Skip to main content

Catatan santai, Ke arah Kecemerlangan



Dalam bahasa melayu ialah Ke arah Kecemerlangan Pendidikan Teknologi Kejuruteraan.

Hal yang diutarakan ialah dua frasa ke arah dan kecemerlangan. Tiada lain dari itu.
  

1.Arah
Arah - Ia membawa maksud dengan panjang dan luas difinasinya, antaranya ialah tentang hala atau jurusan. Ia juga membawa makna maksud atau tujuan dan lainnya juga diertikan kepada memberi tekanan pd sesuatu hal, berat atau  condong.

Lalu, ke arah bermaksud, pergi ke hala, menuju ke tujuan, menuju kepada memberi tekanan pada sesuatu hal, menuju kepada pemberatan kepada sesuatu hal. Mencondongkan kepada sesuatu hal. Memalingkan kepada sesuatu hal. Begitulah antaranya. Namun, hal yang sesuatu itu tidak disentuh di sini.

Ke arah itu belum kepada maksud sampai. Kalau dah sampai, akan dikatakan Dalam Kecemerlangan Pendidikan TK. Itu no comment, dulu...

Ke arah itu juga, menunjukkan fokus atau penekanan tentang sesuatu hal.

Dalam al-quran pun ada frasa “ke arah”. Contohnya, 2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

Lalu, di mana sahaja FTK berada, ingatkan motto kita iaitu Ke arah kecemerlangan Pendidikan TK. Ini adalah yg benar dari Universiti,dan Universiti tau apa kita buat.
Tiru, susunan format ayat Tuhan di atas. Hehehe.... okay kan.... Hakikatnya, semua dari kehendak dan izin Nya juga... kan,....kan...

Tanpa arah, tanpa tujuan... manusia buat hal masing2.

  

2.Kecemerlangan
Apa kecemerlangan?
Adalah hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan, keelokan dan keindahan. Dari cemerlang itu, bercahaya dgn terang; berkilauan; gilang-gemilang.

Dalam al-quran pun ada frasa “cemerlang”. Contohnya, 50:1. Qaf. Demi al-Qur'an yang cemerlang!.

Wow... siapa kata thats book, tak cemerlang? Bercahaya? Gemilang? Berkilauan? Gilang-gemilang?... Apakah cetakan tulisannya atau isinya atau penulisnya atau penyampainya? Atau semuanya?




3.Ke arah Kecemerlangan
Nah... bila di gabungkan ia membawa maksud gabungan dua2nya. Contoh gabungan ialah.
1.   Menghala kepada gilang-gemilang
2.   memberi tekanan pd kegemilangan
3.   bertujuan kepada berkilauan, bercahaya dan terang.
4.   Dll

Kecemerlangan biasanya tidak datang mengejut, itu namanya kemalangan. Kebenaran tidak datang terlebih dahulu, tetapi selepas kesesatan. Yang penting ia ke arah. Ke arah... belum sampai kepada benar lagi, tapi ke arah... tanpa ke arah, tak akan jumpa kecemerlangan...

Sekian dan Terima kasih...just taipan malam yg spontan... gua bukan guru bahasa. Dan, Salam....


Waaa... peace.

  

-----------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal. Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah. http://www.utem.edu.my/ftk/ Bil / Nama Program / Kod UPU Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53 Ijazah Sarjana Muda Teknologi K...

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display. The Circuit Display ABCDEFGHI in three different modes 1. Blinking, then 2. Moving from Left, and 3. Moving from Right Documentation and Software Here. Youtube video Simulation in Proteus 7.4 Portable (SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.) 2 Jenis 5x7 matrix LED Common Cathode(ROW) - Left Common Anod (ROW) - Right Rujukan.

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

Bachelor's Degree in Electrical Engineering Technology (Industrial Power) with Honours (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian)  Kurikulum BARU, SESI 2012/2013  SEMESTER CODE SUBJECT CATEGORY CREDIT PRE- REQUISITE SEMESTER 1 BTKU 1013 Technical Mathematics P 3 BTKR 1304 Digital Electronics & Systems K 4 BTKR 1313 Computer Aided Design K 3 BTKK 1303 Electrical Circuit Fundamental K 3 BTKR 1323 Measurement K 3 BLHW 1702 Islamic and Asian Civilizations W 2 BKKX xxxx Co-Curriculum I W 1 TOTAL CREDITS THIS SEMESTER 19 SEMESTER 2 BTKU 1023 Calculus For T...