Skip to main content

Majlis Perasmian Hari Terbuka Cadangan Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)


_DSC6300
KUALA LUMPUR (21 Mac 2012) – YB Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Terbuka Cadangan Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri memaklumkan tujuan diadakan hari terbuka ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas sama ada pandangan, cadangan mahupun kritikan daripada stakeholders dan orang awam mengenai cadangan penubuhan MBOT. Di samping itu, hari terbuka ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada Kementerian sebagai penganjur untuk memberi penerangan serta penjelasan terhadap hasrat dan cadangan murni bagi penubuhan MBOT.

Cadangan penubuhan MBOT adalah sebagai mengiktiraf dan memperkasa teknologis dan juruteknik sebagai satu profesion ikhtisas di Malaysia. Penubuhan MBOT akan dilaksanakan melalui penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Teknologis dan Juruteknik 2012 yang akan memberi kuasa kepada MBOT bagi pendaftaran dan pengiktirafan teknologis dan juruteknik serta bagi maksud yang berkaitan dengannya.

“MOSTI bersama rakan kementerian berkaitan sedang menggubal satu Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2012 khusus bagi penubuhan dan pelaksanaan MBOT. MBOT akan ditubuhkan sebagai sebuah badan ikhtisas di bawah akta yang dicadangkan. Penubuhannya sebagai satu badan ikhtisas adalah selaras dengan badan profesional lain di Malaysia seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Arkitek Malaysia (BOA) dan Lembaga Jurukur Malaysia (BQSM)” kata YB Timbalan Menteri lagi.

YB Timbalan Menteri melalui ucapannya turut percaya melalui penubuhan MBOT, bilangan tenaga kerja teknikal, teknologi dan mahir di Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ini sekaligus akan meningkatkan jumlah tenaga kerja tersebut yang diperlukan oleh negara bagi mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi. Justeru, penubuhan MBOT yang mampu menambah bilangan teknologis dan juruteknik yang dihasilkan di negara ini adalah penting dan signifikan dalam menjayakan misi nasional.

Dari segi fungsinya, MBOT akan bertanggungjawab untuk mendaftarkan teknologis graduan (graduate technologist) dan juruteknik berkelayakan (qualified technician) serta memberi pengiktirafan kepada teknologis profesional (profesional technologist) dan juruteknik bertauliah (certified technician). MBOT juga akan mengawal selia etika serta profesionalisme teknologis dan juruteknik yang berdaftar. Selain itu, MBOT akan mempromosikan pendidikan dan latihan profesional dalam bidang berkaitan.

Melalui penubuhan MBOT juga, YB Timbalan Menteri percaya lebih banyak institusi pendidikan akan menawarkan program berbentuk teknologi dan teknikal.

Hari Terbuka MBOT turut dijayakan dengan usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian, Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.

Selepas upacara perasmian, sesi soal jawab di antara tetamu yang hadir bersama ahli-ahli panel turut diadakan. Ahli-ahli panel yang terlibat ialah Encik Kamel bin Mohamad (Setiausaha Bahagian Kanan Perancangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), Dr. Pang Chau Leong (Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia), Dr. Abdul Rahman Ayub (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia), Encik Sakib Kusmi (Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri), Prof. Dr. Zarida Hambali (Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia), Mejar (K) Haji Md. Nor Yusof (Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kemenetrian Pengajian Tinggi Malaysia) dan YBhg. Dato’ Dr. Abdul Hakim Juri (Presiden Universiti Kuala Lumpur).

Pameran MBOT turut diadakan sepanjang hari bagi menghebahkan kepada orang awam mengenai cadangan penubuhan MBOT di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk bertukar fikiran dan berkongsi pandangan serta cadangan bersama pihak urus setia yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal. Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah. http://www.utem.edu.my/ftk/ Bil / Nama Program / Kod UPU Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53 Ijazah Sarjana Muda Teknologi K...

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display. The Circuit Display ABCDEFGHI in three different modes 1. Blinking, then 2. Moving from Left, and 3. Moving from Right Documentation and Software Here. Youtube video Simulation in Proteus 7.4 Portable (SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.) 2 Jenis 5x7 matrix LED Common Cathode(ROW) - Left Common Anod (ROW) - Right Rujukan.

Rujukan Perakuan Akreditasi Sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi SEMUA kursus di FTK, UTeM

MQA_News Semua Program Pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diberi Perakuan Akreditasi Sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Agency , MQA) . Senarai program tersebut adalah seperti di bawah. Bil & UPU Code Program Tempoh 01 CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian Surat Perakuan : (MQA/PA 0695)  18/06/2012 – 31/05/2015 02 CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian Surat Perakuan : (MQA/PA 0696)  18/06/2012 – 31/05/2015 03 CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian Surat Perakuan : (MQA/PA 0697)  18/06/2012 – 31/05/2015 04 CY42 ...