Skip to main content

Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pemakluman Berkenaan Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk makluman dan rujukan.

http://www.utem.edu.my/pendaftar/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1024&Itemid=147

20 Amalan Terbaik Dalam Penggunaan Jaringan Media Sosial Di Sektor Awam


(A) PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGENDALIKAN LAMAN WEB MEDIA SOSIAL AGENSI
(1) Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;
(2) Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;
(3) Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;
(4) Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;
(5) Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;
(6) Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;
(7) Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;
(8) Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;
(9) Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;
(10) Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;
(11) Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;
(12) Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan
(13) Menyediakan penyataan penafian (disclaimer) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.

(B) PENGGUNA DI AGENSI
(14) Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;
(15) Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;
(16) Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;
(17) Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan
(18) Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.

(C) PENTADBIR RANGKAIAN
(19) Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan
(20) Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.

Comments

Popular posts from this blog

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal. Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah. http://www.utem.edu.my/ftk/ Bil / Nama Program / Kod UPU Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53 Ijazah Sarjana Muda Teknologi K...

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display. The Circuit Display ABCDEFGHI in three different modes 1. Blinking, then 2. Moving from Left, and 3. Moving from Right Documentation and Software Here. Youtube video Simulation in Proteus 7.4 Portable (SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.) 2 Jenis 5x7 matrix LED Common Cathode(ROW) - Left Common Anod (ROW) - Right Rujukan.

Rujukan Perakuan Akreditasi Sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi SEMUA kursus di FTK, UTeM

MQA_News Semua Program Pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diberi Perakuan Akreditasi Sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Agency , MQA) . Senarai program tersebut adalah seperti di bawah. Bil & UPU Code Program Tempoh 01 CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian Surat Perakuan : (MQA/PA 0695)  18/06/2012 – 31/05/2015 02 CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian Surat Perakuan : (MQA/PA 0696)  18/06/2012 – 31/05/2015 03 CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian Surat Perakuan : (MQA/PA 0697)  18/06/2012 – 31/05/2015 04 CY42 ...