Kepada yang berkunjung dan terkunjung ke blog ini di ucapkan dengan sekalungan ucapan terima kasih. Apa lagi...
Terasa telah lama dan berkejauhan dengan blog ini sejak kebelakangan ini. Dan ini juga sudah ketentuan, dan ketentuan itu adalah keputusan dan keputusan adalah takdir dan takdir itu lah hal sangat rapat dalam kehidupan, kehidupan adalah..... dan seterusnya... Dan pasti akhirnya Tuhan. Dia yang awal dan Dia yang akhir.
Berikut adalah ulasan sangat pendek saya tentang perkara-perkara yang berkitaran dengan kehidupan saya. Maaf kalau ulasannya menganggu jiwa hati dan perasaan, akal dan fikiran. Dalam hal itu, maaf juga kalau saya dirasa menipu kamu, sebab dunia ini sudah penuh dengan penipuan, dan adakah yang majoriti itu mahu diikuti... Kalau semua menipu, adakah kita mahu turut serta membuat penipuan.
Berkaitan UTeM.
Berjalan seperti biasa. PnP dalam Minggu ke 13 perkuliahan.
Berkaitan FTK
Bersemangat.
Berkaitan Subjek
Telah meyelesaikan 2D dan 3D di minggu ke 13. Minggu hadapan Lab Test 2. Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua pelajar BTEA dan BTEK. Pelajar BTEA lebih kecoh... Pelajar BTEA sangat berkomitmen...
Tentang pelajar
I love you all.
Berkaitan Website FTK
Lama rasanya berada di posisi webmaster dan ia sudah tidak dapat dirasa sebagai bebanan. Pukul 3 pagi, masih boleh bekerja dengannya.
Berkaitan e-learning FTK
Sambutan staff FTK berkaitan penggunaan platform adalah tahapan baik. Banyak permintaan untuk mewujudkan subjek online. Tahniah. Dan 100% penggunaan dalam subjek yang dimuatkan dalam talian ulearn.utem.edu.my
Selainnya.
Hati dan jiwa ini terasa susah dan gelisah berada di sini. Sendiri. Ini semua sebab cinta. Padan dengan muka2. Ada yang kehilangan dan ada yang kematian. Kehilangan itu, tiada apa. Kematian itu pun tiada apa. Rela mati. Bukan bererti putus asa. Itu pada akal, tapi, jiwa mu mahu itu. Mati.
Lalu mahu penyerahan jiwa atau akal?
Sekian sahaja. Terima kasih di ucapkan.
ps: Tiada kaitan dengan apa2 dan sesiapa semua hal2 di atas.
No comments:
Post a Comment