Pages2

Friday, September 30, 2011

Sesi Ramah Mesra Pelajar FTK Bersama PNC HEPA



Tarikh: 3 Oktober 2011 (Isnin)
Masa: 1.00 petang - 2.00 petang
Tempat: Kafeteria Kampus Industri (Cubic)  
  


Sekian, harap maklum.

Sunday, September 25, 2011

Universiti Model Kedua, UTeM adalah pertama.

Sememang tidak salah bagi pihak UTeM menggunakan istilah sebagai universiti awam teknikal pertama di Malaysia. Ia adalah model universiti jenis kedua. Jangan di samakan dengan universiti awam yang telah sedia lama wujud. Itu universiti model pertama.

Mana mungkin, kedai tayar nak di samakan dan dibandingkan dengan kedai cat. Masing2 ada peranan dan fungsi.

Friday, September 23, 2011

FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY, UTeM RECIEVED ITS FIRST BATCH OF 362 STUDENTS



Image
Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM.

Konsep pengajian secara ‘hands on’ yang dilaksanakan dalam program Teknologi Kejuruteraan UTeM bakal melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan amat digemari oleh pihak majikan.
Konsep pengajian secara ‘hands on’ yang dilaksanakan dalam program Teknologi Kejuruteraan UTeM bakal melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan amat digemari oleh pihak majikan.

(Full Article in Bahasa Melayu)

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UTeM CATAT SEJARAH TERIMA 362 PELAJAR PERINTIS PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN


Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) yang merupakan fakulti terbaru yang ditubuhkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencatatkan sejarah baru kerana telah menerima sebanyak 362 orang pelajar baru selaku perintis program Teknologi Kejuruteraan di universiti ini sekaligus dalam kalangan IPTA Malaysia.

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan dalam kenyataanya berkata, kemasukan golongan pelajar perintis ini sangat penting dan memberi makna besar dalam usaha melahirkan golongan Teknologis Kejuruteraan yang diperlukan oleh negara kita.

Ini selari dengan hasrat negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi yang lebih menjurus kepada penerokaan yang lebih lebar lagi dalam bidang teknologi tinggi negara dan kepesatan industri seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Manakala Dekan FTK Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff pula berkata, golongan pelajar perintis program Teknologi Kejuruteraan telah memulakan kelas pengajian pada minggu ini. Program Teknologi Kejuruteraan menawarkan 10 kursus yang bersandarkan kepada empat bidang utama kejuruteraan.

Empat bidang utama tersebut ialah teknologi kejuruteraan elektrik, teknologi kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan komputer, teknologi kejuruteraan pembuatan dan teknologi kejuruteraan mekanikal.

Para pelajar perintis program teknologi kejureteraan ini telah ditempatkan di Kampus Industri UTeM yang berlokasi di Taman Tasik Utama Ayer Keroh. Sememangnya kewujudan Kampus Industri UTeM amat bertepatan sekali dengan konsep pengajian bidang ini yang berkaitan langsung dengan industri.

Dari segi konsep pengajian program teknologi Kejuruteraan UTeM ini amat unik dan mementingkan tahap kompetensi yang tinggi yang menekankan kepada konsep ‘hands on’ dan komponen pembelajaran secara amalan dan praktikal yang diperlukan oleh industri berteknologi tinggi.

Tambah beliau lagi, pihak FTK dan UTeM akan terus mempergiatkan usaha promosi program Teknologi Kejuruteraan ini di seluruh negara secara lebih komprehensif. Ini adalah untuk memaklumkan bahawa peluang keemasan ini terbuka kepada semua pihak.

Peluang ini juga terbuka terutamanya kepada pelajar sekolah terutama pelajar lepasan teknik dan vokasional selari dengan agenda yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Komen Ehsan : Sambutan amat menggalakkan, dan, dengan jangka masa yang singkat, usaha UTeM telah memberi kesan baru kepada persekitan pendidikan tinggi di Malaysia. Dan, momentum ini akan terus berkembang dan menjadi rebutan. Kerana? Sejak 1995 persekitaran pendidikan teknikal seperti ini telah di kaji dan di dalami. Penzahirannya baru kini. Setelah, 16 tahun, mengelamun dan ada yang berperang. Memang ia belum sempurna. Tapi, inilah langkah pertama.

Komen gila : Begitu jugalah hidup. Banyak pelajaran ada di ruang sejarah baru ini. Sejarah ini hakikatnya bukan lagi untuk tontonan, cuma pelengkap pengakhiran. Mahu jadi hero? Hero kepada siapa? Hidup untuk apa? Nikmat? Bahagia? Cissss.... akal menjawab, hati kelu, jiwa mati. Nenek moyang di sandar bulat2. Mana kedudukan Tuhan itu? Nak letak celah mana?

Komen jiwang : Selamat Datang. Hiduplah dengan jiwa yang tenang di FTK, wahai pelajar-pelajar. Apa yang sama di FTK dengan Mekkah dan Mogadisu?

Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT

Pejabat HEPA telah dipilih untuk menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT mulai 23-27 September 2011 di bilik-bilik kuliah FKEKK dan FKE dari jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang. Pertandingan akhir akan diadakan di Dewan Besar UTeM pada 27 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.


Semua warga UTeM adalah dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan debat ini.

Thursday, September 22, 2011

Program Perjumpaan Pelajar FTK dengan PA pada 24/09/2011 (Sabtu) di Dewan Pusat Sukan

Untuk makluman semua penasihat akademik (PA), satu program perjumpaan antara pelajar dan penasihat akademik akan diadakan pada 24/09/2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Pusat Sukan, Kampus Induk UTeM.

Ringkas tentatif adalah dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

Tahu tak di mana Pusat Sukan tu?

AHMAD HAFIZ jangan tak datang yek....

Terima kasih.

Admin U-Learn FTK dan FKE

Kepada pelajar FKE,

Suka, gembira dan puas adalah suatu anugerah.

Dahulu saya adalah admin ulearn di FKE. Saya suka, gembira dan puas dengannya. Terdapat lebih kurang 1600 pelajar yang sedia berdaftar di platform tersebut, ada yang telah graduate dan ada yang sedang aktif dan sudah tentu ada yang baru, dan perlu di daftarkan.

Wahai pelajar baru FKE, sila merujuk kepada, JK ICT FKE untuk bantuan, pertolongan dan makluman tentang u-learn.

ps: Walaubagaimanapun, untuk kes "lupa password" saya sedia membantu.

Sekian sahaja dan saja.

Tuesday, September 20, 2011

PENCAPAIAN CEMERLANG UTeM DI PECIPTA 2011

CRIM mewakili pihak Pengurusan Universiti mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua penyelidik UTeM yang telah berjaya memenangi 1 Special Award, 3 Gold, 6 Silver dan 4 Bronze di Persidangan & Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 (Pecipta 2011) pada 13 – 15 September 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pencapaian ini adalah yang terbaik berbanding dengan penyertaan UTeM di PECIPTA sebelum ini.

Kejayaan ini juga merupakan berkat usaha, komitmen dan doa semua warga UTeM dan adalah diharapkan usaha ini akan berterusan serta dapat menyuntik semangat kepada semua penyelidik UTeM untuk terus berjaya dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pihak Pengurusan Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan CRIM merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang dicurahkan dalam memastikan kejayaan tersebut.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)

NO.

RESEARCHER

FACULTY

TITLE

AWARD

1.

EN. MUHAMMAD HERMAN BIN JAMALUDDIN

NURUL AKMA MOHD IDRIS

FKE

MOTORCYCLE COORDINATE LOCALIZATION SYSTEM USING GPS TECHNOLOGY

GOLD AND SPECIAL AWARD

2.

EN. MOHD FARRIZ BASAR

CIK NORHASLINDA HASIM

FTK

SMART MOTORCYCLE SAFETY VEST (SMS-V)

GOLD

3.

EN. MAZRAN ESRO

EN. PUBALAN GANESON (S)

EN. SIVA KUMAR SUBRAMANIAM

EN. ZULKIFLI SHARIFF

FKEKK

NOISE DETECTION SYTEM FOR AREA MONITORING SYSTEM (DBSENSE)

GOLD

4.

PROF. DATO' DR. MOHAMAD KADIM BIN SUAIDI

EN. SIVA KUMAR SUBRAMANIAM

EN. VIGNESWARA RAO GANAPATHY

EN. MAZRAN ESRO

PROF. ABDUL HAMID HAMIDON

PUBALAN GANESON

FKEKK

FLOOD OBSERVATORY SYSTEM

SILVER

5.

ENGR. SIVA KUMAR A/L SUBRAMANIAM

MR. MAZRAN BIN ESRO

ENGR. ZULKIFLI BIN SHARIFF

PROF. DR. MUHAMMAD GHAZIE BIN ISMAIL

PROF. DATO' DR. MOHAMAD KADIM BIN SUAIDI

FKEKK

SINGLE DISPLAY TRAFFIC LIGHT SYSTEM FOR COLOUR VISION DEFICIENCY DRIVERS WITH EMBEDDED REAL TIME FAULTS NOTIFICATION SYSTEM

SILVER

6.

DR. KOK SWEE LEONG

PROF. ABDUL HAMID BIN HAMIDON

DR. SOO YEW GUAN

EN. DAVID YAP FOOK WENG

EN. NORIZAN BIN MOHAMAD

FKEKK

PIEZOELECTRIC ENERGY HARVESTING DEVICES

SILVER

7.

PN. ROSELIZA YATIM

MAZRAN ESRO

SIVA KUMAR SUBRAMANIAM

AW FANG LI

FKEKK

SELF- ALGORITHM TRAFFIC LIGHT SYSTEM FOR T-JUNCTION

SILVER

8.

EN. ZULKIFLI SHARIFF

EN. MAZRAN ESRO

EN. SIVA KUMAR SUBRAMANIAM

EN. PUBALAN GANESON

FKEKK

BLOOD DONOR SCALE WITH REAL TIME OPTIMIZER SYSTEM (DONOR-SCALE)

SILVER

9.

PN. NORHIDAYAH MOHAMAD YATIM

ERYANA EIYDA BINTI HUSSIN

FKEKK

FARM MANAGEMENT SYSTEM USING RFID

SILVER

10.

EN. MOHAMAD ZOINOL ABIDIN BIN ABD. AZIZ

PROF. DATO' DR. MOHAMAD KADIM BIN SUAIDI

EN. AZAHARI BIN SALLEH

PN. ZAKIAH BINTI DAUD

MUHAMMAD FAIZ BIN ABD. KADIR

PROF. MADYA DR. MOHD KAMAL BIN A RAHIM

FKEKK

A NOVEL DOUBLE STAGE WIRELESS MIMO CHANNEL CAPACITY IMPROVEMENT BY USING X POLARIZED ANTENNA

BRONZE

11.

PROF. MADYA MUHAMMAD SYAHRIR BIN JOHAL

VIGNESWARA RAO GANNAPATHY

MOHD RIDUAN AHMAD

PROF. DATO' DR. MOHAMAD KADIM BIN SUAIDI

FKEKK

GREEN COOPERATIVE MEDIUM ACCESS CONTROL PROTOCOL FOR WIRELESS

SENSOR NETWORK

BRONZE

12.

EN. AHMAD YUSAIRI BIN BANI HASHIM

EN. MOHD HAZWAN BIN ZULKIFLI

EN. MOHD IBRAHIM BIN RAHMAT

FKP

AUTOMATIC WATER RE-FILLING ON PADDY FIELD WITH WATER TREATMENT

BRONZE

13.

PN. FARA ASHIKIN BINTI ALI

EN. MOHD FAREEZIE BIN ABU HASSAN

FKE

MOBILE SECURITY ROBOT

BRONZE

Friday, September 9, 2011

Oh Jadual Waktu... Adakah ini Jadual hidup?


Lalu, yang bagaimana jadual kehidupan?

Senarai Pelajar PA Sulaiman Sabikan

Terdapat seramai 19 orang setakat jam ini. Selamat Datang.

  1. NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SES
  2. NURSHAZLINA BINTI SUHAIMY
  3. PAVITHAN SRI A/L SOUNDARARAJAN
  4. SITI FARAH HANIM BINTI A.AZIZ
  5. SITI MARYAM BINTI MD NOR
  6. WAN WAFIY IFFAT BIN WAN JUSOH
  7. ZULAIKA BINTI MOHD ZAIN
  8. ZULFAEEZ BIN JAMALUDIN
  9. NUR FADZLIANI
  10. ABDUL RAZAK BIN TAHIR
  11. ABU HUZAIFAH BIN MOHD HASHIM
  12. AHMAD HAFIZ BIN AYOB
  13. AHMAD HAFIZ BIN AYOB
  14. CHE WAN NORHIAH BINTI CHE WAN MANSOR
  15. DZUL AFIZAN BIN YUSUF
  16. HABIBULLAH BIN IBRAHIM
  17. HAFIZUDDIN BIN OTHMAN
  18. MIOR KAMALRUL BIN MIOR ABD AZIZ
  19. MOHAMAD AZMI BIN HALIM
Pelajar no 1-9 mengikuti kursus BTEA. Dan Pelajar seterusnya mengikuti kursus BTEK.
Matlamat mereka datang ke sini, entah... hati manusia siapa yang tahu kalau bukan Tuhan dan diri mereka sendiri. Walau sering berlaku, diri sendiri pun tidak tahu, apa kata sang hati itu.

7 perempuan. 2 orang sama tapi tak serupa..AHMAD HAFIZ BIN AYOB....!!!! Saya suka... berilah masa untuk mengenali saya. Saya bukannya lama di sini. Pergi sebelum kalian pergi...


Zahirnya, dari pancaran mata mereka, tinggi pengharapannya. Nombor 143 mungkin nilai yang perlu mereka ketahui setakat ini. Kredit minimum untuk penganugerahan.

Manusia memang suka dengan penganugerahan. Tak percaya?

Selamat datang anak-anak...

Bagaimana untuk mendaftar matapelajaran di UTeM

Tajuk kepada post ini adalah seperti tajuk carian kebuntukan seorang pelajar untuk membuat pendaftaran matapelajaran di UTeM. Dan dia menggunakan carian di internet. Dan mungkin di sini ada jawapan.

Bila berhadapan masalah kerja dan juga bersama komputer dan internet, sikap kita akan seperti bila berhadapan dengan kalkulator dan masalah matematik. Bila di tanya, 4.5 kali 100, pun akan menggunakan kalkulator. Sedangkan ia kiraan yang mudah.

Pendaftaran boleh dilakukan di dalam portal SMP (link di bawah). Ia adalah satu modul lengkap bagi pelajar.

Di dalam modul tersebut terdapat, perkara-perkara berikut :-
  1. Pengambilan Pelajar
  2. Maklumat Pelajar
  3. Kediaman Pelajar
  4. Matapelajaran Pelajar
  5. Markah dan Keputusan
  6. Semester Khas
  7. Laporan
  8. Disiplin Pelajar
  9. Akaun Pelajar
  10. Alumni Pelajar
  11. Penasihat Akademik
  12. Pengurusan Jadual Waktu
  13. Jubah Konvokesyen
  14. Kemahiran Insaniah

User Manual - Modul Pendaftaran Pelajar Bersama Penasihat Akademik

SMP Link



:: Sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6.0 ke atas untuk login ke dalam Portal SMP di atas ::