Skip to main content

Produk Reka Cipta UTEM Cemerlang Dalam Dan Luar Negara


Oleh Fadzli Ramli





MELAKA, 4 Mei (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), universiti awam berasaskan teknikal yang pertama di negara ini, kini mampu berbangga dengan pencapaiannya menghasilkan pelbagai produk reka cipta yang mencapai kecemerlangan di dalam dan luar negara.

Sepanjang tahun lepas, produk reka cipta yang dihasilkan penyelidik universiti itu memenangi 41 anugerah melalui penyertaan ekspo dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata anugerah yang dimenangi itu dilihat sebagai manifestasi bahawa UTeM sentiasa ke hadapan dalam bidang reka cipta.

Beliau berkata daripada anugerah yang dimenangi universiti itu tahun lepas, lima ialah anugerah bertaraf khas, lapan pingat emas, 11 pingat perak dan 17 pingat gangsa.

"Tiga daripada anugerah khas yang dimenangi bertaraf kebangsaan manakala anugerah selebihnya termasuk emas, perak dan gangsa bertaraf antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini.



CEMERLANG DI EKSPO ANTARABANGSA

Ahmad Yusoff berkata UTeM memperoleh anugerah itu dalam empat ekspo serta pameran peringkat antarabangsa dan dua karnival peringkat kebangsaan.

Antara anugerah bertaraf antarabangsa yang diperoleh UTeM ialah empat pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa ketika menyertai World Exibition On Inovation, Research and New Technologies 2010 (INNOVA 2010) yang berlangsung dari 18-22 Nov tahun lepas di Brussels, Belgium.

UTeM memperoleh empat pingat emas melalui produk Distribution Board Alert System (Dbas), Traffic Light Electrical and Mechanical Fault Alert System (Wi-Traffic Light), Dual Band Polarized Antenna dan Electro-Mechanical Locking System (EM-Lock).

"Sememangnya pembangunan produk rekacipta penting tetapi kami tidak lupa faktor manusia iaitu penyelidik itu sendiri. Kami sentiasa mendidik penyelidik kami yang rata-ratanya orang muda," katanya.

Beliau berkata UTeM menerapkan kepada setiap penyelidiknya supaya tidak pernah berpuas hati atas apa yang dicapai dan sentiasa bekerja keras dalam usaha memperoleh ilmu baru demi kepentingan negara.



SENTIASA MAJUKAN PRODUK REKACIPTA

Ahmad Yusoff berkata sepanjang tahun lepas, penyelidik UTeM melaksanakan lebih 200 projek reka cipta produk, dan untuk itu UTeM memperuntuk dana lebih RM4.5 juta.

UTeM yang ditubuhkan pada 1 Dis 2000 juga memperoleh pelbagai dana yang antaranya daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi untuk membiayai projek itu.

"Semua penyelidik muda kita warga tempatan. UTeM juga ialah sebuah universiti yang muda jadi adalah sesuatu yang amat membanggakan apabila penyelidik muda tempatan dan universiti muda ini mampu menghasilkan produk reka cipta yang cemerlang di persada dunia," katanya.

Mengenai proses pengkomersilan produk reka cipta itu, Ahmad Yusoff berkata UTeM sedang meneroka pelbagai kerjasama dengan pihak industri untuk mengkomersilkan produk itu. Antara 10 dan 15 peratus produk reka cipta UTeM kini berada di pasaran.

"Sememangnya baik untuk produk itu dipasarkan tetapi yang paling penting bagi kita ialah meneroka teknologi baru, dengan menghasilkan produk reka cipta baru," katanya.

UTeM kini mempunyai lebih 7,500 penuntut dan 750 tenaga pengajar akademik bagi enam fakulti iaitu empat fakulti kejuruteraan, sebuah fakulti teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dan sebuah fakulti pengurusan teknologi dan tekno keusahawanan.



PRODUK REKA CIPTA BERPOTENSI TINGGI

Sementara itu, penyelidik yang bertanggungjawab mereka cipta EM-Lock, Ir S Sivarao berkata produk kunci berasaskan electro-mekanikal yang direkanya mampu dikomersilkan terutama dalam bidang keselamatan antaranya digunakan untuk bilik kebal sesebuah bank.

"EM-Lock ini hanya memerlukan kurang empat peratus tenaga berbanding kunci berasaskan magnetik biasa. EM-Lock hanya memerlukan tenaga untuk membuka dan mengunci, manakala kunci magnetik biasa guna tenaga setiap masa," katanya yang memulakan penyelidikan produk berkenaan pada tahun 2008.

Beliau hanya mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan produk itu. Sekiranya sesebuah kunci magnetik terputus bekalan tenaga sama ada daripada punca utama atau bateri, kunci itu akan terbuka berbanding dengan EM-Lock, yang akan terus terkunci.

Mazran Esro, penyelidik yang mereka cipta Dbas, berkata produk ciptaan beliau mampu memberi amaran yang pantas kepada syarikat pembekal atau pemilik sekiranya berlaku kerosakan di papan agihan tenaga elektrik (DB) yang boleh menyebabkan terputusnya bekalan elektrik.

"Dalam sebuah kilang yang punyai lebih 100 'production line' ini penting kerana setiap production line selalunya ada DB sendiri, jika sebuah DB rosak seluruh production line tidak berfungsi tetapi bila ada Dbas, kita tahu dengan cepat mana DB yang rosak dan ini boleh kurangkan kehilangan produktiviti," katanya.

Mazran yang memulakan penyelidikan pada 2009, mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan produk ini, yang mampu memberi amaran kerosakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pereka Wi-Traffic Light, S Sivakumar berkata produk ciptaannya mampu memberi informasi mengenai kerosakan lampu isyarat kepada pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Kerja Raya juga melalui SMS.

"Produk ini juga mampu memberikan informasi terperinci mengenai kerosakan seperti waktu, tarikh dan jenis kerosakan yang asas. Saya mula reka produk ini pada tahun 2008 dan siap dua tahun lepas itu," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display. The Circuit Display ABCDEFGHI in three different modes 1. Blinking, then 2. Moving from Left, and 3. Moving from Right Documentation and Software Here. Youtube video Simulation in Proteus 7.4 Portable (SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.) 2 Jenis 5x7 matrix LED Common Cathode(ROW) - Left Common Anod (ROW) - Right Rujukan.

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal. Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah. http://www.utem.edu.my/ftk/ Bil / Nama Program / Kod UPU Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53 Ijazah Sarjana Muda Teknologi K...

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

Bachelor's Degree in Electrical Engineering Technology (Industrial Power) with Honours (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian)  Kurikulum BARU, SESI 2012/2013  SEMESTER CODE SUBJECT CATEGORY CREDIT PRE- REQUISITE SEMESTER 1 BTKU 1013 Technical Mathematics P 3 BTKR 1304 Digital Electronics & Systems K 4 BTKR 1313 Computer Aided Design K 3 BTKK 1303 Electrical Circuit Fundamental K 3 BTKR 1323 Measurement K 3 BLHW 1702 Islamic and Asian Civilizations W 2 BKKX xxxx Co-Curriculum I W 1 TOTAL CREDITS THIS SEMESTER 19 SEMESTER 2 BTKU 1023 Calculus For T...