Skip to main content

Posts

Struktur Kurikulum Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian

Struktur Kurikulum di atas itu adalah yang telah dicadangkan dan akan dilaksanakan pada SEMESTER 1 SESI 2011/2012 bermula pada 12 SEPTEMBER 2011 di FTK, UTeM Kampus Industri bagi program BTEA. Salah satu program yang ditawarkan. Terdapat 10 program kesemuanya . Ia melibatkan 8 SEMESTER dan Latihan Industri di sem hujung pengajian. Datang dan boleh cerita lebih2. Lalu, Selamat Datang kepada pelajar baru UTeM. Mereka adalah "generasi" pertama di UTeM. Tahniah di ucapkan. Sinar mentari pagi dari dalam bangunan pentadbiran FTK, UTeM. Datang sini dan rasai. Website Rasmi FTK : http://www.utem.edu.my/ftk/

Ranking universiti hanya 'penarafan palsu'

    Sent to you by sulaiman via Google Reader:     Ranking universiti hanya 'penarafan palsu' via Lagi Berita by Admin on 25/08/11 Isu pengaliran keluar tenaga akademik daripada Universiti Malaya (UM) ekoran daripada dasar kenaikan pangkat yang terlalu ketat dan berkiblatkan bahasa Inggeris perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi khususnya. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berasa terpanggil untuk memperkatakan isu ini kerana ada kaitannya dengan nasib bahasa Melayu yang menjadi salah satu tunjang perjuangan PENA. PENA akan sentiasa mempertahankan bahasa Melayu yang telah diterima sebagai teras dalam sistem pendidikan kebangsaan dan dalam semua bentuk pelaksanaannya. Sekiranya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak mahu melihat perkara sebenar dengan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak, nescaya masalah ini tidak akan selesai. Amat malang kalau isu ini dianggap selesai dengan hanya ...

What is Engineering Technology? Apakah Teknologi Kejuruteraan?

(dalam skop pendidikan, kurikulum, kerjaya, dan perbezaan) Contohnya, takrif yang dikeluarkan oleh Technology Accreditation Commission of ABET, Inc. , dan telah diluluskan oleh Engineering Technology Council of the American Society for Engineering Education , di ambil seperti berikut. "Engineering technology is the profession in which a knowledge of mathematics and natural sciences gained by higher education, experience, and practice is devoted primarily to the implementation and extension of existing technology for the benefit of humanity. Engineering technology education focuses primarily on the applied aspects of science and engineering aimed at preparing graduates for practice in that portion of the technological spectrum closest to product improvement, manufacturing, construction, and engineering operational functions. " Lalu, teknologi kejuruteraan adalah aplikasi kepada prinsip kejuruteraan dan teknologi moden untuk membantu menyelesaikan atau menghala...

SEMAKAN KEPUTUSAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU IJAZAH SARJANA MUDA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU IJAZAH SARJANA MUDA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012 -- sulaiman sabikan

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

    Sent to you by sulaiman via Google Reader:     Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad via CariGold Forum by hab81020 on 13/07/11 BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah. Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci. Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang. Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft. Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman te...

Semakan Arah Kiblat

  Semakan Arah Kiblat Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah         Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.  Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah. Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku pada 16 Julai 2011 5.28 petang waktu Malaysia. Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang o...