Skip to main content

ASTRONAUTS FROM RUSSIA AND USA SHARE EXPERIENCES AT UTeM

ASTRONAUTS FROM RUSSIA AND USA SHARE EXPERIENCES AT UTeM Print
Hear this article
Image
Angkasawan dari USA Henry W. Hartsfiield Jr sedang menyampaikan ceramah dan perkongsian pengalaman kepada para pelajar yang hadir.

Image
Prof. Dr Marizan Sulaiman (kiri) bergambar kenangan bersama tiga angkasawan lain Henry W. Hartsfiield, Jr (2 dari kiri), Alexander Ivanchenkov (3 dari kiri) dan Alexander Feodorovich (3 dari kanan).

Image
Tiga angkasawan bersama jurubahasa mereka (2 dari kiri) sewaktu sesi soal jawab bersama audien yang hadir di kampus induk UTeM.


(Full Article in Bahasa Melayu)

ANGKASAWAN RUSIA DAN USA BERKONGSI PENGALAMAN DI UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Beyond Event Sdn. Bhd telah mengadakan satu sesi perkongsian pengalaman dan motivasi bersama dengan 3 orang angkasawan daripada USA dan Rusia dalam program ‘Campus Space Walk’ hari ini.

Program ‘Campus Space Walk’ diperingkat IPT ini diadakan bersempena dengan XXIII Planetary Congress Association of Space Explorers (ASE) yang sedang dijalankan bermula pada 5 hingga 10 Oktober 2010 di Kuala Lumpur. Untuk tujuan itu UTeM telah terpilih sebagai salah sebuah IPTA untuk dijadikan destinasi persinggahan dan perkongsian pengalaman bersama tiga orang angkasawan ini.

Association of Space Explorers ( ASE ) merupakan sebuah organisasi pendidikan antarabangsa yang bukan berteraskan keuntungan dan dianggotai oleh 350 ahli dari 35 buah negara. Ahli – ahli organisasi ini terdiri daripada mereka yang telah mengembara ke angkasa lepas. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan membawa misi – misi yang tersendiri. Antara misi – misi mereka adalah mengadakan persidangan antarabangsa di antara pengembara angkasa lepas, menyokong pengembaraan dan sains angkasa lepas untuk kepentingan semua. ASE juga mempromosikan pendidikan dalam sains dan kejuruteraan serta menyokong dan memberi kerjasama antarabangsa.

Menurut Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni program sebegini merupakan satu platform yang jelas sebagai landasan dalam perkongsian pengalaman sebenar angkasawan dengan orang ramai dan pada masa yang sama menjadi suntikan motivasi dan semangat kepada para pelajar UTeM dan juga pelajar sekolah yang turut hadir dengan tidak melepaskan peluang keemasan yang ditunggu ramai ini.

Ketiga-tiga angkasawan tersebut ialah Henry W. Hartsfiield, Jr yang merupakan angkasawan dari United States of America (USA) manakala dua orang angkasawan lagi iaitu Alexander Ivanchenkov dan Alexander Feodorovich dari Rusia. Ketiga-tiga orang mereka telah memenuhi ruang dan masa yang telah diperuntukkan kepada setiap orang dengan menceritakan kembali sepanjang pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka sepanjang penglibatan mereka sebagai angkasawan.

Mereka juga turut memberi kata-kata peransang kepada para pelajar yang hadir supaya tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha dalam setiap perkara yang dilaksanakan bermula dari proses perancangan, pelaksanaan sehingga mendapat hasil seperti yang impikan. Ini adalah kerana dengan semangat dan usaha gigih inilah telah menyebabkan mereka telah berjaya menjadi angkasawan yang telah mengharumkan nama negara dan menjadi dorongan kepada angkawan-angkasawan baru.

Seterusnya antara beberapa pengisian selepas sesi ceramah perkongsian pengalaman sesi soal jawab telah dibuka dan diisi dengan pertanyaan dengan banyak soalan yang bernas yang telah diajukan oleh para pelajar UTeM dan pelajar sekolah yang hadir. Seterusnya para pelajar berpeluang beramah mesra bersama ketiga-tiga angkasawan tersebut disamping bergambar dan mendapatkan tandatangan autograf sebagai kenangan.



Comments

Popular posts from this blog

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display. The Circuit Display ABCDEFGHI in three different modes 1. Blinking, then 2. Moving from Left, and 3. Moving from Right Documentation and Software Here. Youtube video Simulation in Proteus 7.4 Portable (SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.) 2 Jenis 5x7 matrix LED Common Cathode(ROW) - Left Common Anod (ROW) - Right Rujukan.

Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di UTeM

Image di atas sengaja di biarkan melebar sebab keasliannya dari link asal. Untuk maklumat lebih lanjut, klik link di bawah. http://www.utem.edu.my/ftk/ Bil / Nama Program / Kod UPU Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian CY31 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian CY32 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian CY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian CY42 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian CY81 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) dengan Kepujian CY51 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian CY52 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) dengan Kepujian CY53 Ijazah Sarjana Muda Teknologi K...

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

Bachelor's Degree in Electrical Engineering Technology (Industrial Power) with Honours (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian)  Kurikulum BARU, SESI 2012/2013  SEMESTER CODE SUBJECT CATEGORY CREDIT PRE- REQUISITE SEMESTER 1 BTKU 1013 Technical Mathematics P 3 BTKR 1304 Digital Electronics & Systems K 4 BTKR 1313 Computer Aided Design K 3 BTKK 1303 Electrical Circuit Fundamental K 3 BTKR 1323 Measurement K 3 BLHW 1702 Islamic and Asian Civilizations W 2 BKKX xxxx Co-Curriculum I W 1 TOTAL CREDITS THIS SEMESTER 19 SEMESTER 2 BTKU 1023 Calculus For T...