Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

FTK Cemerlang di UTeMEX 2012

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA UTeMEX 2012  yang telah melabuhkan tirainya semalam telah membuahkan keputusan yang sangat membanggakan untuk FTK .   Daripada  20 penyertaan yang dihantar, FTK telah memenangi sebanyak 19 pingat .    Secara keseluruhannya FTK telah memenangi 4 pingat emas, 6 pingat perak dan 9 pingat gangsa .   Turut menjadi kebanggaan, berdasarkan jumlah pingat yang diperolehi, FTK berada di kedudukan yang ke-4 daripada 8 pasukan yang menyertai UTeMEX 2012 .   Pihak Jawatankuasa Inovasi & Pertandingan FTK ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada  semua Penyelidik-Penyelidik FTK  dan  Pihak Pengurusan Fakulti  serta semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran penyertaan ke pertandingan tersebut. Semoga kejayaan seperti ini dapat diteruskan agar kejayaan sentiasa dapat digembeling bersama. S...

PENDAFTARAN SUBJEK DI PLATFORM E-LEARNING UTeM

PENDAFTARAN SUBJEK DI PLATFORM E-LEARNING UTeM   Penggunaan e-learning di kalangan pelajar dan pensyarah dalam membantu proses PnP adalah sangat digalakkan dan ia adalah salah satu medium penyampaian yang telah sedia diterima oleh para pelajar.   Lalu, sekiranya PENSYARAH atau JP memerlukan subjek diajar atau dikelolakan pada SEM2 Sesi 20112012 ini di wujudkan dalam e-learning, adalah di minta menyalurkan maklumat berikut di bawah.   Didahului dengan ucapan terima kasih.   http://ulearn.utem.edu.my/   +++++++++++++++++++   Nama MataPelajaran : Kod MataPelajaran : Jabatan : Nama Penuh Pensyarah/JP : No Staff :   +++++++++++++++++++    

Kalendar Akademik Sesi 2012/2013 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Adalah dimaklumkan bahawa bersama-sama ini dilampirkan Pekeliling Pentadbiran Bilangan 2 Tahun 2012 berkenaan Pemakluman Berkenaan Kalendar Akademik Sesi 2012/2013 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk makluman dan rujukan.   Sekian, terima kasih.     http://www.utem.edu.my/pendaftar/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1134&Itemid=147