Pages2

Thursday, June 16, 2011

Penyampaian dari sulaiman utem kepada seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Elektrik 2011.

Dengan Nama ALLAH. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Allah ialah nama bagi Tuhan. Tuhan adalah pangkat bagi Allah. Hanya satu yang berpangkat Tuhan. Ia tidak boleh ditukar ganti dan berubah-ubah.

1. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Terperangkap dengan masa. Manusia ada masa, Tuhan pun ada masa. Satu ribu tahun masa manusia, cuma Satu hari pada Tuhan. Manusia cuma ada beberapa hari. Allah Maha Esa, Allah Maha Agung, Allah Maha Besar.

2. Bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik sejak 2003, cuma 10 minit sahaja pada Pandangan Tuhan. Jika usia aku ini 63 tahun, itu cuma 1 jam 30 minit, dari Pandangan Tuhan. Itulah Tuhanku Yang Maha Agung.

3. Apabila ku kata "Janganlah", itu bukan bermakna suatu paksaan atau larangan. Manusia ada pilihan, begitu juga Tuhan TELAH membuat pilihan, Iblis pun tidak tertinggal dari membuat pilihan. Pilihan siapa yang mahu manusia mahu ikuti?

4. Hidup yang sesingkat ini. Bekerjalah, sebab kita punya kuasa pemberian Tuhan. Tetapi. Janganlah bekerja kerana GAJI,
Janganlah bekerja kerana REZEKI, Janganlah bekerja kerana mengejar PANGKAT, Janganlah bekerja kerana KEMULIAAN manusia, Janganlah bekerja kerana KEPUASAN, Janganlah bekerja kerana KESERONOKAN, Janganlah bekerja kerana ketakutan KEMISKINAN, Janganlah bekerja kerana mahu KEKAYAAN, Janganlah bekerja kerana tanggungjawab KEMANUSIAN, Janganlah bekerja kerana AGAMA, Janganlah bekerja kerana PELAJAR, Janganlah bekerja kerana ILMU, Janganlah bekerja kerana TERPAKSA. Janganlah bekerja kerana kesinambungan HIDUP. Janganlah bekerja kerana mendapat KEBAHAGIAN. Janganlah bekerja kerana NIKMAT. Janganlah bekerja kerana KEBENARAN. Dan sebagainya.

5. Bukankah GAJI, REZEKI, PANGKAT, KEMULIAAN, KEPUASAN, KESERONOKAN, KEMISKINAN, KEKAYAAN, KEMANUSIAN, AGAMA, PELAJAR, ILMU, TERPAKSA, HIDUP, KEBAHAGIAN, NIKMAT, KEBENARAN dan sebagainya itu DATANG DARI TUHAN!?

6. Lalu, Bekerjalah kerana TUHAN. Apa yang dilangit dan apa yang di bumi adalah TUHAN punya!

7. Kasih Sayang sukar dicari, kerana ia adalah pemberian TUHAN. Bekerja selain pada Tuhan, sudah seperti menjauhkan kasih sayang itu. Tiada kasih sayang, hilanglah Tuhan. Bekerjalah dalam suasana kasih dan sayang TUHAN, bukan kasih sayang GAJI, REZEKI, PANGKAT, KEMULIAAN dan sebagainya. Mudahan fakulti ini terus berada dalam naungan kasih sayang itu. Yang mana akhirnya, daripada Tuhan datangnya, pada Tuhan kembalinya. Kejayaan fakulti, mudahan kejayaan pada Tuhan, bukan kejayaan di mata mausia. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

8. Serulah nama Tuhanmu, serulah sifat Tuhanmu, serulah perbuatan Tuhanmu, serulah Zat Tuhanmu. Tuhan akan datang kepada kamu. Kebahagian dan KeredhaanNya untuk kamu. Namun, bersabar lah... setahunmu, cuma sedetik pada Tuhan.

9. Dari Tuhan datangnya, pada Tuhan kembalinya.Kebenaran bukan yang tertinggi, tapi adalah KETENTUAN TUHAN. Kalanya kebenaran dipaksa tunduk dahulu kepada Ketentuan Tuhan. Dan ketentuanNya adalah terbaik buat hamba-hambaNya di sisiNya. Walaupun sakit pada nafsumu. Ketentuan itulah TAKDIR. Neraka di tanganmu, Syurga di tangan TUHAN!

10. Allahuakbar.


--
sulaiman sabikan

Tuesday, June 14, 2011

Pertukaran dan Perpindahan dan Peninggalan dan Penemuan

15hb JUN 2011 adalah bersamaan dengan hari Rabu. Rabu juga adalah hari Jumaat. Khamis juga adalah hari Jumaat. Hari-hari lain juga adalah hari Jumaat. Pada pengertian yang lain. Dari Sisi pandangan yang lain.

15hb adalah hari pertukaran ke fakulti baru. Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

15hb adalah perpindahan blog ini kepada sulaiman sabikan fakulti TEKNOLOGI kejuruteraan universiti teknikal malaysia melaka. Ataupun mungkin tiada lagi nama seperti itu.

Apa ada pada nama-nama. Apa ada pada Muhammad kalau tidak ada pangkat Rasul. Apa ada pada sulaiman sabikan kalau tidak ada pangkat manusia. Dan lebih dashyat, apa ada pada nama ALLAH jika tidak ada pangkat Tuhan. Dan pangkat-pangkat itu bukan ketamadunan manusia yang menganugerahkan, tetapi Tuhan itu sendiri yang mengistiharkan. Tuhan mengistiharkan sulaiman sabikan adalah manusia. Muhammad bin Abdullah adalah Nabi dan Rasul. Dan Dia sendiri adalah Tuhan.

Beginilah menifitasi kehidupan. Ia tidak akan sukar jika manusia itu tahu hujung dan pangkal, nyata dan sembunyi.

Perpindahan bukan masalah, yang bermasalah kita manusia.

Aku seperti tidak mahu memunggah semua yang telah ada diamanahkan untuk aku. Sebab aku tahu, itu semua bukan aku menjadi pemiliknya. Dan sedar, dulunya penting sekarang terasa seperti debu.

Barang memang banyak dalam bilik pensyarah A/1-17 ini. Telefon bedering2, berulang2... panggilan penting tuuuuu... tapi apakan daya.... tiada yang menyahut. Lalu ia terus berdering2. Sana dan sini.

Bila dikeluarkan barang2 itu, ia masih kekal di situ sejak pertama kali diletakkan di situ. Maklum lah tidak ada fenomena gempa bumi, sehingga mengoncang, lalu mengubah kedudukannya.

Tapi aku tahu, itu semua aku simpan sebab atas satu sebab, amanah.... sebab itu aku simpan dan simpan. Aku relakan keluar dengan membawa barang peribadi aku sahaja, seperti surat2, sijil2, diary2... itu sahaja... buku2, pingat2, projek2, dan sebagainya, sila lah ambil alih amanahnya, aku rela....

PC ni pun, kalau nak ambil lah... aku ada passwordnya....

Semua ini cuma kerana aku melihat tidak seperti mungkinnya orang lain melihat. Aku mendengar tidak seperti dulunya aku mendengar. Dan aku berfikir bukannya seperti dulunya aku berfikir.

Pelajar2 PA. Aku sayang ko orang sebab, ko di amanahkan untuk aku. Tapi, ketentuan kita setakat ini, dan selepas ini, marilah berjumpa aku di mana2 pun, aku akan sentiasa sedia berkata2 dan mendengarnya. Tak banyak yang aku dapat sampaikan....

Berbalik kepada pindah. Bukan suatu yang baru bagi aku. Kenapa aku tak menghalang? Menolak? Dan memang sejak dulu, aku tidak pernah menolak, sekalipun di ajak buat jahat. Jahat apa yang aku tak buat? Cakap je... sebab aku tahu aku bukan orang baik2 dulunya... aku declare terus2an dengan semua. Apa ruginya aku, yang malang adalah persepsi ko orang.... hakikatnya aku tak rugi apa pun. Cuma ada satu jahat je yang aku tak sempat buat... bunuh orang.

Sejarah, perjalanan dan masa depan kini jelas apa ertinya. Nikmatinya bukan memilikinya.

Aku suka dengan pelajar2 sekarang, pantas dan kosong. Senang nak isi.

Jika boleh, aku nak pindah dengan username dan password je.... tapi sudah tentu aku memberi kesan fizikal dan mental kepada pengguna bilik ini.

Bilik ini telah disinari dengan lagu2 rock. Mudahan tak banyak hantu yang bertengek cangkung, sebab hantu pening dengar lagu rock aku ni... Susah nak dapat di dunia hiburan luar sana....

Bila dah keluarkan semua barang, penat dan ini lah hasilnya.... tunggu kotak mana?

Lapar pun ia.


--
sulaiman sabikan

Monday, June 13, 2011

Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pekeliling Pentadbiran Bilangan 27 Tahun 2011 berkenaan Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

 

http://www.utem.edu.my/pendaftar/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1049&Itemid=147

 

 

 

E-Learning Info_009 : Subjek Diploma SEM 1 20112012

Salam dan Selamat Sejahtera.

 

1.       Matapelajaran DIPLOMA untuk SEM 1 20102011 telah disediakan di platform e-learning UTeM di http://ulearn.utem.edu.my/ .

2.       Pelajar Baru Diploma perlu login untuk pertama kali dengan menggunakan No Kad Matrik sebagai Username dan No Kad Pengenalan (12digit) sebagai Password.

 

Sekian. Terima kasih.

 

 

. sulaiman sabikan

 

Sunday, June 12, 2011

Dunia sudah di akhirnya.... apa lagi yang nak dikejar dan dicari, jangan lupa kepada Tuhan dan jangan lupa mengenal Tuhan.

Di ulang tajuknya. Dunia sudah di akhirnya.... apa lagi yang nak dikejar dan dicari, jangan lupa kepada Tuhan dan jangan lupa tentang ILMU mengenal Tuhan itu. CV Tuhan. Profile Tuhan. Resume Tuhan. Proposal Tuhan. Petunjuk-petunjuk Tuhan.

Sebab rahmatNya yang kita TAGIH di akhirat sana, dan BUKANNYA PAHALA yang menjulang tinggi sehingga menembus awan biru disembahkannya... semua itu bukan seperti tiket konset rock. Kalau tak kenal Tuhan, macam mana nak cari Tuhan di sana nanti..... Cewahhhh...

Sedang dunia di wataki oleh pelbagai jenis manusia yang bernafsu kental lagi gagah lagi berkuasa, mana lagi celah dunia yang mahu di kejar. Kejar lah... kita akan berlawan dengan tentera2 nafsu2, cubalah berlawan dengan nafsu-nafsu mereka, sedangkan Tuhan pun dipermainkan, diolok-olokan apalagi yang nafsu akan buat kepada manusia-manusia itu. Ditenyeh2 je, disiku2 je, dipijak2 je manusia ini.

Sedang syaitan tahu kemana seharusnya manusia itu tuju, tapi sengaja syaitan mengarahkan manusia kejalan lain. Nafsu itu sendiri yang memberi jalan besar tanpa tol kepada syaitan-syaitan. Naik Lamborghini laju2.... 

Ingat lah pesan hamba. Jangan lupa kepada Tuhan, sebab, bukankah Tuhan itu yang TERAMAT PENTING.

Tuhan memilih, manusia memilih, syaitan memilih. Dan apa pilihan Tuhan?

Tuhan telah memilih untuk MENCINTAI dan MENYAYANGI manusia.

Tapi,

Apa yang manusia pilih?

Manusia memilih untuk MEMBENCI dan MEMUSUHI Tuhan.

pelik, memang pelik.

Tuhan di biarkan, dikemudiankan, nafsu manusia di dahulukan. Ini lah hakikatnya kehidupan yang dah terputus dari wahyu sejak beribu tahun dahulu.

Sepenting mana Tuhan itu dalam kehidupan?

Ia tersangat penting dan ayat2 tak mampu nak berkata2.

Fikirlah dengan akal fikiran yang terarah. Apa pilihan kita, untuk MENCINTAI TUHAN, untuk MENYAYANGI Tuhan atau sebaliknya. Sedangkan Tuhan sudah memilih untuk itu!!!! . Nak koner2 mana lagi??????


Lalu dengan apa mahu dibuktikan? Lalu bagaimana mahu dimulakan? Bukankah selama ini kita sudah melaksanakan suruhan2 Tuhan sebaik mungkin..... Cisssss.... jangan kamu berkira2. Berfikir baik itulah masalahnya... ini lah masalahnya... dipermainkan nafsu....

Jangan salahkan Tuhan nantinya. Seperti kita menyalahkan kesilapan orang lain sekarang ini.....


Setakat ini sahaja catatan hamba, sepintas lalu. Agar dikesempatan yang ada ini, sama-sama kembalikan Tuhan kepada manusia dan bawakan Tuhan kepada manusia. Tiada jalan lain. Strategi Tuhan untuk akhir zaman. Bagaimana awalnya? Begitulah akhirnya.....

Ehhhh.... apa bezanya Tuhan dengan Agama dengan Islam dengan Iman dengan Takwa dengan Redha dengan Ketentuan dengan Takdir dengan Usaha dengan Khalifah dengan ILMU dengan Kemanusiaan dengan Kebahagiaan dengan Kehidupan dengan Kematian.... huhuhuhuhu....



--
sulaiman sabikan

Tuesday, June 7, 2011

Peniaga, ahli akademik perlu jalin kerjasama - TPM

Perhubungan mesti dua hala.

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via Utusan Online on 6/06/11

KUALA LUMPUR 7 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa komuniti perniagaan menjalin kerjasama erat dengan ahli akademik dan kumpulan pemikir ke arah membudayakan amalan inovasi dalam perniagaan.

 
 

Things you can do from here: