Skip to main content

Posts

Universiti Model Kedua, UTeM adalah pertama.

Sememang tidak salah bagi pihak UTeM menggunakan istilah sebagai universiti awam teknikal pertama di Malaysia. Ia adalah model universiti jenis kedua. Jangan di samakan dengan universiti awam yang telah sedia lama wujud. Itu universiti model pertama. Mana mungkin, kedai tayar nak di samakan dan dibandingkan dengan kedai cat. Masing2 ada peranan dan fungsi.

FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY, UTeM RECIEVED ITS FIRST BATCH OF 362 STUDENTS

Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM. Konsep pengajian secara ‘hands on’ yang dilaksanakan dalam program Teknologi Kejuruteraan UTeM bakal melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan amat digemari oleh pihak majikan. (Full Article in Bahasa Melayu) FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UTeM CATAT SEJARAH TERIMA 362 PELAJAR PERINTIS PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) yang merupakan fakulti terbaru yang ditubuhkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencatatkan sejarah baru kerana telah menerima sebanyak 362 orang pelajar baru selaku perintis program Teknologi Kejuruteraan di universiti ini sekaligus dalam kalangan IPTA Malaysia. Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan dalam kenyataanya berkata, kemasukan golongan pelajar perintis ini sangat penting dan memberi makna besar dalam usaha melahirkan golongan Teknologis Kejuruteraan yang diperlukan oleh negara kita. Ini selari den...

Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT

Pejabat HEPA telah dipilih untuk menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT mulai 23-27 September 2011 di bilik-bilik kuliah FKEKK dan FKE dari jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang. Pertandingan akhir akan diadakan di Dewan Besar UTeM pada 27 September 2011 mulai jam 9.00 pagi. Semua warga UTeM adalah dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan debat ini.

Program Perjumpaan Pelajar FTK dengan PA pada 24/09/2011 (Sabtu) di Dewan Pusat Sukan

Untuk makluman semua penasihat akademik (PA), satu program perjumpaan antara pelajar dan penasihat akademik akan diadakan pada 24/09/2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Pusat Sukan, Kampus Induk UTeM . Ringkas tentatif adalah dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Tahu tak di mana Pusat Sukan tu? AHMAD HAFIZ jangan tak datang yek.... Terima kasih.

Admin U-Learn FTK dan FKE

Kepada pelajar FKE, Suka, gembira dan puas adalah suatu anugerah. Dahulu saya adalah admin ulearn di FKE . Saya suka, gembira dan puas dengannya. Terdapat lebih kurang 1600 pelajar yang sedia berdaftar di platform tersebut, ada yang telah graduate dan ada yang sedang aktif dan sudah tentu ada yang baru, dan perlu di daftarkan. Wahai pelajar baru FKE, sila merujuk kepada, JK ICT FKE untuk bantuan, pertolongan dan makluman tentang u-learn. ps: Walaubagaimanapun, untuk kes "lupa password" saya sedia membantu. Sekian sahaja dan saja.

PENCAPAIAN CEMERLANG UTeM DI PECIPTA 2011

CRIM mewakili pihak Pengurusan Universiti mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua penyelidik UTeM yang telah berjaya memenangi 1 Special Award, 3 Gold, 6 Silver dan 4 Bronze di Persidangan & Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 (Pecipta 2011) pada 13 – 15 September 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pencapaian ini adalah yang terbaik berbanding dengan penyertaan UTeM di PECIPTA sebelum ini. Kejayaan ini juga merupakan berkat usaha, komitmen dan doa semua warga UTeM dan adalah diharapkan usaha ini akan berterusan serta dapat menyuntik semangat kepada semua penyelidik UTeM untuk terus berjaya dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pihak Pengurusan Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan CRIM merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang dicurahkan dalam memastikan kejayaa...