingan tahunan anjuran USIM tersebut telah membuahkan hasil dan keputusan yang sangat membanggakan di mana UTeM telah merangkul sebanyak 2 pingat Emas beserta wang tunai RM 1,000   Lebih membanggakan lagi, 2 pingat emas tersebut adalah penyertaan daripada FTK. Justeru itu, pihak Fakulti FTK ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH di atas kejayaan tersebut dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyertaan ke pertandingan i-INOVA 2011.   Semoga kejayaan pada penyertaan sulung FTK ke pertandingan ini dapat di terus kan serta di tingkat kan lagi pada masa-masa akan datang .   No Researcher Faculty Title Award ...

Sesi Ramah Mesra Pelajar FTK Bersama PNC HEPA

Pelajar sulong FTK, UTeM adalah seramai 398 orang (update 4/10/2011). Mereka pada saya sangat istimewa kerana; 1. Sulong 2. Pertama 3. Perintis 4. Contoh 5. Menjadi rebutan 60% jumlah pelajar UTeM pada 2015 adalah daripada program Teknologi Kejuruteraan.

MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 UTeM

Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011 Tempat: Bangunan Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal . MAJLIS RAPTAI . Tarikh: 21 Oktober 2011(Jumaat) Masa: 8.00 pagi Tempat: Bangunan Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal

e-learning info 001 : Makluman Penggunaan e-learning FTK, UTeM

Berikut adalah makluman awal berkenaan penggunaan platform e-learning FTK. Iaitu berkaitan dengan LOGIN pelajar, LOGIN STAFF dan Pendaftaran SUBJEK.   1.     LOGIN Pelajar.   Username : (No Matrix) Password : (12 digit No KP)   Contoh : Username : B079110111 Password : 900612146210   2.     LOGIN STAFF   Bagi staff yang mengalami masalah untuk login di   http://ulearn.utem.edu.my/ , sila maklumkan kepada saya.     3.     Pendaftaran SUBJEK di ulearn.utem.edu.my   Kepada Staff Akademik yang ingin menggunakan kemudahan e-learning (ulearn), sila berikan perkara berikut kepada saya. sulaiman@utem.edu.my .   Code : Subject : Jabatan :     Terima kasih.     .sulaimansabikan  

Universiti Model Kedua, UTeM adalah pertama.

Sememang tidak salah bagi pihak UTeM menggunakan istilah sebagai universiti awam teknikal pertama di Malaysia. Ia adalah model universiti jenis kedua. Jangan di samakan dengan universiti awam yang telah sedia lama wujud. Itu universiti model pertama. Mana mungkin, kedai tayar nak di samakan dan dibandingkan dengan kedai cat. Masing2 ada peranan dan fungsi.

FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY, UTeM RECIEVED ITS FIRST BATCH OF 362 STUDENTS

Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM. Konsep pengajian secara ‘hands on’ yang dilaksanakan dalam program Teknologi Kejuruteraan UTeM bakal melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan amat digemari oleh pihak majikan. (Full Article in Bahasa Melayu) FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UTeM CATAT SEJARAH TERIMA 362 PELAJAR PERINTIS PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) yang merupakan fakulti terbaru yang ditubuhkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencatatkan sejarah baru kerana telah menerima sebanyak 362 orang pelajar baru selaku perintis program Teknologi Kejuruteraan di universiti ini sekaligus dalam kalangan IPTA Malaysia. Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan dalam kenyataanya berkata, kemasukan golongan pelajar perintis ini sangat penting dan memberi makna besar dalam usaha melahirkan golongan Teknologis Kejuruteraan yang diperlukan oleh negara kita. Ini selari den...

Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT

Pejabat HEPA telah dipilih untuk menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT mulai 23-27 September 2011 di bilik-bilik kuliah FKEKK dan FKE dari jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang. Pertandingan akhir akan diadakan di Dewan Besar UTeM pada 27 September 2011 mulai jam 9.00 pagi. Semua warga UTeM adalah dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan debat ini.

Program Perjumpaan Pelajar FTK dengan PA pada 24/09/2011 (Sabtu) di Dewan Pusat Sukan

Untuk makluman semua penasihat akademik (PA), satu program perjumpaan antara pelajar dan penasihat akademik akan diadakan pada 24/09/2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Pusat Sukan, Kampus Induk UTeM . Ringkas tentatif adalah dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Tahu tak di mana Pusat Sukan tu? AHMAD HAFIZ jangan tak datang yek.... Terima kasih.