Pages2

Thursday, July 14, 2011

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

 
 

Sent to you by sulaiman via Google Reader:

 
 

via CariGold Forum by hab81020 on 13/07/11

BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.

Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.

Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.

Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.

Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.

"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.

"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.

Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP


http://www.youtube.com/watch?v=I6TAguL2nFU

http://www.youtube.com/watch?v=pk7vO7uDjeI

 
 

Things you can do from here:

 
 

Wednesday, July 13, 2011

Semakan Arah Kiblat

 

Semakan Arah Kiblat Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah

 

      Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.  Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.

Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku pada 16 Julai 2011 5.28 petang waktu Malaysia.

Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah.

      Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan fenomena ini bagi mendekatkan diri lagi ke hadrat Allah s.w.t dan bertambah taqwa kepada-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang berlumba-lumba mencari kebaikan dan berjaya di dunia mahupun di akhirat.

 

Sunday, July 10, 2011

Adakah kita merasa MENYESAL tika saat menjalani hidup ini?

" Mana ada makhluk merasa MENYESAL tika saat dia menyembah Yang Maha Esa. (Contohnya ketika sedang menjalani solat).

Begitu juga HIDUP, adakah kita merasa MENYESAL tika saat menjalani hidup ini?

Kalau ada rasa menyesal demikiannya hidup kita ini, begininya hidup ini, begitunya hidup ini.... lalu persoalannya ialah....

mana Tuhan kita? 


Dalam sedar atau tidak sedar, dalam nyata atau tidak nyata, Tuhan itu sudah hilang!!! dari kita, tapi kita datang dari Tuhan,.... Tuhan tak pernah hilang.....ehhh pelik pulak...

Lalu, peringatan ini adalah peringatan, Quran itu adalah peringatan dan peringatan...

Wahai teman2, tiada salahnya hidup kita ini... berbuatlah apa sahaja, belajar, mengajar, berrnd, berseronok2, berjiwang2,... Allah tak pernah MELARANG!!!

buatlah.... tapi dalam itu, ada larangan!!!! Dan LARANGAN dari Allah yang UTAMA ialah ......




Jangan lakukan Syirik pada TUHAN. Zahir atau batin.

Janganlah katakan, nasibku bergantung kepada rakyat. - mana Tuhan? (mensyirikkan ketentuan Tuhan dengan undi rakyat)

Janganlah katakan, rezekiku bergantung kepada perniagaan besi buruk ini. - mana Tuhan? (mensyirikkan rezeki dr Tuhan dengan perniagaan besi buruk)

dsb.....

 

Lalu akhirnya.... menyesal tak dipindahkan ke FTK ini?  Aku katakan, aku tidak menyesal, dan ko orang cam ne?????? Kalau ingin berjumpa, kini mulailah di FTK, iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kampus Industri, Hang Tuah Jaya.


Website Admin, E-Learning Admin, PSM Admin, JK PSM, JK ICT, tidak lagi diamanahkan kepada saya. Terima kasih kepada SEMUA.


"



--
sulaiman sabikan

Tuesday, July 5, 2011

Nombor Telefon Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), UTeM, JUN 2011

1)  Puan Rohana binti Abdullah - Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan Industri),    :   06-234 6512

2)  Encik Ahmad Zubir bin Jamil - Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Elektrik)   :   06-234 6506

3)  Encik Rostam Affendi bin Hamzah - Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Elektronik & Komputer)   :  06-234 6508

4)  Encik Nur Rashid bin Mat Nuri @ Md. Din - Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Mekanikal)   :   06-234 6517

5)  Encik Engr. Zulkarnain bin Marjom - Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Pembuatan)   :   06-234 6523

6)  Encik Azhar bin Mohd Salleh - Ketua Penolong Pendaftar   :   06-234 6527

7)  Encik Mohamad Fuad bin Ja'afar - Pen. Pegawai Tadbir Kanan   :   06-234 6524

8)  Cik Nordiana binti Md Lamin - Setiausaha Pejabat   :   06-234 6528

9)  Puan Haslina binti Abu - Pembantu Akauntan   :   06-234 6623

10) Puan Noor Hafiza binti Othman - Pembantu Tadbir (P/O)   :   06-234 6623

11) Encik Fadzly bin Nordin - Pembantu Tadbir (P/O)   :   06-234 6623

12) Encik Ahmad Fitri bin Adam - Pembantu Am Pejabat   :   06-234 6623

 

Talian faks di FTK adalah  :  06-234 6526


--
sulaiman sabikan

UTeM OFFERS 10 NEW COURSES IN ENGINEERING TECHNOLOGY – AN EFFORT IN PRODUCING MORE TECHNOLOGISTS FOR THE NATION

UTeM TAWAR 10 KURSUS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN – SAHUT SARANAN KERAJAAN LAHIRKAN LEBIH RAMAI JURUTERA TEKNOLOGI DALAM NEGARA

Peranan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) semakin menyerlah apabila berjaya menawarkan 10 kursus baru dalam bidang teknologi Kejuruteraan yang akan memulakan pengambilan pelajar barunya pada bulan September tahun ini.

Mengulas lanjut Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata, 10 kursus teknologi kejuruteraan ini merupakan antara perkara utama yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir profesional dan pakar dalam bidang teknologi kejuruteraan menjelang tahun 2015.

Lantaran itu kursus teknologi kejuruteraan ini merupakan program yang sememangnya mendapat perhatian utama pihak industri dan majikan Malaysia kerana graduan dalam bidang ini dilengkapkan dengan kemahiran dan kepakaran serta kompeten dalam melaksanakan tugas selaku jurutera teknologi.

Tambah beliau lagi, bagi memenuhi matlamat ini pihak UTeM telah membentuk konsep pengajian teknologi kejuruteraan ini bertepatan dengan keperluan dan saranan daripada pihak industri iaitu konsep pengajian secara praktikal atau 'Hands On'.

10 kursus teknologi kejuruteraan ini merangkumi kursus Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan kepujian pengkhususan dalam Kuasa Industri, Automasi Industri & Robotik. Seterusnya Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal pengkhususan dalam Sistem Penyejukan & Penyaman Udara serta pengkhususan dalam Teknologi Penyelenggaraan.

Bagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan pula menawarkan pengkhususan dalam Proses dan Teknologi serta Rekabentuk Produk. Seterusnya Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik pengkhususan Telekomunikasi dan akhir sekali Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer dengan pengkhususan Sistem Komputer.

Pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus teknologi kejuruteraan ini terbuka untuk semua pelajar lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma dari semua IPT dalam negara serta peluang ini juga terbuka kepada para lepasan diploma bidang teknikal dari semua institusi teknikal dalam negara kita.

Lanjutan itu Ahmad Yusoff berkata, pihak UTeM sememangnya sudah bersedia dalam semua aspek dan perkara bagi melaksanakan program baru ini secara konsisten dan bersepadu.
UTeM memiliki ramai tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman luas dalam bidang teknologi kejuruteraan ini yang terdiri daripada golongan Pensyarah dan Jurutera Pengajar yang memiliki pengetahuan, kepakaran, pengalaman dan pendedahan luas dalam bidang teknologi kejuruteraan ini.

Tambahan itu dari sudut fasiliti pula UTeM telah dilengkapi dengan makmal canggih dan berteknologi tinggi yang mana sebahagiannya disumbangkan oleh pihak industri dari dalam dan luar negara.

Makmal canggih dan berteknologi tinggi yang terdapat di UTeM ini memenuhi keperluan dan berpadanan dengan kehendak semasa industri. Sekaligus keadaan ini memberi pakej lengkap buat UTeM dalam melahirkan graduan yang sememangnya bertepatan dengan permintaan semasa daripada pihak industri.



--
sulaiman sabikan

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SECARA ONLINE BAGI JAWATAN BUKAN AKADEMIK (LANTIKAN KONTRAK) DI UTEM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia  yang berkelayakan  dan berumur tidak kurang dari 18 tahun  untuk mengisi kekosongan jawatan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan) di Universiti ini seperti yang diiklankan di poster iklan yang telah ditampal di semua Pusat Tanggungjawab dan laman web Universiti bermula 4 Julai 2011. Untuk makluman, lantikan bagi jawatan ini adalah secara KONTRAK sahaja.

 

Tarikh akhir permohonan melalui sistem permohonan jawatan secara online mestilah tidak lewat dari 17 Julai 2011. Sebarang pertanyaan, sila hubungi  Cik Nadiah / En Izwan di talian 06-3316126 (Unit Perjawatan Bukan Akademik).



--
sulaiman sabikan