2. Sepertimana
sedia maklum, semasa Ucapan Bajet 2013 pada 28 September 2012 Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa kerajaan
akan meneruskan pemberian baucer buku kepada pelajar IPTA/IPTS tempatan dan
Politeknik secara One-Off dengan kenaikan dari RM200.00 kepada RM250.00.
3.
Sehubungan itu, BB1M 2.0 akan mula diedarkan kepada pelajar seperti ketetapan
berikut:
Bil
|
Fakulti
|
Tarikh
|
Tempat
|
Masa
|
1.
|
FKE
|
04 Mac 2013
|
Aras 1, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar
|
9.00 pg
–
4.30 ptg
|
2.
|
FKEKK
|
04 Mac 2013
|
||
3.
|
FKP
|
05 Mac 2013
|
||
4.
|
FTMK
|
05 Mac 2013
|
||
5.
|
FKM
|
06 Mac 2013
|
Dewan UTeM 1, FTK
|
|
6.
|
FTK
|
06 Mac 2013
|
||
7.
|
FPTT
|
06 Mac 2013
|
Bilik Konvensyen, FPTT
|
4. Para
pelajar dikehendaki datang mengambil BB1M 2.0 pada tarikh yang
ditetapkan. Waris atau wakil tidak dibenarkan untuk mengambil baucar
tersebut.Sila bawa kad matrik dan kad
pengenalan semasa mengambil BB1M 2.0 untuk tujuan pengesahan.
5. Semasa
pengambilan baucar, tindakan yang perlu
dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:
i.
Pelajar hendaklah
mengemukakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan kepada petugas kaunter.
ii.
Pelajar hendaklah mengesahkan nombor
baucar (5 keping baucar bernilai RM50.00 setiap satu).
iii. Pelajar hendaklah menulis nama dan nombor Kad
Pengenalan pada setiap keping baucar.
iv. Pelajar hendaklah menurunkan tandatangan di
senarai pengambilan baucar.
6.
Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pemberian BB1M Tahun 2013 dari
Kementerian Pengajian Tinggi untuk rujukan saudara/saudari seperti yang
dipaparkan di laman web BB1M www.mohe.gov.my/bb1m . Dimohon semua pelajar mematuhi garis
panduan ini. Penyalahgunaan BB1M 2.0 akan
dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas
kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
7.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai di Unit Biasiswa dan
Akaun Pelajar, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari
di talian 06-331 6094/6117/6118/6119/6120.
Sekian,
UNIT
BIASISWA DAN AKAUN PELAJAR
BAHAGIAN
PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
PEJABAT
BENDAHARI
UNIVERSITI
TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA