Pages2

Monday, February 28, 2011

Kuliah Minggu 8 dan seterusnya

MSI Combinational Logic Circuit (2-3 Hours) - belum VLSI!

1. Adder. 74XX83. Full Adder 4 bit.

2. Decoder. 74XX138. 3-8 bit. Active low output. Develop TT and draw internal logic circuit. One application example.














3. Encoder. 74XX147. Internal logic circuit?





4. Multiplexer. MUX. 74XX157/151. Data Selector. Useful in generation of comb. logic function in SOP form. Example.














5. Demultiplexer. DEMUX. Data Distributor.74XX154. 16 bit output. Chip Select function.



Contoh di sebelah adalah application MSI. Decoder 8-256 dan MUX 256-8. 8 tu adalah 8 bit address bus, dan data bus 16 bit. Ada 256 register 16 bits. Setiap register boleh dicapai dengan address 8 bit yang unik. Register tu guna FF (Flip-Flop). Kita belajar dalam Chap 7. Kemudian ada pin Write dan Clock signal.
Bila address ada, Write ada signal dan kena pada clock edge, data yang ada pada 16 bit data bus akan dicopy ke dalam register...
Pemahaman ini, menghampiri fikiran anda kepada mesin.




















Next Kuliah Latches & Flip-flops (3-4 Hours).

Coming, Counter Register (3-4 Hours).

Last, PBL presentation.

BCD to 7 Segment


Pull down resistor is 470 Ohm.

For limiting current through 7 segment display, we need 220 or 330 Ohm resistor.

5x7matrix of LED's, PIC and Proteus Simulation

Simulation 5x7 Matrix LED with continuous three modes of display.

The Circuit














Display ABCDEFGHI in three different modes

1. Blinking, then
2. Moving from Left, and
3. Moving from Right

Documentation and Software

Youtube video
(SnagIt 5.0 version.... to old laaa.... first time created with any movie editing. The output file from SnagIt is AVI, then convert to WMV format to upload into the Youtube...more light.. successes... but no sound). My Windows Movie Maker in Vista always execute problem.)


2 Jenis 5x7 matrix LED
Common Cathode(ROW) - Left
Common Anod (ROW) - Right

Rujukan.

Friday, February 25, 2011

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SECARA ONLINE BAGI JAWATAN BUKAN AKADEMIK TAHUN 2011


Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia, 
  

Y.Bhg. Datuk / Dato' / Prof. / Prof. Madya/ Dr./ Tuan / Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia  yang berkelayakan  dan berumur tidak kurang dari 18 tahun  untuk mengisi kekosongan jawatan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan) secara online di Universiti ini seperti yang diiklankan di akhbar Melaka Hari Ini, poster iklan dan laman web Universiti bermula 26 Februari 2011.
 
3.         Sehubungan dengan itu, kepada staf sedia ada (Bukan Akademik) berstatus Kontrak/ Sementara/Sambilan yang berhasrat untuk mengisi jawatan yang berkaitan secara TETAP, perlulah membuat permohonan perjawatan secara online di laman web UTeM www.utem.edu.my  
 
4.         Tarikh akhir permohonan melalui sistem permohonan jawatan secara online mestilah tidak lewat dari 20 Mac 2011. Sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada :
Bukan Akademik  :  perjawatan@utem.edu.my
Atau telefon          :  06-3316022/6126 (Bukan Akademik)
 
Perhatian dan kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk / Dato' / Prof. / Prof. Madya/ Dr./ Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Wassalam.
 
Unit Perjawatan Bukan Akademik,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

 



--
.sulaimansabikan

Monday, February 21, 2011

Penyelidik UTeM Cemerlang di Malaysia Technology Expo 2011

MTE 2011 RESULTS

17 - 19 JANUARY 2011, KLCC, KUALA LUMPUR

(1 SPECIAL PRIZE, 1 THE BEST AWARD, 2 GOLD, 5 SILVER, 11 BRONZE)

NO.

RESEARCHER

FAKULTY

TITLE

AWARD

1.

En. Anuar bin Mohamed Kassim

En. Muhammad Herman Bin Jamaluddin

En. Mohd Saiful Izzat bin Mat Zahari

En. Mohd Irwan Effendi bin Mazalan

Faculty of Electrical Engineering (FKE)

MY 2nd EYE

SPECIAL PRIZE (Asia Innovation Academy),

THE BEST AWARD,

GOLD

2.

Engr. Siva Kumar A/L Subramaniam

En. Mazran bin Esro

Pn. Siti Huzaimah binti Husin

Faculty of Electronics and Computer Engineering(FKEKK)

Novel Approach with Single Traffic Light Display For Colour Blind Friendly Featuring

GOLD

3.

En. Mohd Farriz bin Basar

En. Khalil Azha bin Mohd Annuar

Faculty of Electrical Engineering (FKE)

Smart Motocycle safety Vest (SMS-V)

SILVER

4.

En. Ridza Azri bin Ramlee

En. Mazran bin Esro

Engr. Siva Kumar A/L Subramaniam

En. Khairul Azha A. Aziz

Faculty of Electronics and Computer Engineering(FKEKK)

Smart Home Via Phone Bluetooth (Smart Home Blue)

SILVER

5.

Dr. Zamberi bin Jamaluddin

Engr. Lokman bin Abdullah

En. Mohd Faizal bin Halim

Pn. Nur Aidawaty binti Rafan

Pn. Syamimi binti Shamsudin

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

RFID Smart Mini market System

SILVER

6.

En. Mohammad Radzi bin Motsidi

En. Nur Azman bin Abu

En. Mohd Zaki bin Mas’ud

Faculty of Information and Communication Technology (FTMK)

Digital Audio Copyright Protection (DACoP)System

SILVER

7.

Pn. Nurdiana binti Nordin

En. Syahrim bin Nik Anwar

En. Mohd Nazrin bin Muhammad

En. Mohd Rusdy bin Yaakob

Faculty of Electrical Engineering (FKE)

WiND (Wireless Information For Next Destination)

SILVER

8

Engr. Ranjit Singh Sarban Singh

Engr. Siva Kumar A/L Subramaniam

Cik Siti Aisyah binti Anas

Faculty of Electronics and Computer Engineering(FKEKK)

Energy Optimization of Transit-System Based on Occupancies-Count

BRONZE

9.

En. Mazran bin Esro

Engr. Siva Kumar A/L Subramaniam

Engr. Zulkifli Bin Stariff

Faculty of Electronics and Computer Engineering(FKEKK)

Multi-Point Noise Detaction for Area Monitoring System in Compliance with Occupational Safety and Health (OSH) Legal Riquirement.

BRONZE

10.

En. Mohamad Zoinol Abidin bin Abd. Aziz

Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi

En. Mohammad Faiz bin Abd Kadir

Pn. Zakiah binti Daud

En. Azahari bin Salleh

Faculty of Electronics and Computer Engineering(FKEKK)

Wireless Mimo Beamforming System with Polarization Diversity

BRONZE

11.

Engr. Vigneswara Rao Ganapathy

Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi

Prof. Madya Muhammad Syahrir bin Johal

En. Mohd Riduan bin Ahmad

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP) & Faculty of Electronics and Computer Engineering (FKEKK)

Adaptive Concurrent Medium Acces Control Protocol for High Density Wireless Mesh Network

BRONZE

12

Professor Dr. Md. Dan bin Md. Palil

En. Saifuddin Hafiz bin Yahaya

En. Ahmad Mustafa bin Ali

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

Prof E-TRI(Emergency Triangle, Segi Tiga Kecemasan)

BRONZE

13.

En. Mohd Yuhazri Yaakob

En. Lum Khai Yean)

Ir. Dr. Puvanasvaran A/L A. Perumal

En. Hasoloan Haery Ian Pieter

En. Kamarul Amir Mohamed

En. Jeefferie Abd Razak

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

Light Noihester Proof: A New Innovative Ceiling Panel

BRONZE

14.

Ir.Sivarao Subramonian

En. Khairol Anuar Bin Rakiman

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

Unmanned Grass Cutter

BRONZE

15.

Prof Madya Dr Faaizah Shahbodin

Puan Nor Haslinda Ismail

Faculty of Information and Communication Technology (FTMK)

PBLAccess

BRONZE

16.

Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Talib Bin Din

En. Mohd Yuhazri bin Yaakob

Faculty of Mechanical Engineering (FKM)

Recreational Water Wheel For Green Energy Generation (Miniature Model)

BRONZE

17.

Dr. Khisbullah Hudha

Em Poh Ping

En. Mohd. Zakaria Mohd. Nasir

En. Faizul Akmar Abd. Kadir

Faculty of Mechanical Engineering (FKM)

Hardware In The Loop Simulation Of Automatic Steering Control For Driverless Vehicle

BRONZE

18.

Ir. Dr. Tan Chee Fai

Dr. Wei Chen (Eindhoven University Of Technology)

Prof. Dr. Matthias Rauterberg (Eindhoven University Of Technology)

Faculty of Mechanical Engineering (FKM)

Smart Neck Support System For Stress Free Air Travel

BRONZE



1 SPECIAL PRIZE, 1 THE BEST AWARD, 2 GOLD, 5 SILVER, 11 BRONZE

Wednesday, February 16, 2011

Bengkel Sistem Pengurusan e- Pembelajaran (SPeL)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP) akan menganjurkan Bengkel Sistem Pengurusan e- Pembelajaran (SPeL) seperti ketetapan berikut:-

 

Tajuk kursus               :   Bengkel Sistem Pengurusan e- Pembelajaran (SPeL)

 

Tarikh                          :   2 Mac 2011 (Rabu)

                                    :   9 Mac 2011 (Rabu)

                                        (sila pilih tarikh yang ingin dihadiri)

 

Masa                           :   2.00 Petang – 5.00 Petang            

  

Tempat                        :   Bilik e-Learning PPP, Kampus Bandar, UTeM

 

Penceramah                :   Puan Ummi Rabaah binti  Hashim (FTMK)

   

Kepada staf akademik yang berminat untuk menghadiri kursus tersebut sila hantar nama, nombor staf , fakulti dan nombor telefon (telefon bimbit/ pejabat) kepada urus setia PPP melalui email ppp@utem.edu.my. sebelum 23 Februari 2011 (Rabu).  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr. Norasiken (Timbalan Pengarah) di talian 06-2833491 atau  Cik Norazah (Penolong Pendaftar) di talian 06-283 3449.

 

Sesiapa yang belum menghadiri Bengkel Aplikasi Learning Management System (LMS) Dalam P&P dijemput menghadiri ke kursus ini. Semua staf akademik wajib menghadiri bengkel ini.

Setiap penyertaan yang didaftar perlu menyatakan tarikh mana yang ingin dihadiri.

 

Sekian, terima kasih


MARIANA 

Mariana Binti Jelani

Pembantu Tadbir (P/O)

b/p Pengarah

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Tel : 06-283 3461

Fax: 06- 283 3493

 


Saturday, February 12, 2011

Tutup mulut pelajar


Kenapa sebegitu sekali. Apakah kamu cuma tak mahu mendengar suara mereka semata, sehingga berbuat begitu.

Atau mata hati kamu melihat pelajar itu serupa binatang? Tidak ada akal dan fikiran yang layak? Sehingga kata-katanya tidak layak juga dihamburkan.

Dan kamu anggap diri kamu itu Sultan? Punya maha kuasa menghukum pelajar? Mengugut pelajar se-kehendak kamu.

Apa pun ceritanya, saya amat tidak senang dengan cara kamu melayan pelajar. Bukankah pelajar itu pelanggan kamu. Tanggungjawab kamu.

Seharusnya kamu, sedikit bersabar sahaja. Simpan tangan kurniaan itu. Bicara dengan baik dengan pelajar itu. Mereka pewaris negara.

Lihat ceritanya disini.

Wednesday, February 9, 2011

Document Links

Pendahuluan

Email bersama lampiran (attachment) selalu diterima. Ada yang bersifat penting, ada yang bersifat tidak. Lampiran itu kadangkala diguna sebagai rujukan dan/atau keperluan sepanjang masa atau masa yang tidak dijangka. Lampiran itu akan kekal bersama email tersebut selamanya, selagi anda tidak delete. Ia kekal bersama dengan Uniform Resource Locator (URL) yang unik dan tidak akan berubah atau diubah. Anda delete email bermakna anda delete lampiran tersebut. Lampiran boleh berupa gambar, pdf file, doc, dwg, mp3, avi, htm, zip, rar dan sebagainya. Mungkin juga lampiran itu berstatus peribadi, dalam kawalan, rahsia atau sebagainya, sehingga memerlukan anda sahaja yang boleh mendapatkannya.

Apa yang biasa di buat ialah,
- anda download dan simpan dalam PC lampiran tersebut
- anda baca dan biarkan di dalam email selamanya
- anda open dan print, delete atau biarkan email tersebut (dan mungkin save dalam PC)
- anda baca dan ingat, dan bila anda perlu, anda pandai mencari sumbernya, dan delete email itu
- anda delete, sebab anda ingat sumbernya, dan kelak bila perlu, anda pandai mencarinya
- x ( selain di atas)

Apa pun, yang anda buat, tiada salah, dan tiada yang nak marah. Namun, apa yang saya buat, ialah biarkan di dalam email selamanya, saya labelkan, dan .... sekarang saya buat list dan buat link.


Contoh link di bawah, adalah salah satu link url lampiran pdf daripada satu email. Cuba anda klik. Anda tidak akan dapat memaparkan fail pdf tersebut. Anda boleh open fail itu, bila dan jika anda buka email sumber dokumen itu berada.

https://mail.google.com/mail/u/1/?ui=2&ik=eab0ba63a1&view=att&th=12e09a2731adc458&attid=0.1&disp=attd&zw


Document Links

Lalu, sekarang saya sudah terbitkan satu pautan, di blog ini. Berkaitan semua dokumen yang pada kiraan saya berguna untuk saya. Senarainya saya update melalui google document, realtime. Sejauh mana ia berkesan kepada saya, hasilnya tiga tahun dari sekarang.


Penutup
Ada pendahuluan dan penutup. Setiap hari adalah unik. URL link attachment file dalam email anda juga unik. Buat senarai, update senarai menggunakan google document dan link kepada lampiran-lampiran di dalam email, tanpa perlu memindah atau memuat turun. Tapi, jangan delete email itu.

Tuesday, February 8, 2011

Kursus Aplikasi Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran



Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya merupakan satu keperluan masa kini. Ia bukan lagi digunakan sekadar bagi memenuhi keperluan semasa atau mengikut trend semata-mata. Penggunaan teknologi secara berkesan dalam proses P&P malah mampu menyediakan lebih banyak peluang dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang bukan sahaja interaktif tetapi juga memerlukan penglibatan aktif para pelajar. Ini semua seterusnya dapat membantu dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar dan sekaligus memberi kesan yang lebih postif terhadap pembelajaran itu sendiri. Kursus ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan aplikasi teknologi dalam proses P&P. Para peserta juga seterusnya akan didedahkan kepada penggunaan beberapa teknologi semasa yang boleh dimanfaatkan dalam menyediakan persekitaran P&P yang lebih aktif dan interaktif.

Penceramah
Zaidatun Tasir, Dr. http://web-2m.blogspot.com/


Web links Kursus Aplikasi Teknologi dalam P&P

1. http://www.slideshare.net/ - SlideShare is the best way to share presentations, documents and professional videos
2. http://www.elgg.com/ - social networking. free. can upload into your server.
3. http://www.dropbox.com/ - your mobile external hardisk
5. http://prezi.com/ - create presentation on the web


Selain itu banyak lagi, flickr, blogger, wordpress, youtube... semuanya sudah menjadi kebiasaan.


--
.sulaimansabikan

Wednesday, February 2, 2011

E-Learning Info_006 : Create Course Function

 
 Salam dan salam Sejahtera.

1. Kini, setiap staff akademik tidak lagi mempunyai kelebihan secara automatik untuk Create Course di dalam platform LMS UTeM yang dikenali sebagai spel ataupun ulearn.utem.edu.my. Hanya administrator sahaja yang di benarkan untuk Create Course atau sesiapa yang dibenar.

2. Hal ini mematuhi amalan majoriti fakulti-fakulti di UTeM dan di lihat lebih memudahkan pengurusan sistem LMS ini.

3. Sekira timbul masalah sila berhubung dengan admin e-learning FKE.

Terima kasih.