Dengan Nama ALLAH. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Allah ialah nama bagi Tuhan . Tuhan adalah pangkat bagi Allah . Hanya satu yang berpangkat Tuhan . Ia tidak boleh ditukar ganti dan berubah-ubah. 1. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Terperangkap dengan masa. Manusia ada masa, Tuhan pun ada masa. Satu ribu tahun masa manusia, cuma Satu hari pada Tuhan . Manusia cuma ada beberapa hari. Allah Maha Esa, Allah Maha Agung, Allah Maha Besar. 2. Bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik sejak 2003, cuma 10 minit sahaja pada Pandangan Tuhan. Jika usia aku ini 63 tahun, itu cuma 1 jam 30 minit, dari Pandangan Tuhan. Itulah Tuhanku Yang Maha Agung. 3. Apabila ku kata " Janganlah ", itu bukan bermakna suatu paksaan atau larangan. Manusia ada pilihan, begitu juga Tuhan TELAH membuat pilihan, Iblis pun tidak tertinggal dari membuat pilihan. Pilihan siapa yang mahu manusia mahu ikuti? 4. Hidup yang sesingkat ini. Bekerjalah, sebab kita punya kuasa pemberian Tuhan...
Blog ini tiada mewakili mana-mana entity.