15hb JUN 2011 adalah bersamaan dengan hari Rabu. Rabu juga adalah hari Jumaat. Khamis juga adalah hari Jumaat. Hari-hari lain juga adalah hari Jumaat. Pada pengertian yang lain. Dari Sisi pandangan yang lain. 15hb adalah hari pertukaran ke fakulti baru. Fakulti Teknologi Kejuruteraan. 15hb adalah perpindahan blog ini kepada sulaiman sabikan fakulti TEKNOLOGI kejuruteraan universiti teknikal malaysia melaka . Ataupun mungkin tiada lagi nama seperti itu. Apa ada pada nama-nama. Apa ada pada Muhammad kalau tidak ada pangkat Rasul. Apa ada pada sulaiman sabikan kalau tidak ada pangkat manusia. Dan lebih dashyat, apa ada pada nama ALLAH jika tidak ada pangkat Tuhan. Dan pangkat-pangkat itu bukan ketamadunan manusia yang menganugerahkan, tetapi Tuhan itu sendiri yang mengistiharkan. Tuhan mengistiharkan sulaiman sabikan adalah manusia. Muhammad bin Abdullah adalah Nabi dan Rasul. Dan Dia sendiri adalah Tuhan. Beginilah menifitasi kehidupan. Ia tidak akan sukar jika manusia itu tahu hujung...
Blog ini tiada mewakili mana-mana entity.